Profile picture
EMPOWER @empowermalaysia
, 25 tweets, 17 min read Read on Twitter
Banyak yang argue tentang merit dan kuota gender. Nak borak merit sangat kan? Jom kita borak merit. #30peratus
Ramai ahli parlimen wanita yang menang GE14 jauh lebih bijak dan berkebolehan daripada sebahagian daripada ahli parlimen lelaki yang terpilih. Baca senarai tersebut di empowermalaysia.org/30peratus

#30peratus
Kenapa YB wanita seperti @KasthuriPatto, @hannahyeoh, @fuziah99, @yeobeeyin, @munirah_11 etc. tak dipilih jadi menteri walaupun merit mereka lebih daripada cukup? Sebab, diskiriminasi. Sebab mereka bukan lelaki. Mentaliti inilah yang kami nak perangi.

#30peratus
Well kalau malas nak baca, mari kita go through senarai YB wanita yang kami push untuk #30peratus kat sini. Jom tengok merit wanita untuk jadi menteri.
1. @n_izzah (Permatang Pauh, PKR)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Ijazah Sarjana di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa (John Hopkins University)

#30peratus
- @n_izzah merupakan ahli parlimen selama tiga penggal, dan timbalan presiden PKR yang telah menegakkan kebebasan berhimpun dan berekspresi secara konsisten, dan juga pelbagai isu hak asasi manusia yang lain di Malaysia.

#30peratus
2. @hannahyeoh (Segambut, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda Perundangan (University of Tasmania)
- Bekas Speaker dan ahli DUN Selangor selama dua penggal, ahli parlimen penggal yang pertama dan timbalan ketua wanita DAP. Menyertai politik untuk menghentikan rasuah dan rasisme #30peratus
3. @KasthuriPatto (Batu Kawan, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mikrobiologi (Universiti Malaya)

#30peratus
- @KasthuriPatto merupakan ahli parlimen untuk penggal ke-2, dan dahulunya merupakan setiausaha politik untuk Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti untuk @DAPWanita. Beliau mempertahankan hak asasi manusia, kepelbagaian dan isu keselamatan negara.

#30peratus
4. @mariachin (Petaling Jaya, Bebas)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi Gunaan, Ijazah Sarjana di dalam Perancangan Bandar (University of London)

#30peratus
- Dahulunya @mariachin merupakan pengerusi @bersih2 dan kini merupakan ahli parlimen penggal pertama. Beliau telah lama bekerja di dalam isu yang berkaitan tadbir urus yang baik, pembaharuan pilihan raya, perdagangan dan hak asasi wanita.

#30peratus
5. @teresakok (Seputeh, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Komunikasi dan Sains Politik, Ijazah Sarjana di dalam bidang Sains Politik (Universiti Malaya)

#30peratus
- YB @teresakok merupakan ahli parlimen untuk penggal yang kelima, timbalan setiausaha agung @dapmalaysia dan bekas ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang mempertahankan perubahan perundangan untuk menegakkan hak asasi manusia di Malaysia.

#30peratus
6. @ybzk99 (Ampang, PKR)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Sosial (National University of Singapore)

#30peratus
- YB @ybzk99 merupakan ahli parlimen penggal yang ketiga, dan pengerusi Institut Wanita Berdaya Selangor yang mempertahankan hak asasi wanita, dan telah bekerja secara aktif untuk meningkatkan penyertaan politik wanita. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perumahan

#30peratus
7. @fuziah99 (Kuantan, PKR)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Psikologi Kaunseling, Ijazah Sarjana di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (University of Wales)

#30peratus
- YB @fuziah99 merupakan ahli parlimen untuk penggal yang kedua, dan merupakan ahli jawatankuasa eksekutif pusat @KEADILAN . Beliau dikenali dengan komitmen tinggi dalam bidang perlindungan alam sekitar.

#30peratus
8. @TeoNieChing (Kulai, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda Perundangan (University of the West of England)
- YB @TeoNieChing merupakan ahli parlimen untuk penggal yang ketiga, dan setiausaha @DAPWanita yang mempertahankan akses kepada keperluan asasi.

#30peratus
9. @alicelky (Lanang, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Farmasi, Ijazah Sarjana dalam bidang Farmasi (University of Strathclyde)

#30peratus
- YB @alicelky merupakan ahli parlimen untuk penggal ke-2, wanita pertama yang dipertandingkan oleh pembangkang di Sarawak. Komited dalam isu hak asasi orang asal, kemiskinan, luar bandar & pendidikan

#30peratus
10. @yeobeeyin (Bakri, DAP)
- Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kimia Lanjutan (Cambridge University)

#30peratus
- Merupakan bekas ahli DUN, dan kini merupakan ahli parlimen penggal pertama yang komited di dalam isu kemiskinan, belia dan pendidikan, dan juga penyertaan politik orang muda.

#30peratus
11. @munirah_11 (Kota Belud, Warisan)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Universiti Malaysia Sabah)

#30peratus
- @munirah_11 merupakan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, dan ahli parlimen untuk penggal yang pertama yang berfokus kepada isu-isu perlindungan alam sekitar, hak asasi wanita muda dan pembangunan luar bandar.

#30peratus
Kuota yang kita minta 30% je pun. #30PERATUS. 70% masih lelaki. Nak kecoh apa? #30peratus
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to EMPOWER
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!