Profile picture
‎ سَيْف @LeAlterEgo
, 30 tweets, 4 min read Read on Twitter
Aku rasa nak kongsi kisah jin yang bernama Zaubaah. Semoga kisah ni dapat membuka mata kita semua pada bulan yang mulia ni.
Diriwayatkan bahawa satu saat tu ada sekumpulan bangsa jin sedang mencuri dengar tentang rahsia dari langit, tapi waktu tengah curi dengar tu tiba-tiba ada api yang menyala menuju ke tempat sekumpulan bangsa jin tu.
Bila ada api yang menyala tu, para jin yang mencuri dengar tu jadi terkejut dan kemudian sekumpulan jin tu cepat-cepat pergi berjumpa dengan kaum dia yang lain.

"Apa yang terjadi denganmu?" tanya jin yang lain
"Sebuah halangan telah ditempatkan di antara kami dan khabar dari langit, api yang menyala dilemparkan kepada kami," jelas sekumpulan jin yang mengadu tadi.
"Kalau begitu pasti ada sesuatu yang baru terjadi. Pergilah kalian ke arah timur dan arah barat dan lihat apa yang telah ditempatkan sebagai rintangan antara kalian untuk mendengar perkhabaran dari langit," suruh jin yang lain.
Jadi pergilah sekumpulan jin ni mencari rahsia apa yang menghalang mereka dari mendengar perkhabaran dari langit. Menurut Ibnu Mas’ud, jumlah kumpulan jin tu sebanyak sembilan jin dan salah satu dari jin itu bernama Zaubaah.
Dan khabarnya Zaubaah merupakan salah satu sang ulama atau jurudakwah di kalangan kaum jin. Jadi sekumpulan jin ni meneruskan perjalanan ke Tihamah, sebuah kawasan di garis pantai Laut Merah, Arab Saudi.
Saat perjalanan tu, sekumpulan jin ni tiba-tiba mendengar sesuatu yg belum pernah mereka dengar sebelumnya. Dan pada ketika itu serta merta sekumpulan jin ni naik bulu roma. Lalu mereka segera mendekati sumber suara.
Dan ternyata sumber suara tu datang dari seseorang yang amat mulia. Seseorang yang sedang menjadi imam solat yang dimakmumi sekumpulan manusia. Manusia mulia tersebut ialah Rasullulah SAW..
Rasullulah SAW pada ketika itu sedang membaca surah Ar-Rahman ayat 1-78. Dalam surah ini terdapat beberapa ayat yang berbunyi,

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

'Maka, nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?'
Mendengar alunan ayat suci dari baginda Rasullulah SAW, sekumpulan jin tadi kemudiannya ikut bergabung dan duduk di belakang. Mereka ingin mendengarkan ayat-ayat yang dilantunkan oleh Nabi Muhammad SAW.
"Diamlah, perhatikan bacaannya," Zaubaah meminta rombongan diam untuk mendengar bacaan Nabi Muhammad SAW ketika itu.
Peristiwa ni diceritakan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Ahqaf ayat 29.
Rombongan jin yg tadinya berbisik-bisik tadi pun kemudiannya senyap mendengar dan menghayati ayat Al-Quran yg dibacakan Rasullullah SAW. Rasulullah SAW diutus untuk umat manusia dan jin. Maka ketika mendengar firman Allah dari lisan Rasulullah SAW maka tergugahlah hati para jin
Apatah lagi bila mendengar alunan bacaan surah Ar-Rahman. Sekumpulan jin tersebut merasakan betapa banyak nikmat Allah SWT yang diberikan untuk mereka.
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagiMu yg sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami," kata sekumpulan jin tadi yang dipimpin sang ulama jin.
Selesai solat, sang ulama jin mendatangi Nabi Muhammad dan mengatakan keinginannya untuk lebih banyak lagi mendengar ayat-ayat dari firmanNya.
Maka kemudiannya pergilah Rasullulah SAW bersama para jin tadi ke suatu tempat. Dan Rasullulah SAW membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada rombongan jin tersebut.
Sang ulama jin berdialog dengan Nabi Muhammad SAW. Kemudiannya mempelajari agama Islam dari Nabi Muhammad SAW. Dan akhirnya sekumpulan jin tadi menyatakan ingin menjadi mualaf dan memeluk agama Islam.
Maka mereka pun bersaksi syahadah langsung dihadapan Nabi Muhammad SAW. Mereka pun secara rasmi menjadi muslimin dan berbaiat kepada Rasulullah SAW di sebuah masjid yang terletak di kampung Ma'la, tak jauh dari pemakaman kaum muslim di kota Makkah.
Sehingga kini masjid yang dinamakan sebagai Masjid Al-Jinn atau Masjid Al-Bai’ah masih teguh berdiri. Nama masjid atas peristiwa pengislaman jin disini.
Setelah memeluk Islam, pulanglah para jin ke kampung mereka. Sang ulama jin yang belajar dari Rasulullah SAW kemudian memulakan dakwahnya.

"Wahai kaumku, sungguh kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan." Kata ulama dari bangsa Jin yang tadi kepada kaumnya.
"Bacaan itu menuntun ke jalan yang lurus, disanalah kami beriman dan kami tidak akan pernah mempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami."
Maka gemparlah dunia jin selepas tu. Dakwah Islam kemudiannya mula tersebar di dunia jin yg dibawa oleh para jin tadi. Sebahagian jin kemudiannya turut memeluk Islam dan belajar daripada Nabi Muhammad SAW. Mereka beribadah dan mentauhidkan Allah SWT.
Kisah mengenai masuk Islamnya jin tersebut diterangkan di dalam surah Al-Jin, surah ke 72. Boleh rujuk dibawah.
Banyak hikmah disebalik kisah pengislaman jin ni, di antaranya menjadi khabar bagi manusia, bahawa jin pun seperti manusia. Hati mereka tergugah ketika mendengar lantunan ayat suci Al-Quran.
Hati dan jiwa jin pun sampai bergetar dengan ayat suci Al-Quran. Bagaimana pulak dengan kita manusia?
Jadilah marilah kita sama-sama pada bulan Al-Quran ni, kita kembali, buka dan baca serta kita amalkan. Al-Quran bukan hanya dibaca ketika ada kematian.
Al-Quran merupakan petunjuk untuk makhluk yg hidup. Sebuah kitab suci dan penerang ketika kita buntu. Ini peta jalan kita untuk ke syurga.
Semoga beroleh manfaat. Salam Ramadhan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ‎ سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!