Profile picture
‎ سَيْف @LeAlterEgo
, 44 tweets, 6 min read Read on Twitter
Seperti yang dijanjikan, aku akan buka kisah Zinnirah. Antara srikandi Islam yang mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat
Bacalah kisah Zinnirah ni dengan menghayati lagu dari UNIC.
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome dan hidup dalam sebuah keluarga yang sangat miskin serta serba kekurangan.
Zinnirah terpisah daripada keluarganya dan telah ditawan semasa tercetusnya satu peperangan besar dalam lipatan sejarah Rome.
Beliau merupakan orang yang paling awal bukan dari kalangan bangsa Arab yang memeluk agama Islam saat pertama kali beliau tiba d Mekah sebagai hamba suruhan. Setelah memeluk Islam, Zinnirah mengubah namanya jadi Zunayra.
Namun, gelaran lain yang diberikan kepada beliau ialah Zinnirah ar-Rumiyyah dan Zinnirah Ummu ‘Ais al-Nahdiyah. Zinnirah pernah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.
Perkenalan beliau dengan hamba itulah sebenarnya yang menjadi asbab hingga sampainya cahaya Islam yang menerangi jiwa Zinnirah.
Hamba yang berkenalan dengan Zinnirah tu menerangkan ajaran yang dibawa oleh Rasullulah SAW dan penerangan dari hamba itu sangat tulus sehingga membuatkan hati Zinnirah jadi terbuka untuk menerima Islam.
Setelah memeluk Islam, Zinnirah sering bermunajat dan merintih kepada Allah SWT setiap malam. “Ya Allah, ini untukmu. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
"Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu aku terpaksa menagih ujian berat sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Sejak Itu, Zinnirah dijual sebagai jariyyah (orang suruhan) dan sering bertukar tangan. Hinggalah akhirnya Zinnirah dijual di sebuah pasar di Mekah dan dibeli dengan harga yang murah oleh Abu Jahal bin Hisyam dari Bani Makhzum yang amat memusuhi Rasullulah SAW dan kaum muslimin.
Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Abu Jahal. Zinnirah melalukan ibadah ketika orang lain tiada di rumah atau sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur.
Zinnirah bersembahyang, membaca Quran atau membuat apa sahaja ibadahnya secara tersembunyi. Dan secara sembunyi-sembunyi juga dia menangis membaca Al-Quran tentang dahsyatnya api neraka sehingga membuatkan Zinnirah pengsan.
Tak lama selepas itu, Abu Jahal mengetahui tentang keislaman Zinnirah. Dan disinilah bermulanya episod derita Zinnirah. Abu Jahal dapat menghidu perubahan hambanya itu dan dia dapat mendengar Zinnirah membaca Al-Quran. Dan Abu Jahal jadi naik darah terhadap Zinnirah.
Abu Jahal terus menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama asalnya.
Lebih teruk lagi, Abu Jahal mengikat kaki dan tangan Zinnirah kemudian menjemurnya di tengah panas terik padang pasir tanpa makan dan minum. Zinnirah dipukul, dihentak, disepak terajang tanpa rasa belas kasihan dari Abu Jahal.
Semuanya dihadapi oleh Zinnirah dengan penuh sabar disamping hati dan jiwanya bergantung kepada pertolongan Allah SWT. Mulut dan hatinya tak putus-putus mengucapkan, “Allah, Allah.. Allah.. Allah.. Allahuakbar.. Allahlah yang Maha Besar.”
Hingga akhirnya pada satu tahap, Abu Jahal menyeret Zinnirah ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang dan memaksa Zinnirah meninggalkan agama Islam. “Jika engkau meninggalkan ajaran engkau ini, aku akan bebaskan engkau!”
Zinnirah menjawab tenang, “Aku tetap berpegang dengan ajaran agama Muhammad kerana ia agama yang benar.”
Sesungguhnya Zinnirah begitu sabar menghadapi ujian dan beliau yakin akan pertolongan dari Allah SWT.
Zinnirah terus didera dan diseksa oleh Abu Jahal sehingga beliau tidak sedarkan diri. Pendirian Zinnirah tetap utuh. Zinnirah tetap beriman kepada Allah SWT dan menyerahkan segala-galanya hanya kepada Allah SWT dan berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah keimanan hambaMu yang lemah ini.”
Zinnirah berkata lagi, “Ya Allah, Ya Tuhanku.. Walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan.”
Api kemarahan Abu Jahal semakin meluap dan Abu Jahal akhirnya memukul Zinnirah dengan sebatang kayu di kepala dengan sekuat hatinya.
Zinnirah merintih kesakitan dan akibat pukulan dikepala itu juga menyebabkan urat sarat dikepalanya putus dan telah mengakibatkan beliau menjadi buta. Maka.. Hilanglah penglihatan mata Zinnirah menjadi gelap gelita dan menjadi buta.
Abu Jahal dengan bangga terus mengejek Zinnirah, “Sesungguhnya Latta dan Uzza yang telah berbuat demikian terhadapmu, wahai Zinnirah! Kembalilah engkau menyembah Latta dan Uzza!”
Zinnirah menjawab, “Aku tidak akan kembali menyembah batu-batu yang tidak bernyawa itu. Jika Allah SWT menghendaki, mudah sahaja bagiNya memulihkan penglihatanku. Ya Allah Maha Suci Dia Maha Kuasa akan mengembalikan penglihatanku. “
Abu Jahal akhirnya putus asa dan kecewa mendengar jawapan Zinnirah. Abu Jahal kemudiannya menyuruh pelayannya pula mendera Zinnirah dengan keras.
Dan dengan izin Allah SWT, kedua-dua mata Zinnirah pulih dan beliau dapat melihat kembali setelah dipukul berkali-kali. Mata Zinnirah yang buta kian kembali celik.
Penderitaan Zinnirah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Zinnirah kemudiannya dibeli oleh Saidina Abu Bakar daripada Abu Jahal dengan harga yang tinggi. Demikianlah pertolongan Allah SWT kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.
Kejadian yang menimpa Zinnirah itu menyebabkan ramai menjadi kagum dan mengejutkan semua orang. Hal ini telah menyebabkan lebih ramai orang Quraisy memeluk Islam.
Hati Zinnirah dipimpin oleh Allah SWT. Setiap tutur katanya perbuatannya bahkan tingkah lakuknya adalah benar-benar terpimpin. Kemerdekaan jiwa Zinnirah al-Rumiyah bagi seorang wanita yang tidak hanya terkenal di dunia bahkan terkenal di langit.
Ada satu kisah yang lain pula meriwayatkan orang yang menyeksa Zinnirah tu merupakan Saidina Umar Al-Khattab sebelum keislaman beliau.
Tapi ada juga kisah yang meriwayatkan walau sezalim mana Saidina Umar, beliau tidak pernah menyakiti wanita seumur hidupnya. Manakala kisah tersebut menyatakan juga bahawa Abu Jahal juga dikenali sebagai Umar.
Nabi Muhammad SAW pernah berdoa supaya Allah SWT memberi hidayah ke arah Islam terhadap salah seorang dari 2 orang Umar, kerana kedua-dua Umar ini akan membawa perubahan yg kuat dan besar untuk Islam..
Dua orang Umar yang dimaksudkan ialah Saidina Umar al-Khatab dan Amru bin Hisham atau juga dikenali dengan nama Abu Jahal.. Jadi orang yg menyeksa Zinnirah adalah Abu Jahal di mana nama lainnya adalah Umar. Wallahualam.
Apa pun, semoga kisah Zinnirah ni membuka mata kita semua tentang pengorbanan Zinnirah. Betapa cekalnya hati beliau berpaut pada agama Islam. Semoga kita dapat mengambil iktibar.
Oh Zinnirah..
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama

Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi..
Oh Zinnirah..
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Nampaknya ada lagi masih mempertikaikan bahawa yang mendera Zinnirah tu merupakan Saidina Umar. Boleh baca kat sini. ahlalhdeeth.com/vb/showthread.… . Ada dua pendapat.
Pendapat 1 : Katanya Zinnirah hamba bani Makhzum dan diazab Abu Jahal
Pendapat 2 : Katanya dia hamba bani Abu Daar

Macam aku lebih cenderung kepada pendapat pertama sebab banyak yang sanad kata lebih kepada yang pertama.
Tapi bukanlah aku nak kata pendapat atau pandangan kedua tu salah, sebab bila banyak hadith dengan masing-masing sanadnya tak kukuh jadi kita hanya boleh kata kemungkinan. Kita tak boleh buat kesimpulan.
Tapi yang seksa Zinnirah ialah Abu jahal. Sebab Abu Jahal ni memang suka seksa orang, tak kira hamba dia atau tak.
Orang banyak keliru dan jadi fitnah atas Saidina Umar sebab nama Abu Jahal sebenar :

عمرو بن هشام، ابو جهل
'Amr bin hisham,Abu Jahal.

Orang yang kata Umar tu sebab ingat 'Amr عمرو kat depan tu Umar.
Tu je lah yang dapat dikongsikan berdasarkan pertanyaan, perbincangan, serta cari gali. Haaza min fadhli rabbi. Kalau salah, minta betulkan. Mohon maaf.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ‎ سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!