Poster dan Logo Piala Dunia Bermula 1930 Sehingga 2014
#TribeThread #TribeXPialaDunia

Ini adalah bebenang (Thread).
Kejohanan Piala Dunia sememangnya menjadi penantian buat semua peminat bola sepak seluruh dunia. Pelbagai aspek dalam kejohanan tersebut akan mendapat perhatian ramai termasuk poster dan logo.
Sebelum kita melihat perkara ini dengan lebih lanjut, pada permulaan edisi Piala Dunia ini, hanya poster sahaja dikeluarkan. Tiada lagi logo sehingga tahun 1950. Mari kita lihat poster yang dikeluarkan pada masa itu.
Piala Dunia 1930 menampilkan poster bermotifkan penjaga gol menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi. Piala Dunia ketika ini diadakan di Uruguay.
Piala Dunia 1934 Itali membawakan poster dengan seorang pemain yang berjersi Itali bersama bola. Bendera-bendera negara yang menyertai kejohanan itu juga ditampilkan bersama di dalam poster ini.
Piala Dunia 1938 Perancis pula menerbitkan poster dengan dunia dibawah bola dan kaki. Mungkin ingin menonjolkan satu kehebatan, keagungan dan kebanggaan kejohanan ini. Latar belakang juga menampakkan sedikit warna bendera Perancis.
Pasca perang dunia ke-2, Piala Dunia kembali diadakan. Kali ini di Brazil pada tahun 1950. Mirip kepada poster pada tahun 1938 tetap tanpa glob bumi. Menampilkan ciri-ciri warna bendera Brazil.
Bermula kejohanan pada tahun 1954, FIFA memperkenalkan logo rasmi. Negara hos juga mengeluarkan poster. Switzerland menjadi negara pertama yang mengeluarkan logo dan poster untuk kejohanan ini.
Piala Dunia 1958 Sweden membawakan logo dengan abjad "VM" yang memberi maksud Världsmästerskapet iaitu Kejuaraan Dunia dalam bahasa Sweden. Manakala seorang pemain dan bola pula membawa maksud kejohanan bola sepak.
Pada tahun 1962, logo yang dihasilkan menampilkan sebuah stadium dengan bendera Chile ditengah-tengahnya. Memberi maksud Chile adalah negara hos ketika itu. Posternya pula, menunjukkan bola bersama bumi dengan latar belakang biru muda.
1966 menyaksikan Kejohanan Piala Dunia menampilkan maskot. Ketiga-tiga poster, logo dan maskot ini menampilkan ciri-ciri bendera Union Jack.
Bermula Piala Dunia 1970 sehingga 1998, logo Piala Dunia tidak banyak perubahannya. Mereka hanya menonjolkan tiga ciri utama iaitu Nama Negara, Warna Kebangsaan dan Bola. Boleh lihat logo-logo tersebut.
Pasca 1998 pula menandakan era baharu dalam pembentukan logo-logo kejohanan Piala Dunia. Logo yang direka membawakan budaya tempatan, sejarah dan melangkaui sukan bola sepak.
Piala Dunia 2002 membawakan prinsip dan tradisi Korea dan Jepun seperti asimetri, dinamik dan harmoni. Dua edisi seterusnya, FIFA mengambil logo ini untuk disematkan dalam kedua-dua logo tersebut.
Logo Piala Dunia 2006 direka oleh agensi UK. Mereka memfokuskan untuk meraikan keghairahan, kebahagiaan dan senyuman rakyat Jerman. Logo itu juga ingin menampilkan negara yang ramah dan merayakan parti ini untuk seluruh dunia.
Untuk logo Piala Dunia 2010, adakah anda sedar bahawa motif dibelakang pemain melakukan "bicycle kick" adalah sebuah benua Afrika. Ya, mereka ingin menunjukkan lambang kesatuan untuk seluruh benua tersebut.
FIFA telah meminta 25 agensi di Brazil untuk menghantar cadangan rekaan logo Piala Dunia 2014. Logo tersebut mestilah membawa dimensi kemodenan dan kepelbagaian. FIFA telah memilih cadangan daripada Africa Agency dengan logo tiga tangan berpegangan membentuk Piala Dunia.
Jadi, anda mula menonton Piala Dunia bermula dengan logo mana? Kongsikan dengan kami.

Terima Kaish!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Football Tribe MY 🇲🇾
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!