Profile picture
Syed Saddiq @SyedSaddiq
, 10 tweets, 2 min read Read on Twitter
Najib kata dia cipta 2.68 juta pekerjaan sejak tahun 2010. Memang benar. Saya tidak nafikan. Tetapi apa yang BN gagal cerita adalah kepada siapa majoriti kerja ini pergi. Ini adalah thread.
#QualityJobs4Malaysians
1. Laporan Bank Negara Malaysia, menyatakan 81.5 % ataupun 4 daripada setiap 5 kerja yang dicipta pada tahun 2016, diberikan kepada pekerja asing walaupun terdapat peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan.
2. Pada tahun 2015, 64.4 % sahaja kerja ini yang diambil warga asing. Ini menunjukkan satu trend yang berbahaya yang diambil oleh kerajaan kita yang terus mengabaikan anak muda yang gagal mendapat kerja.
3. Memang benar kata-kata Barisan Nasional, kerja-kerja yang disebut di atas adalah pekerja buruh. Kerja-kerja yang tidak diingini oleh graduan kita. Tetapi lambakan keperluan buruh ini adalah salah kerajaan sendiri.
4. Menurut Laporan Bank Negara, lambakan buruh asing yang murah di negara kita mencipta persepsi yang negara kita berfokus buruh hanya menarik pelabur-pelabur dalam industri sedemikian.
5. Ini mengunci Malaysia dalam imej negara yang mudah untuk mendapat buruh asing dan kos murah. Ini membolehkan pelabur-pelabur asing mengekalkan kadar gaji yang rendah kerana sedar jika rakyat Malaysia tidak mahu, buruh asing akan penuhi slot-slot ini.
6. Ini mengganggu insentif natural kenaikan gaji kerana kekosongan buruh ini akan sentiasa dipenuhi buruh asing. Mangsa utama adalah rakyat negara kita sendiri.
7. Bukan kita tak hendak pekerja asing di negara kita, menurut laporan The Edge, pada tahun 2017, RM35.3 billion wang kita disalurkan oleh pekerja asing kembali ke negara mereka. Yang rugi kita juga.
8. 2.68 juta pekerjaan yang diumumkan BN adalah untuk sektor buruh, bukan professional. Malaysia perlukan lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan Malaysia ke bidang profesional. Malangnya, jawatan professional diberi kepada golongan warga asing (expat).
9. Ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ekonomi negara ke landasan negara berpendapatan tinggi. Ayuh rakyat, bangkitlah. Kita melawan demi masa depan kita, masa depan anak-anak kita.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Syed Saddiq
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!