Profile picture
Anwar Ibrahim @anwaribrahim
, 22 tweets, 2 min read Read on Twitter
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saudara saudari yang saya muliakan, Dari Hospital Cheras, dengan 1/22
kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14. Terdapat 2/22
beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain. Paling mereka khuatiri 3/22
adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hinggakan TV3 menyiarkan pidato lama saya menyerang Tun Mahathir. Malah mereka 4/22
lahirkan rasa aneh dan bingung mengapa saya dan keluarga sanggup berpakat dan mempercayai Tun Mahathir. Sewajarnya sebagai Muslim 5/22
dan naluri insani, kita gembira dengan semangat ukhuwwah, silaturrahim dan persahabatan yang terjalin. Saya, Azizah dan sekeluarga 6/22
tidak menafikan keresahan awal, namun pertimbangan - faaslihu baina akhawaikum - (Sebab itu, perbaikilah (damaikanlah), hubungan 7/22
antara kedua saudaramu – Al-Hujurat Ayat 10) dan kepentingan negara dan rakyat mengatasi semua perkiraan lain. Tun Mahathir 8/22
membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat 9/22
darjat dan martabat rakyat dan negara. Beliau bersabar menerima penghinaan UMNO-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera 10/22
Pakatan Harapan (PH). Saya ingin menyeru agar rakyat memberikan dokongan untuk membolehkan beliau memperbaiki kebobrokan negara 11/22
akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Kempen UMNO-BN tertumpu kepada 12/22
usaha menakutkan rakyat terutama masyarakat Melayu kononnya akan diperalatkan DAP. Sentimen perkauman ditiup kerana kegagalan 13/22
UMNO-BN menjawab skandal 1MDB, FELDA, dan keperitan rakyat akibat lonjakan harga setelah GST diperkenalkan. Rakyat adalah penentu; 14/22
bukan wang sogokan tauke atau saudagar kaya; bukan fitnah dan propaganda media yang dikuasai UMNO-BN. Pakatan Harapan mendambakan 15/22
perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara. Kami bertekad untuk 16/22
bekerja menggalas tugas dengan penuh amanah dan kesedaran. Kami yakin kedudukan Islam akan lebih mekar dengan menjamin kebebasan 17/22
beragama. Yang akan dibela adalah rakyat semua kaum. Umat Melayu dan bumiputera yang dibantu adalah di kalangan rakyat kebanyakan dan 18/22
bukannya keluarga dan kroni kaya. Dalam tempoh 24 jam, masa depan negara dan nasib rakyat akan di tentukan oleh saudara saudari. 19/22
Dengan lafaz Bismillah, undilah dengan bijak dan bertanggungjawab. Rakan-rakan yang telah bersama sejak 2013 perlu bangkit 20/22
menggerakkan rakyat dalam muafakat mantap Pakatan Harapan. Bantu ibu bapa, sanak saudara dan adik adik untuk turut mengundi. Kepada 21/22
Allah SWT kita pohon petunjuk dan keberkatan.
Anwar Ibrahim
22/22
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Anwar Ibrahim
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!