Profile picture
ᴀʀɪғ ᴀɴᴜᴀʀ. @raunafira
, 58 tweets, 14 min read Read on Twitter
Hai gaiss! So hari nie seperti yang aku cakap aku nak share dengan korang pasal trip aku ke Seoul, Korea for winter trip beberapa hari yang lepas! And again..

This is a thread! Hahahahaha
Okayyy total bajet aku is around RM2000 all-in! All-in means termasuk flight tix, hotel, transportation, makan, entrance fees and shopping. And total hari aku pergi is 5 hari 5 malam! And this is actually was unexpected plan hahahahahaha boleh dikatakan last minit plan jugak laa
Last minit plan sebab last time aku pergi indonesia tu plan yang betul nak stay sebulan di indonesia, tapi member aku sorang nie ada hal so terpaksa short kan masa jadi 2 minggu. So aku nie jadi tak puas hati la so aku jadi nak travel lagi! Hahahaha
So bila aku survey punya survey bammmm! Aku nampak tiket pergi Seoul murah giler weyh! 500rm return! Exc add on luggage. And disitulah bermulanya plan trip ke Seoul, South Korea nie. And plus pulak januari nie still winter and ada salji lagi excited laa nak pergi hahahaha
Then aku apa lagi terus booking flight tix to Seoul! And after add on luggage total dia jadi around 600rm something laa. After that aku terus usya hotel nak stay area mana paling best kalau korang pergi Seoul. So aku pun bukak la traveloka untuk tengok price hotel semua
And aku find out satu hotel nie nama dia Hotel Skypark Central. Hotel nie dia terletak betul betul dalam Myeongdong Shopping Street! And bila research Myeongdong nie is one of the best place laa in Seoul
Sebab apa tempat nie best, sebab korang boleh shopping giler giler kat sini and senang untuk makan, and mudah dengan kemudahan awam semua! And dia pulak banyak dekat dengan attractions kat Seoul nie. It cost me around 500rm untuk 5hari 4malam cos aku dapat promo from traveloka 😂
Okayyy bila semua dah settle booking, kira ready to go je nie! Hahahaha so flight aku from KL to Seoul is at 7am in the morning. It tooks around 6-7 hours perjalanan laa untuk sampai ke Incheon Itl Airport. So aku sampai Korea around 2pm
Aku saja ambik flight awal pagi sebab nak sampai awal Seoul tu so on the first day terus boleh discover sikit sikit tempat kat sana. Suhu masa aku turun airport tu lebih kurang 5'c. Biasa la winter kan, tapi ingat anak anak. Itu baru permulaan hahahahaha
So sampai je terus aku pergi satu kaunter nie untuk beli Tmoney card. Apa tu Tmoney card, okay meh sini abang cerita. Tmoney card nie sangat laa berguna untuk sesiapa yang plan nak travel to Korea. Sebab card nie untuk kegunaan public transport masa kat Seoul.
Nie dia Tmoney Card tu. Card nie jugak boleh korang dapatkan kat 7e atau kedai kedai yang lain kat korea haa.
Lepas dah settle Tmoney Card, aku pun terus gerak ke bas untuk ke Myeongdong! And the best part bila naik bas tu kan tiba tiba hujan tau kat Korea nie hahahaha aku ingat hujan biasa biasa laa. Sekali bila bas berhenti kt traffic light inilah apa yang ku lihat.....
Hujan snow weyh! Hahahahaha okayyy that time aku terus jadi mcm perak sikit aa sebab yelaa first time kot tengok salji turun depan mata. On the first day pulak tu! Hahahahahaha
And at last sampai laa jugak aku di Myeongdong. Turun turun bas je terus supppp!! Sejuk giler weyh! And that time suhu kt situ is -2! Hahaha sambil snow jatuh pulak atas kepala nie kan memang excited weyh 😂
So dah sampai Myeongdong apa lagi terus jalan kaki and check in hotel. So lepas check in relax relax situ kejap pastu baru keluar untuk tawaf Myeongdong Shopping Street tu. And this is Myeongdong Shopping Street.... Nie sebahagian je laa. Besar gak tempat nie hahahaha
Okayy geng aku nak rest sat. Satgi aku sambung balik! Sat jaa bagi chance abang makan dulu japp hahahahahaha
Okayyy geng sorry tadi makan sat. Okay sambung balik hehehe for the first day tu just discover Myeongdong Shopping Street je sebab sejuk sangat malam tu so balik rest kt hotel and get ready untuk esok hehehe
So the next day aku decide nak explore kawasan kawasan yang dekat dengan situ. So yang terdekat dengan aku sekarang is Deoksugung Palace. Deoksugung nie dia lebih kepada mcm heritage sites laa. Dia mcm ada istana tapi tak sebesar Gyeongbokgung
And it was really nice jugak laa! Entrance fees dia cuma 1000won per person, and you can discover the whole places! So nah abang payung gambar abang kat Deoksugung Palace 🙈
Then dah settle kat Deoksugung, aku pun gerak laa jalan jalan kat Seoul. Macam biasa seperti di indon. Aku lebih prefer jalan kaki sebab boleh nampak semua benda 😂 and bila keluar dari situ aku baru perasan yang sini pulak dia dekat dengan satu historical landmarks kat Seoul
Iaitu Namdaemun. Namdaemun nie dia nampak mcm gate but idk apa sebenarnya but dia macam satu gate atau terowong yang besar laa kat tengah tengah jalan kat area Deoksugung nie hahahahaha ini dia Namdaemun
So kat situ dia takda apa pun actually cuma nya dia lebih kurang mcm historical landmarks je laa. After that aku terus balik hotel and tunggu nak dinner je. Tau kenapa aku terus balik hotel? Serious cakap aku tak tahan sejuk time tu 😂 sebab apa sebab suhu dia -18 woi!
Hahahaha so aku rasa macam dah rugi on second day in Seoul tu. Tapi takpe laa nak buat macam mana. Travel travel jugak. Kesihatan tu sangat diutamakan hahahahaha and now aku nak cerita pasal Day 3 pulak. Day 3 nie is the best day laa sepanjang aku stay kat Seoul sebab.....
We're going to Nami Island!!!!!! Okay untuk sesiapa yang still taktau Nami Island tu apa kan, or maybe budak budak zaman sekarang aku sure tak pernah dengar Kdrama yang tajuk "Winter Sonata"
Bagi aku, kalau tak disebabkan cerita Winter Sonata tu. Mungkin Nami Island tu takkan famous macam sekarang kot hahahahahaha okayyy so aku nak cerita laa sikit mcm mana rumit dia aku pergi Nami Island nie
Dia takda laa rumit mana sebab korang just kena naik train je tapi yang pening dia sebab korang kena lompat lompat train hahahahaha so mcm mana aku berjaya sampai ke Nami Island. Thanks to this website dohh! Sangat membantu gila gila untuk aku gerak ke Nami Island
Ini untuk korang yang nak pergi ke Nami Island sendiri. Tanpa tour guide or apa apa. Follow je this step and korang pasti akan sampai ke Gapyeong Station which is 5 minutes from Nami Island by bas!
Okayyy after dah sampai kat gapyeong station. Take a bus no 33-5 to Nami island mcm aku cakap tadi, it takes only 5 minutes to nami island! And the best part of Nami Island, dia ada dua cara untuk korang pergi ke pulau tu....
First choice korang boleh pergi naik ferry macam orang normal and second one korang boleh naik benda nie.... Sorry saya pinjam video orang 😂 and jangan lupa sengetkan kepala anda yaa hehehe
So kalau siapa yang suka extreme tu boleh try laa zipline tu hahaha okayyy so dah sampai di Nami Island aku tak expect laa yang pulau tu penuh dengan snow sebab area Seoul takde snow sangat pun. Sampai je pulau terus mcm excited sebab yelaa first time nak try baling snowball 😂
Nah abang belanja lagi kat korang nami island nie. Serious memang sangat sangat cantik woi!
Sorry geng, boleh aku minta izin sambung esok tak? Sebab aku a lil bit barai sebab baru je sampai from KL this morning and terus kerja tadi. InsyaAllah esok saya sambung thread saya. Stay tuned guys! See you tomorrow ☺️
Okayy setelah dua hari aku cuti, hari nie aku sambung balik thread aku. Sorry tak berapa nak sihat 2-3 hari nie
Okayy dah sampai nami island tu, apa lagi aku pun ronda laa nak cari benda paling famous kat pulau itu iaitu winter sonata punya statue tu. See punya famous drama tu sampai diaorang buat statue kot hahahaha
Aku pusing punya pusing tiba tiba aku terjumpa satu tempat boleh main macam ski nie. Aku tanya tiba tiba dia cakap free so apa lagi abang pun cuba laa main walaupun failed hahahahaha.. Haa benda laa yang free tu
Okayy lepas aku habis main benda alah tu, terus dia jadi mcm sejuk satu badan yelaa sebab nami island tu penuh dengan salji so sejuk dia lain macam sikit tp apa yang best dia kat nami island nie korang jalan sikit je mesti ada tempat yang mcm diaorang buat ungun api mcm nie
So lega laa sikit sejuk tu, after that aku terus sambung cari statue tu tengok tengok bammmm! Jumpa gakk akhirnya so apa lagi. Taknak lepaskan peluang aku pun snap laa satu gambar. Bukan selalu che man nak sampai sini hahahaha
Aku spend time lebih kurang 2-3 jam jugak laa kat nami island tu then lepas settle kat situ aku pun terus gerak balik myeongdong and spend time kat area tu je untuk hari ke 3. So dah settle hari ke 3 aku pun plan nak pergi gangnam hari ke 4 tu
Gangnam nie takde la jauh dari myeongdong cuma kena pergi naik subway jugak laa tapi apa yang best dia korang nak tau. Aku pergi gangnam semata mata nak buat gangnam style je kat situ then gerak balik HAHAHAHAHAHAHAHA
Yelaa mcm aku cakap bukan selalu nak sampai sana kan, kira aku nak puaskan hati aku, aku pun pergi gangnam yang best dia turun turun station gangnam tu terus korang akan nampak stage gangnam style dimana psy sendiri pun pernah gangnam style disitu!
So aku pun apa lagi taknak lepaskan peluang! Aku pun OPPA GANGNAM STYLE laa! Sooo gangnam style at gangnam ✅ ✅ ✅ hahahah best part is lepas buat gangnam style nie aku terus blahh balik pergi myeongdong balik HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Bagi aku, aku taktau kenapa tapi dia rasa lain laa bila aku dapat buat gangnam style kt tempat dia sendiri. Dia mcm satu kepuasan laa bagi aku hahahahaha aku takde la kpop fans but i think this is one of attraction yang korang kena pergi laa
Tapi sebelum balik myeongdong aku sempat singgat Dongdaemun. Dongdaemun nie pulak bagi kaum wanita, nie tempat yang patut korang pergi. Sebab apa, sebab korang boleh shopping baju yang style style dengan harga yang boleh tahan berpatutan laa
So dari gangnam station korang stop dekat Dongdaemun history and culture park punya station. So bila korang keluar station tu korang akan jumpa Dongdaemun Design Plaza. Design plaza nie dia punya design building dia sangat menarik perhatian aku sebab memang nice!
Nie dia design plaza tu. Kalau tak silap aku laa video clip afgan feat sonaone tu diaorang shoot kat sini laa hahahahaha
So aku pun jalan jalan laa kat dongdaemun pulak. Dongdaemun nie memang dia banyak shopping untuk wanita haa. So aku sebagai lelaki mcm pishang sikit laa tapi still menarik laa bagi aku sebab aku kalau ada bini pun maybe bawak bini shopping situ kot hahahahaha
After dah puas jalan jalan kat Dongdaemun aku oun terus pulang ke Myeongdong sebab hari sudah mau malam. Korea nie pukul 4 petang pun dah maghrib tau hahahahaha so dah sampai Myeongdong aku pun makan malam and shopping la sikit sikit souvenir untuk bonda tercinta
Korang kalau nak shopping kt seoul. Aku suggest stay laa area Myeongdong. Tak menyesal sebab situ serious nak apa semua ada! So dah settle aku pun pulang ke hotel and get ready for hari last kat korea 😓
So on last day in Seoul aku plan nak pergi Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung palace nie tempat dia mcm istana ala ala kota larangan china. Tapi serious beb tempat dia sangat sangat lawa! And korang boleh try dress mcm oeang zaman zaman dulu kt istana tu!
Nahh abang payung gambar Gyeongbokgung Palace nie untuk korang. And best part kat sini korang boleh tengok show diaorang tukar guard masa pukul 2 petang!
Cara dia tukar guard tu dia buat sama upacara masa zaman pemerintahan istana nie dulu. And guard dia still pakai pakaian macam zaman dulu dulu tau. Nah video abang bagi tp sorry laa phone abang jem masa nie sebab sejuk sangat so video pendek je hahahahahahaha
It was a really great experience aku spend dekat Gyeongbokgung Palace tu cuma satu benda je frust sebab aku tak sempat nak pergi Bunchok Hanok Village dekat area Gyeongbokgung tu hm sebab rushing nak pergi airport sebab airport jauh sikit dari Seoul haa
So aku pun naik airport transfer bas untuk ke Incheon International Airport. Bila dah sampai kat sana aku cuba laa refund card tmoney aku tu sebab dalam tu still ada duit and the best part yesss korang boleh refund card tu and ambik cash! Hahahahahahaha
So begitulah cerita korea aku. Apa yang aku boleh cakap Korea nie memang cantik gila gila negara dia! Orang dia semua friendly and sejuk sangat! Hahahaha insyaAllah nie bukan kali terakhir aku melawat seoul. Sebab next time aku akan cuba complete kan semua benda kt seoul!
So untuk siapa yang berniat nak travel ke seoul. Jangan laa takut, tak susah pun nak travel di seoul even kalau gerak solo. Sebab transportation dia sangat mudah untuk digunakan ☺️ akhir kata, abang ada satu kata kata untuk para travellers and yang bakal travel di luar sana...
The world is a book and those who do not travel read only one page! And stop waiting for the perfect moment when you travel. Just take the moment you have and make it perfect! Sekian terima kasih semua yang sudi baca thread aku. I'll really appreciate it
Sebelum saya undurkan diri nah video travel aku sepanjang aku ada di seoul korea ☺️ enjoy geng!
So sekarang habislah sudah cerita aku🙈. Korang boleh tweet kalau nak tanya aku apa apa soalan pasal trip korea nie. Takpun just dm aku kat ig aku @raunafira ☺️ thankyou semua. Goodnight!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ᴀʀɪғ ᴀɴᴜᴀʀ.
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!