Profile picture
rizal hashim @rizalhashim801
, 30 tweets, 9 min read Read on Twitter
Pak Ngah nak cerita pasal NFDP boleh?

Pasal Pak Ngah dah interviu:

Datuk Razali Ibrahim (Dengan Izin)
Lim Kim Chon (Dengan Izin)
Khairy Jamaluddin (Dengan Izin dan Kafe Sukan)
Lim Teong Kim (Dengan Izin dan Kafe Sukan)
Safirul Abu Bakar (Dengan Izin)

Ini adalah bebenang.
Kalian tahukan sejarah dan asal kewujudan NFDP? Selepas kita menang emas Sukan SEA Laos pada penghujung 2009, Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara diwujudkan oleh @KBSMalaysia diterajui Datuk Seri @shaberyc
Tabung bertujuan bantu @FAM_Malaysia bangunkan program akar umbi. Dana permulaan RM10 juta. Kemudian @shaberyc dan Setiausaha Agung FAM waktu itu Datuk Seri Azzuddin pergi ke Everton. Pada Jun 2011, logo PPBN dilancarkan. Pengerusi jawatankuasa pula Datuk @razaliibrahim
Antara ahli jawatankuasa bekas pemain dan setiausaha agung Datuk Dell, peminat tegar dan pemilik kelab dari Muar, Hassan Tun Sulaiman, presiden SAM waktu itu @khawari1. Pengarah teknikal FAM Kim Chon merangkap ketua PPBN. Wakil KPM ketua pengarah. Wakil MSN ketua pengarah.
KSU KBS Datuk Mohid. Juga timbalan menteri pelajaran @weekasiongmp serta Datuk Junid setiausaha Penang FA dan Cikgu Ahmad Shafie. Pengerusinya Razali. Menteri Shabery rileks aje tak campur. Jawatankuasa ini bukan rubber stamp ye. Bukan macam jawatankuasa 2014-2018
Kim Chon dan rakan-rakan letak batu asas dengan wujudkan program Mykids Soccer B12, kejohanan Champion of Champions, Liga KPM dan sekolah bola sepak negeri. Projek dijalankan oleh Kim Chon dengan Unit bola sepak di MSN. AJK akan turun tonton final.
Tujuh pemain dalam skuad Teong Kim asal dari program abangnya Kim Chon. Mereka dibawa ke Saitama, Croatia dan Bosnia pada 2013 dan dikenali sebagai skuad Projek 2019. Sambil itu pusat MyKids Terengganu, Perlis, Kedah dan KL yang dipantau MSN terus menjalankan aktiviti.
Kegiatan PPBN dinukilkan tanpa laman web, pengikut twitter berjuta, tanpa belanja besar. Kerja jalan. Politik kurang. Check this out brudders …mbangunanbolasepaknegara.blogspot.com/?m=1
Kalau ada yang tersinggung jangan marah ye. Pak Ngah sekadar beri nasihat. Ikut pengalaman Pak Ngah, nasihat Pak Ngah tiada yang peduli. Pak Ngah dalam mode throwback. Lepas ni throw out 😝
Pak Ibrahim Mohamed (tengah) adalah penolong Kim Chon dulu. Dia giat bekerja di akar umbi. Dengan kanak-kanak dan remaja. Dia kata NFDP harus dibina semula dengan kos yang minimum. @Nizam_Jb pula ada anak berbakat di AMD. Ini semua pemegang taruh dalam agenda nasional.
Amacam? Handsome tak Pak Ngah dengan YB Datuk Razali, Pak Ibrahim, @khawari1 @jngadirin @mdshazli kini COO MFL dan @slametsazly Gambar April 2012. Waktu ini NFDP menghormati FAM
Dengan Izin musim kedua. Dengan Kim Chon. September 2012. FAM tidak dipinggirkan kerana Kim Chon juga pengarah teknikal FAM. Datuk Seri Azzuddin pun ada. Pokoknya setiap program pembangunan semua sukan WAJIB dipacu persatuan sukan kebangsaan. KBS salur dana dan sedia infra.
Dalam setiap program - elit, pelapis - MSN wujudkan jawatankuasa bersama. Tetapi NFDP 2014-2018 lesen besar. Pelantikan jurulatih, ketua jurulatih negeri, penyelaras zon dibuat tanpa rujuk FAM. Berapa kali jawatankuasa rubber stamp stail bersidang tentukan dasar?
Bila KJ jadi menteri, AJK pun tukar lah. KJ pengerusi NFDP (banding Shabery minta timbalan). KJ juga lantik Annuar Musa yang digantung oleh FAM sebagai AJK. Mulalah mainan politik. Pak Ngah pun tarik diri daripada projek sediakan buku NFDP kerana tak setuju dengan pelantikan itu.
Tapi Pak Ngah tetap follow dan keep tabs.Pak Ngah tetap sokong babe. Tontonlah Kafe Sukan 2014 ni bahagian 1. bahagian 2. Tengok sedutan Dengan Izin 4.20 ke atas
Sebelum Teong Kim diangkat sebagai penyelamat bola sepak negara oleh NFDP pada 2013, ingat dua benda. Pak Ngah satu-satunya wartawan laporkan dia berhenti sebagai ketua akademi FAM pada 1999. Pak Ngah juga interviu Teong Kim di Cologne waktu dia ambik course Master Coach 2005.
Ini piala yang Teong Kim dan anak-anak buahnya menang pada 1998. Pergh dua dekad lalu tau...
Walaupun ada reputasi di Bayern Munich, Teong Kim tidak pernah menguruskan pasukan senior atau remaja di Eropah. Tapi pengalamannya tak dinafikan. Dalam majalah Four-four Two Februari 2014, Pak Ngah lambung dia. Siap kaitkan dengan Weigang dan Obermann. rizalhashim.blogspot.com/2015/06/cramer…
Bila team generasi pertama ini menang Piala Iber di Malaga, pergh pengurusan NFDP celebrate macam menang Piala Dunia babe. Pak Ngah kata man-man, perjalanan masih jauh. Tapi Pak Ngah pulak kena tibai. rizalhashim.blogspot.com/2015/07/antara…
Lupa lah. NFDP yang dilancarkan oleh PM pada waktu itu adalah penambah baikan daripada NFDP asal. Lebih padu. Kredit kepada Safirul dan team yang buat audit kepada program terdahulu. Sayangnya NFDP 2014-2018 tidak telus, sedangkan ia projek nasional membabitkan wang rakyat.
Apabila Teong Kim ditukar jawatan daripada Pengarah projek kepada ketua jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), tiada pengumuman dibuat. Apakah benar gaji dinaikkan walaupun tugasannya lebih spesifik?
Tugasan Teong Kim diambil alih Saad Ichalelene, Franck Plaine dan Abdifitaah Mohamed Hassan. Mereka terpaksa menampung beberapa kelemahan sedia ada untuk mewujudkan DNA bola sepak negara. Ingat? DNA? Macam lawan Tajikistan atau Jepun? Ingat lagi kata-kata tiada LONG BALL BODOH...
Tiada siapa yang tidak mahu NFDP diteruskan. Tapi cara ia diuruskan mesti telus dan tulus. Kena ingat ini projek rakyat. Mungkin elok pulang ke pangkal jalan. Kemudian gaji kena berbaloi la. Takut nanti seorang jurulatih kaya tetapi elaun jurulatih di akademi tunas ciput.
Bila elaun ciput, risau pulak ada elemen negatif. Budak-budak pulak kenalah makan 6 kali sehari. Bukan 3 kali sehari...pengendali kantin pun kenalah dibayar...diorang pun nak hidup babe.
Pastikan peralatan mencukupi di setiap pusat latihan daerah, akademi tunas, sekolah sukan negeri dan AMD. Jurulatih, pentadbir, dibayar gaji yang setimpal. Tidak lebih. Tidak kurang.
Solusinya?

FAM ambil alih AMD dan Sekolah Sukan tetapi dipantau jawatankuasa bersama.

Pusat Latihan Daerah dan Akademi Tunas dikendalikan oleh KPM.

NFDP agenda nasional. Semua kena terbabit.

Semua pemegang taruh menjawab kepada jawatankuasa dianggotai pengurusan tertinggi.
Terpulang kepada Menteri untuk lantik siapa sebagai pengerusi jawatankuasa.

Juga jurulatih/guru di AT atau PLD jangan tunggang NFDP untuk penuhi KPI masing-masing. Ikhlas bawa berkat, in shaa Allah.

Jangan ada elemen ugut anak-anak digugurkan jika tidak ikut wakil negeri.
Setiap pelantikan perlu jalani proses saringan.

Penyelaras zon gaji besar kenalah submit laporan.

Supremo kena turun padang untuk tahu masalah.

Cabaran dalam mengurus modal insan:

Hampir 20,000 pemain dari 7 hingga 17 tahun.

1,000 jurulatih seluruh negara
Di sebalik kelemahan yang ada dalam NFDP, sistem sebelum wujudnya program khas ini menghasilkan slot ke suku akhir untuk generasi Bawah 16 tahun 2014 dalam AFC B16 kendalian rakan sepasukan Teong Kim dulu, S Balachandran. Mereka bertanding dalam Piala Presiden untuk bersiap.
Sebagai konklusi, tontoni interviu Pak Ngah dengan Teong Kim pada 2015. . Wabillahi tawfiq wal hidayah.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to rizal hashim
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!