Profile picture
سَيْف @LeAlterEgo
, 40 tweets, 6 min read Read on Twitter
Siapa pernah dengar kisah yang jadi kat Mahmoodiah?
Mungkin orang yang membesar sekitar Johor Bahru pernah dengar kisah yang jadi kat Jalan Mahmoodiah. Kisah yang disampaikan melalui mulut ke mulut.
Dulu waktu aku kecik, bila lalu jalan Mahmoodiah ni akan sentiasa teringat cerita yang pernah disampaikan.
Sejauh mana kesahihan cerita ni, aku tak pasti. Tapi... Jalan Mahmoodiah tu sendiri bila lalu waktu malam, agak menyuramkan.
Untuk orang yang tak pernah tahu, Jalan Mahmoodiah ni sebenarnya kawasan jalan perkuburan. Dulu katanya pernah digemparkan dengan satu cerita yang jadi kat kawasan berdekatan iaitu kawasan Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ingat tak lagi kisah yang pernah gempar tentang kemunculan entiti misteri atau dikenali sebagai hantu lilin dekat dataran? Tapi bukan cerita tu yang aku nak sampaikan.
Kisah ni antara kisah famous yang pernah disampaikan dulu mengisahkan tentang seorang pemandu teksi yang selalu kerja sampai malam untuk ambil penumpang dari hospital dan kawasan yang berdekatan.
Dijadikan kisah, pemandu teksi ternampak kelibat seorang perempuan jalan seorang diri. Jadi, hati pemandu teksi ni terdetik yang si perempuan ni mesti perlukan teksi untuk balik ke destinasi.
Lagipun jam baru pukul 11 malam. Kebiasaannya memang waktu macam ni ramai yang perlukan teksi. Tapi itulah, dulu mana ada application macam sekarang. Kita boleh book terus Grab atau Uber untuk dapatkan teksi, jadi pemandu teksi tu berhenti.
Rupanya perempuan tu tak nak pergi jauh pun, dia nak pergi ke hospital je sebenarnya. Sebab tu dia tak nak naik teksi. Tapi abang pemandu teksi risaukan keselamatan perempuan tu, dia pun tumpangkan juga walaupun jarak tak adalah jauh mana.
Masuk je kat dalam teksi, perempuan tu minta pemandu teksi tu matikan aircond. Dia kata dia lebih suka nikmati suasana angin malam kat luar. Sebab angin malam lebih segar. Lebih sejuk. Lebih nyaman. Jadi pemandu teksi tu pun layankan saja.
“Patutlah awak lebih suka jalan kaki nak ke hospital berbanding naik teksi.” Pemandu teksi tu cakap kat perempuan tu. Perempuan tu mengiakan. Diam lama. Lepas tu perempuan tu kembali bersuara. Dia kata sebenarnya dia lebih suka naik motor.
Kalau diikutkan sepatutnya boyfriend dia ambil dia untuk pergi hospital, sebab kebiasaannya macam tu lah. Tapi kalini boyfriend dia tak muncul-muncul. Nak tak nak, dia terpaksa jalan kaki. Pemandu teksi tu pun tak nak ambil tahu atas sebab apa boyfriend perempuan tu tak ambik.
“Mungkin lepas saya kata malam ni jangan bawa motor lagi, tu yang dia tak nak bawa motor kot.” Perempuan tu kata lagi.

“Eh apasal pulak? Tadi awak kata awak suka naik motor? Boleh rasa angin malam.” Pemandu teksi tu kembali mempersoalkan.
“Ya betul. Tapi tak naklah.. Memanglah boleh rasa angin malam. Tapi saya dah serik.” Perempuan tu sambung lagi dengan suara yang sayu.

Pemandu teksi tu berseloroh, “Naik motor la romantik, boleh selit-selit. Minyak pun jimat. Haa. Awak kan suka jimat ni..”
“Betul, tapi ada satu benda yang jadi buatkan saya tak boleh lupa sampai sekarang. Sebab tu saya minta boyfriend saya jangan bawa motor lagi. Serik.”

“Kenapa tu?” Pemandu teksi tu memang membuak-buak rasa nak tahu. Dari tadi perempuan ni kata serik, apa yang dia serik?
“Ada satu kejadian yang tak diingini jadi waktu saya naik motor dengan boyfriend saya dulu dengan kawasan ni.”

“Kejadian apa?” Soal si pemandu teksi. Dan memang kebetulan, tengah lalu kawasan perkuburan waktu tu, pemandu teksi tu mula meremang.
“Motor kami kena sondol dari belakang. Ada kereta yang berlumba secara haram kat kawasan ni.”

Pemandu teksi tu istighfar panjang. "Ya Allah, habis tu apa jadi lepas tu?"
Perempuan tu tuding kat divider jalan, "Abang nampak
divider itu? Situlah saya dan dia tercampak lepas kena seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama...”

Pemandu teksi tu terdiam. Lama.
Dan setiap ayat yang dibacakan oleh pemandu teksi tu diejek semula oleh perempuan tu. Sebabnya? Baca ayat suci disulami dgn rasa takut kepada ‘dia’, bukan DIA. Perempuan tu terus ketawa mengilai sebelum hilang terus dari dalam kereta. Dan pemandu teksi tu demam utk beberapa hari.
Aku tahu ramai yang pernah dengar, dan kisah yang sama jugalah aku dengar berulang. Dan setiap kali tu jugalah akan terbayang setiap kali lalu kawasan Mahmoodiah tu. Ada juga kisah lain menceritakan tentang perempuan melambai kat jalan yang sama.
Ada juga kisah lain yang pernah aku baca tentang kisah makhluk pelik bermuka budak tapi berbadan orang dewasa duduk melangut kat tepi jalan tu.
Kisah lain yang pernah jadi kat Mahmoodiah juga tentang benda yang mengikut balik. Sedangkan orang yang lalu situ cuma lalu sebelum Maghrib, tapi benda tu mengikut balik sampai ke rumah. Katanya sebab berkenan dengan tuan empunya badan. Nak ajak berkawan.
Yang lalu kawasan tu pulak memang fikiran bercelaru. Kepala kosong, jadi benda yang ada kat kawasan tu pun suka dengan orang yang bercelaru ni. Banyak stress, fikir.. ‘Dia’ ambil kesempatan untuk berkawan dengan dia tanpa disedari.
Sebab tu lebih bagus kalau kita tengah serabut, celaru, bagus kalau kita mengucap pada Allah SWT. Lebih bagus ingat pada dia. Jangan biar fikiran kita kosong. Sebab jin/syaitan sentiasa cari peluang untuk selit peluang berdamping dengan kita.
Dan lebih bagus juga kalau kita sentiasa fahamkan ayat Kursi tu dan betul-betul hafal maksud disebalik ayat tu. Bukan sekadar hafal tanpa tahu makna. Sebab benda-benda macam ni tahu, bila kepala kita fikir lain, tapi mulut menghafal. Ingat dia terkesan? Memang tak.
Melainkan kalau kita memang memahami setiap butir ayat dan fahamkan. Dan ayat Kursi tu boleh jadi ayat pembakar iblis & syaitan yang cuba nak berdamping dengan kita. Cubalah. Sebab aku sendiri tengah amalkan juga.
Oh ya, Misteri Jam 12 pernah juga kongsi tentang cerita yang jadi kat kawasan jalan ni walaupun nama jalan tak disebut. Kisah tentang 3 orang Singaporean yang keretanya tersadai kat sini. Boleh dengar selanjutnya sendiri

Kalau sekarang ni mungkin boleh dielakkan lagi dari jadi, tapi manalah tahu kalau ada antara korang yang buat part time Grab/Uber. Kot-kot ada passenger yang request area sini, berhati-hatilah. Tawakal je.
Sebab apa? Sebab memang dah ada satu kejadian yang jadi membabitkan seseorang. Tapi dia bukan driver Grab/Uber, lebih kepada rider yang selalu ambik tempahan makanan untuk hantar pada pesakit kat hospital.
Ada waktu kadang-kadang pesakit lapar ya waktu malam. Dan ni tugas rider ni. Selalu ambil order. Jadi rider ni sepatutnya ambil kat tempat lain, tapi entah macam mana dia macam dibutakan persekitaran dan seolah-olah dia ambil dekat kawasan tu.
Bila ambil makanan, hantar pada pesakit. Pesakit meracau sebab rider tu hantar tanah kubur instead of makanan? Boleh bayangkan?
Apa pun semoga kita dapat ambil iktibar. Walaupun tak pernah kena pada aku dan kenalan aku. Tapi setiap kali lalu situ memang aku terbayang. Terbayang kalau ada yang menumpang. Lagi-lagi kalau drive sorang waktu malam dari Bazar Karat tu.
*offtopic* Btw, aku paling tak suka laluan dekat menara KWSP sebelah Swiss Inn. Situ pun boleh tahan juga. Yang tu anak buah aku pernah kena. Melekat dekat cermin kereta bila lalu waktu malam.
Aku tak tahu apa nama jalan tu, tapi jalan tu dekat nak Persada. Dan selalu aku lalu situ lepas makan bawah Warung Pokok Ceri. Tak sangka malam tu, anak buah aku yang baru umur 3 tahun tutup mata menangis tunjuk kat cermin. Takut dia cakap.
Rupa-rupanya dah lama baru dapat tahu yang ada benda melekat kat cermin depan kereta tu. Dan anak buah aku yang kecik tu nampak. Jadi, memang waktu malam aku takkan lalu situ dah. Aku rela jalan jauh. Peduli apa aku, asalkan tak kena ikut balik.
Yang penting untuk yang suka balik malam kalau korang ada anak kecil yang senang terkena sampuk dan kena rasuk makhluk halus ni, pastikan masuk rumah basuh kaki dulu dan bacalah 3 Qul.
Lepas baca 3 Qul boleh baca doa ni . Doa ni bermaksud : Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).
Ni lah doa untuk melepaskan diri dari diikuti oleh jin,syaitan yang dilaknat. Kalau tak dibaca, benda ni akan sentiasa berdamping dengan korang kemana je korang pergi kecuali bila korang berada dalam masjid atau waktu nak solat.
Jadi, hati-hatilah. Jangan sampai si dia ni sentiasa mengekori.

Selamat malam.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!