Profile picture
Market Demon @market_demon
, 21 tweets, 4 min read Read on Twitter
Dunia pelaburan terhutang budi terhadap orang ini yang telah mencipta candlestick.

Ini adalah bebenang tentang seorang Trader Lagenda Yang Mengaut Keuntungan lebih daripada $10 Billion!
Beliau seorang trader yang bukan sahaja berjaya memperoleh sejumlah besar wang dalam pasaran tetapi seseorang yang dikatakan telah mencipta Price Action Trading dan Japanese Candlestick.

Beliau juga digelar “God of The Market” di zamannya.
Munehisa Homma, seorang peniaga beras Jepun yang tinggal di kota Sakata antara tahun 1725 dan 1803.

Beliau dilahirkan dalam keluarga peniaga beras yang terkenal dan telah memperoleh sejumlah besar kekayaan sewaktu Homma dilahirkan.
Pada zaman remajanya, ayah Homma membiarkan dia menjalankan sebahagian besar perniagaan beras keluarganya.

Oleh kerana beliau tinggal di bandar Sakata, Homma memutuskan bahawa ia adalah idea yang baik untuk pergi dan berdagang di pelabuhan.
Pertukaran beras terbesar pada waktu itu berada di bandar Osaka, tetapi terlalu jauh untuk Homma pergi sendirian sehingga beliau harus membuat perdagangan dengan para pedagang di pelabuhan Sakata sahaja.
Apabila ayah Homma meninggal dunia, keseluruhan perniagaan beras telah diserahkan kepadanya dan beliau memutuskan untuk melakukan perjalanan ke Osaka untuk pergi dan berdagang di pertukaran beras di sana.
Pertukaran beras Osaka berbeza dengan pertukaran Sakata. Di Sakata, anda hanya boleh menjual beras di pertukaran itu dengan peniaga beras lain, tetapi Osaka mereka mempunyai sistem di mana penjualan beras menggunakan kupon yang diberikan oleh peniaga beras.
Sistem dagangan beras pada dasarnya adalah versi pertama di dunia tentang apa yang kita ketahui hari ini sebagai pasaran niaga hadapan (Futures Market).

Seperti kebanyakan pedagang beras lain pada masa itu, Homma sangat berminat untuk menjual beras melalui sistem kupon. Mengapa?
Ini kerana beliau tidak perlu benar-benar tahu jika terdapat beras yang tersedia untuk diperdagangkan pada masa kupon penghantaran yang dinyatakan tetapi hanya perlu tahu harga beras yang mungkin berada pada saat penghantaran ditetapkan.
Pada masa itu, Homma menemui banyak konsep trading yang akhirnya menjadi terkenal termasuk candlestick yang kita semua tahu dan gunakan dalam trading kita hari ini.
Corak candlestick yang beliau dapati membentuk dasar utama strategi dagangannya kerana ia membenarkannya melihat apa psikologi keseluruhan orang di pasaran, yang memberi kelebihan besar kepada semua trader lain di pasaran.
Tidak ada seorang pun yang mengetahui dengan tepat ketika Homma menemui corak-corak candlestick, tetapi dia telah menemuinya sebelum 1755.
Pada tahun 1755 beliau menerbitkan salah satu buku trading yang pertama, sebuah buku berjudul "The Fountain Of Gold - The Three Monkey Record Of Money" yang di dalamnya beliau membahas mengenai bagaimana memahami psikologi trader lain.
Perkara yang membuat Homma begitu berjaya adalah hakikat bahawa beliau adalah trader pertama yang menyedari bahawa pergerakan harga yang terjadi di pasaran beras bukanlah dari keputusan yang rasional dan logik seperti kepercayaan kebanyakan trader,
Beliau mendapati trader membuat keputusan berdasarkan emosi seperti ketakutan dan ketamakan.
Homma mendapati pola yang berulang pada pasaran, kebanyakan corak candlestick yang kita kenal hari ini berasal dari dia. Dia adalah orang pertama yang benar-benar mendokumentasikan semua corak yang berbeza.
Sekiranya bukan darinya, maka mengikuti dan memahami apa yang berlaku dalam pasaran hari ini mungkin adalah sangat sukar.
Homma yang pertama mengesan pasaran beras menggunakan carta, beliau juga merupakan trader pertama yang mengatakan pasaran bergerak dalam trend.
Homma telah menjadi trader yang berjaya di pertukaran beras Osaka dan kerajaan Jepun telah mendapatkan perkhidmatannya sebagai penasihat kewangan
Kemudian dalam kehidupan Homma bekerja dengan kerajaan, maharaja Jepun memberinya gelaran samurai yang dihormati, salah satu penghormatan yang paling tinggi yang dapat dicapai di Jepun pada masa itu. Kisah yang hebat bagi seorang lelaki yang bermula hanya dengan berdagang beras.
Oleh: Hadi Yusuf
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Market Demon
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!