Profile picture
s a l m a h @nrezzxti
, 92 tweets, 11 min read Read on Twitter
Ini adalah thread ‼️

“The Journey of 12kg Ovarian Cyst”
Sebab ramai yang request, meh nak share my very own hectic journey 😭
Bermula lah kisah hidup seorang mahasiswi di Uitm Dungun pada hujung tahun 2013 bila aku diserang senak perut yang melampau dan perut yang semakin membuncit.
On that time ramai dah yang start tegur kenapa perut macam nampak pelik. Even parent aku sendiri dah syak bukan bukan dengan aku. (Al maklum la perempuan kalau buncit pelik ni orang fikir lain)
Tapi biasalah manusia, takpernah nak alert dengan keadaan diri sendiri. Aku tak endahkan apa orang kata. Just let it go and anggap perut buncit tu sebab gemuk.
Sampai la satu tahap period dah semakin tak teratur.Sampai tahap lebih dari 15 hari(dah memang tak normal kalau ikutkan tu) Paling runsing bila perut dah makin membesar dan mengeras.Masatu aku masih lagi husnudzon dengan diri sendiri.(Takde apa ni sebab nak sedapkan hati sendiri)
Pap!!!!

Guest what⁉️
Masih segar dalam ingatan aku petang after class otw balik ke kolej aku singgah pejabat kolej dengan keadaan mengah mengalahkan marathon 100m dengan tujuan nak ambik kunci kolej je.
Dalam taksedar rupanya banyak mata yang perhatikan aku bila aku masuk pejabat kolej tu.

Tetiba aku terdengar penyelia kolej panggil aku masuk bilik dia.

“Dik dik sini kejap masuk bilik saya”
Dengan perasaan bersahaja aku masuk bilik dia then tetibe telinga ku panas disapa

“Dik, awak pregnant ke?!”
Oh god!!!! Masatu hanya Allah je yang tahu perasaan cuak takut nak nangis nak blah semua nya bercampur baur.

Gila kau terdiam aku dengar soalan macam tu 😰
Okay aku tanya korang eh.

Apa perasaan kau bila kau takpernah kahwin tapi dapat soalan macam tu🤧
Okay sambung balik...

Aku ingat lagi perasaan cuak nak jawab soalan tu. Nak menangis bila kita deny something yang kita takpernah buat tapi orang sekeliling nak kita mengaku benda tu.
Damn‼️‼️

Masa tu aku bermati matian tak mengaku yang aku “pregnant” tapi sayang penyelia kolej tu takbagi aku peluang nak pertahankan diri aku 😢
Bertubi tubi soalan dia tanya aku. Punyalah dia nak aku mengaku,sampai tahap dia pujuk aku.Dia siap boleh cakap macam ni

“Dik, kalau awak pregnant bagitahu je.Kami akan provide kolej yang lebih dekat. Jangan risau kami tolong awak.Saya risau if anything bad happened lagi teruk”
Dalam hidup aku satu je, kalau aku takbuat hidup mati balik pun aku tak mengaku. Hahahaha

Tapi penyelia kolej tu masih takpuas hatj dengan jawapan aku bagi.

Then tetibe 😱😱
Tetibe je dia tarik tangan aku lalu bawak aku ke belakang (ke surau dalam office tu)

Nak tahu tak dia buat apa dekat aku 🙈
Jeng jeng jengggggg 🤔

Dia bawak aku masuk dan minta aku baring. Dengan muka terpinga pinga aku tururkan juga. (Redha jela dah kena baring)
Usai baring laju je tangan dia pegang perut aku. Aku macam wondering la, dah kenapa pulak nak pegang pegang perut aku ni 😤

taktahu ke aku rasa sesak nafas baring dengan takde bantal macam tu.
Dia pegang pegang taktahu apa yang dia nak sampai la kawan dia masuk dia cakap...

“Eh takde rasa kepala baby pun. Perut dia keras macam ni je”
Halamakkkk 😹😹

Kepala baby yang dicarinya.

Penyelia tu masih takpuas hati dengan keadaan tu. Dia seolah olah takdapat nak terima hakikat yang aku ni tak pregnant 🤰🏻
Dengan muka takpuas hati dia cakap dekat aku macam ni.

“Kalau awak taknak mengaku juga yang awak ni pregnant, saya bawak awak ke klinik untuk check up & scan”
Agak agak korang apa jawapan aku masatu 🤭
Kalau korang la kan, kita takbuat something bad so perlu ke nak rasa takut??????
Yes!!! Macam tu la dengan aku. Sikit pun tak takut apa adahal setakat nak pergj check up. Dah memang aku confident aku takbuat kenapa nak takut en en en 🤪
Pendek cerita aku ikut je penyelia kolej tu pergi ke sebuah klinik di bandar Dungun.

Sampai sampai je dia minta doctor check aku & terus minta scan perut yang oncet ni 🤰🏻
Big AHAAAAA!!!!

Doctor tu cakap......
Dia cakap kan........
“Maaf puan, adik ni tak pregnant”
On that time rasa Alhamdulillah YaAllah aku tak pregnant aku takbuat bukan bukan 😭😭

Tapi masih dengan muka kerek penyelia tu, dia takpuas hati kenapa aku tak pregnant.
Hahahahaha kenapa kenapa???

Kenapa dia takpuas hati sangat dengan result scan tu 💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️
Then dia pun bersuara ..

“Doctor, macam mana tak pregnant sedangkan perut dia ni dah macam cukup bulan ni”
Dari baringan aku, aku nampak doctor tu pandang aku dengan satu berita yang kurang enak. Hambar senyuman dia 🤷🏻‍♀️
Doctor tu pun cakaplag bebaik dengan penyelia kolej aku

“Puan, dia tak pregnant tapi dia suspect CYST”
Terpinga pinga aku dibuatnya..

Apa benda dohhh cyst tu??? Cyst tu ada dekat mana? Sejenis apa?
Nah la belanja sikit gambar aku dalam keadaan perut membuncit tu 😟
Bila korang tengok gambar aku on that time tu apa first perception korang???

Jujur k jujur 😘
At first memang takboleh nak terima kenyataan aku di diagnosed dengan penyakit tu 😭

Lagi tambah tak tenang bila doctor tu cakap “dik, cyst awak ni dah besar sangat ni sampai dah tertutup organ dalaman awak yang lain”
MashaAllah masatu rasa macam nak hilang nyawa kejap. Time time tu lah nak teringat parent dekat kampung ni ha 🤣
Tapi apa yang pentinf aku puas hati sebab aku berada di pihak yang benar.

Taksudah sudah penyelia kolej aku tu minta maaf siap offer akan tolong aku settlekan semua procedure aku nanti (tukar kolej/refer letter hospital/bil hospital)
Tapi tulah orang kata, adat hidup dekat dunia bukan dia la kalau tak diuji lagi dan lagi.

Taktahula kenapa malang sangat nasib, dah la sakit dah tahap kritikal. Ehhhhh boleh pulak difitnah lagi sekali 😢
Kalini bukan setakat geng kolej tu tapi satu UiTM Dungun membuat satu pertuduhan takrasmi dekat aku.

Nak tahu tak kenapa?
Punya la bad luck aku ni. Kebetulan masa tu UiTM tengah famous dengan kes ni. (Agak mengaibkan UiTM) tapi aku rasa terkesan dengan semua ni.

Selamber je aku dapat pertuduhan tak rasmi macam ni 😭
Allahu sekali lagi diuji plus mendapat tomahan yang kurang enak didengar sebab sentap dia sampai ke lubuk jiwa yang paling dalam tau tau tau 💔
Ada ke patut rakyat jelata cakap aku mak kepada baby yang teraniaya tu.

What de heck!! Kalau tu anak aku takkan la masatu perut aku membuncit lagi 🧟‍♀️
Hari berganti hari issue tu dah makin slow diperkatakan. Tapi serious aku cakap, dasat penangan issue tu dalam hidup aku.

Gila stress weh pergi memana dengar orang cakap pasal aku. Dah la dengan keadaan yang tengah sakit. Macam macam kena tanggung.
Bayangkan masatu jk teruk (jiwa kacau)

Mana nak mantapkan emosi yang tengah goyang. Mana nak hadap mulut manusia. Nak menahan sakit lagi.
Gentle aku cakap, lepas je di diagnosekan tu hari hari aku menangis. Hari hari rasa give up.

Mental koyak teruk kot dengan masatu perut aku dah kritikal. Penat wehhh gi kelas jalan kaki hari-hari dengan bawak perut besar macam tu 😭😭😭
Tapi Alhamdulillah sangat. Sepanjang perjalanan aku yang berliku dekat UiTM tu aku dapat support system yang sangat power dari parent,family,kekawan & ada hamba Allah yang baru sangat lagi kenal dia.
Apa yang menarik tentang hamba Allah ni, dialah manusia yang sanggup susah payah dekat UiTM tu, manusia yang angkut aku bawak pergi segala jenis appointment dekat Hospital Dungun.

Kalau dia baca ni confirm dia ingat segala pengorbanan dia tu haha.
Hamba Allah ni sangat sangat baik even masatu baru kenal dia 3bulan macam tu. semoga Allah balas segala jasa & pengorbanan dia dalam permudahkan urusan aku dekat Dungun dulu. (Tapi sayang dia baru je kahwin 18 Ogos lepas)
Okay dah dah stop kelaut. Sorry guys teringat cinta lama pulak ops 😝🤭
Okay back to the story, result check up dengan specialist Hospital Dungun memang CONFIRM aku punya cyst tu dah tahap kritikal and i need Immediately Operation.
Masatu doctor tanya aku to make the best choice for my life.

1.operate dekat private hospital
2.operate dekat government hospital

Agak agak korang mana aku pilih?
Masatu takda choice sebab i got no insurance or protection at all. Kalau nak pergi private hospital makan cost berbelas k jugak. Sebab taknak susahkan parent & family aku......

I just choose for government hospital.
Doctor Hospital Dungun provide me refer letter sebab aku minta transfer HTAA Kuantan sebab parent & family semua dekat sana.
I thought bila ada refer letter tu memang terus dapat buat operation lee lee tu jugak.

Tapi sayang, aku lupa yang government hospital need to wait for a queue list. (Almaklumla first experience plus masatu bolok bolok lagi taktahu benda)
Masa aku dah transfer ke HTAA kuantan tu size cyst aku dalam 36cm dah. (Kritikal la orang kabo tunggu masa nak popppppp je)
Then after beberapa kali appointment aku dapat exact date operation aku on 29 Januari 2014.

Lebih kurang dalam sebulan lebih lagi aku nak kena tunggu masatu. (Lamanya sebulan 😟)
Dalam tunggu queue list tu, parent & family ada juga ikhtiar perubatan tradisional sebab diorang semua taknak aku kena operate.

Merata pergi berubat termasuklah darul syifa. Tapi yang tak masuk dek akalnya semua cakap aku kena buat dengan orang 💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️
Macam macam dah cuba tapi sayang takde yang serasi.

Even aku pernah kena minum air telaga yang berkeladak tu demi taknak operation. Bukan tu je aku pernah melecet jari sebab kena picit 44 biji limau sebab nak buat mandi sebelum subuh.
Derita masa tu Allah je yang tahu. Dengan debaran menunggu date operation lagi, lepastu nak kena buat itu ini untuk perubatan tradisional.

Waktu terus berlalu, tapi satu pun tak menjadi 😢
Dul dap dup dap 😨

Hari yang dinanti telah tiba. 28/1/14

Aku kena warded awal sehari sebab nak kena puasa apa bagai kan. Hmm dugaan takhabis habis lagi even nak masukkan branula (jarum dekat tangan tu) ni pun doctor tu boleh careless sampai memancut mancut darah aku keluar.
Muka steady je lagi..

Perasaan cuak takut semua takboleh nak cerita dekat manusia. Berdebornyala nak tunggu esok hari tu 😰
Petang lepas warded tu, doctor yang handle kes aku ni panggil masuk bilik dia.

Macam macam dia cakap dekat aku plus nak kema sign banyak gila term & condition apa semua.
Paling takboleh lupa dia cakap “if any emergency case happen, i terpaksa remove your rahim, I’ll do for the sake of your life.

Oh god!!! How i can continue mylife without my rahim. How i can produce my very own production (anak) 😭😭
Esoknya telah tiba. 29/1/2014

Tarikh keramat dalam hidup aku. Aku ni jarang sakit tapi bila dah sekali sakit padunyaaaaaaaaa 😪
Pagi tu aku orang pertama yang akan masuk operation room. Doctor cakap aku punya major case sebab cyst aku dah makin membesar and cant hold on lagi 😑😑
Benda terakhir yang aku ingat sebelum aku ditolak masuk ke operation room.

Ma usap kepala aku sambil cakap

“Istighfar selawat banyak banyak. Ma tunggu awak dekat keluar ye”

Oh god I’m crying 😭😭
Masih ingat air muka ma dengan penuh harapan tunggu aku keluar dengan selamat.
Dalam OT tu takpayah cakap la rasa dedor dia tu macam nak tercabut jantung. Sebab doctor dah pesan awal if there’s any complications dia akan buat segala benda yang aku dah sign hari sebelumnya tu 😰

Aku punya major case.Ovarian cyst aku dah memenuhi ruang perut.I’m 50/50 guys!
Sampai ke harini terasa sakit bius tulang belakang ni. Jangan pelik ye kalau nampak aku ni takbuat kerja berat berat, taktidur dekat lantai.

Bukan taknak buat tapi rasa dia tu menusuk semula ke tulang belakang tu
Last moment dalam operation room tu aku diberi bantuan oxygen lepastu doctor minta aku mengucap and kira 123.

Gila woiiii masatu aku ingat mati je. Takputus doa minta Allah selamatkan aku & bagi aku peluang hidup sekali lagi 😭
Sedar taksedar dah settle operation aku.

Ingat lagi masa first tersedar dari bius tu, tangan aku dekat perut then dengan muka blur blur doctor nurse semua datang dekat aku cakap “tahniah”
Hahahahaha rupa rupanya dorang semua dah lama tunggu aku nak sedarkan diri. Diorang cakap lama sangat aku “tidur”

Memang cerita dia memula sedar tu rasa dah takde perut la. Perut aku dah kempis woiiiiiii 😊😊
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan.

Okay guys, korang nak tak tengok ovarian cyst yang keluar dari perut buncit aku ni?

Tapi kalau tengok janji tak shock k 😘
Gambar ni Dr Huda HTAA yang bagi aku tengok. Dia cakap semua orang dalam operation room terkejut tengok size ovarian cyst aku ni 😨 this is very first time dorang handle ovarian cyst sebesar ni. It’s 12kg and 42cm bruh‼️
Ramai yang takpercaya kan. But it’s real guys! It’s happened to me 😭

Ni medical report aku
Lesson yang aku dapat share bout cyst dengan seluruh kaum hawa bidadari syurga:

1. Kalau period tak teratur please guys cepat cepat pergi buat check up
2.Jaga pemakanan (avoid unhealthy food/cheese/soya)
3.Avoid pantiliner usage
4.Makesure your feminine part always kering.
Banyak liku & pengorbanan yang dah aku lalui. Even sekarang pun aku masih jaga pemakanan even kekadang culas jugak hahahahahaa

But then till now aku still follow up doctor sebab aku kena buat tu for the rest of mylife even once a year check up.
So buat kaum hawa semua, please alert dengan keadaan diri kita.

If rasa lain macam take fast action & jangan jadi macam saya. Dah kritikal baru heboh nak operate 😪
Cukuplah sekali kerna takmahu lagi.

Sakit derita pengorbanan takdapat nak deacribe macam mana.

Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang berpanjangan ❤️
For those yang ade soalan nak tanya just tanya k. In sha Allah saya akan jawab segala kerisauan dihati anda.

But then if ada sesiapa nak tengok gambar parut perut saya tu pun boleh juga. Just dm me or whatsapp 0145090150. (Girls only)
Eh lupaaaaaaaa guys 🙀🙀

Ada benda PENTING aku nak share dengan korang. Ni kalau tak share ni confirm menyesal seumur hidup 7 keturunan pun takhabis penyesalan ni.
Dah alang alang awareness korang pun dah tinggi kan.

Meh aku nak share sikit impian and BIG WHY kenapa aku pilih agent or takaful advisor as my career.
Niat aku cuma satu. Nak tolong masyarakat supaya takjadi macam aku.

Seksa tau kalau dah jadi macam aku ni 😭
Aku pilih career ni supaya aku dapat bantu lebih ramai masyarakat dapatkan kesedaran yang lebih awal pasal takaful/insurances.
Sampai harini aku terkilan 💔

Andai kata masa 2014 tu aku dah ade protection or cover from insurance, confirm ovarian cyst aku ni tak besar sampai tahap ni.
Tapi siapa aku nak menolak takdir Allah kan.

So sebabtu aku dekat sini menyeru sangat sangat seluruh rakyat jelata untuk lebih terbuka dengan kesedaran takaful/insurance.
Tak kena tak tahu rasa tu macam mana kan. Tapi bila dah kena jatuh bagai ditimpa tangga 😭
Jujur aku katakan, pengalaman mengajar kita erti perit & sakit.

Doakan aku guys! Semoga aku terus bebas dari cyst ni. (There’s a chance to comeback) 😢😢
Tolong semua ‼️

Aku mohon korang bantu aku untuk aku capai impian & BIG WHY aku.

Doakan aku jugak semoga aku terus mantap dalam memperluaskan dakwah takaful ni.
Aku doakan korang jugak semoga terus berada dalam jagaan Allah, diberi kesihatan yang berpanjangan & terus sukses dalam kehidupan sehari hari.

Sending hug & kisses 🤗💋

NUR EZZATI BINTI MOHAMMAD SALLEH
_Perunding Takaful Terbaik anda_❤️
Whatsapp/call : 0145090150
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to s a l m a h
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!