Profile picture
Daniel Rahman @dnielrhman_
, 53 tweets, 9 min read Read on Twitter
okay disebabkan ramai request dekat comment ig, aku story kat sini pengalaman seram aku dekat UiTM Machang Kelantan. tak ramai yg tahu kot sebab aku dah janji dgn member tak nak buka dah cite ni. okay kalau dpt 20 rt aku cite
okay first of all aku dpt masuk UiTM Machang ni bukan sebab result spm cantik sgt, cukup cukup makan je result aku. aku dapat course yg aku mohon (Graphic Design). kiranya budak AD lah ni. bermulanya aku sebagai student UiTMCK ni pada bulan Mei 2017
okay aku skip terus eh. okay nk dijadikan cerita, aku ni ramai lah jgk member dekat UiTM tu, tapi kenal dekat situ lah semua. aku ni bukan seorang yg berani sgt tapi aku ni jenis manusia yg suka mencuba and jenis nk tahu semua benda
utk pengetahuan korang. aku jgk tak percaya sgt dgn benda karut mcm hantu or anything lah benda2 tahyul. memang aku tak percaya selagi aku tak nampak and rasa sendiri. selama aku hidup tak pernah nampak or rasa benda tu wujud sampai lah jadi warga Machangster
okay itu baru muqaddimah 😂 bermulanya pengalaman seram aku and benda ni dah buat aku trauma and taknak dah try cari benda tu disebabkan jadi depan mata aku sendiri.
okay haritu hari khamis tarikh bila aku lupa tapi mmg hari khamis. dlm ptg gak ah time tu
time tu aku tgh lepak dgn sorang kwn aku ni dekat cafe kolej. okay yg mana student UiTMCK tu tau lah cafe kolej TAR kt mana kan. jadi time tu aku tgh main fon and temankan member aku ni makan sebab dia baru je habis class ptg tu. tgh syok main fon, tiba tiba
member aku ni bagi idea bodoh. ntah mcm mana dia boleh terfikir benda tu aku pun taktahu. nk tahu dia cakap apa?
dia ajak aku main Spirit Of The Coin 🙂 so aku tak fikir panjang, terus on dengan idea bangang dia tu. jadi sesudah lepak dkt cafe tu
kitorang masuk lah bilik member aku. okay bilik member aku ni level 5 tau and bilik dia hujung sekali plus dekat dgn tangga and hutan tapi tk nampak mcm hutan sgt. kalau student baru aku rasa mmg akn dpt bilik tu sekarang. kalau tak silap bilik tu 516L TAR.
haritu kan hari khamis jadi ramai lah student yg balik kalau rmh area Kelantan je. roommate member aku semua balik and tggal dia sorang je yg stay. sebab tu dia ajak aku temankan dia plus buat benda bodoh. so time tu dah maghrib, member aku ttap dgn idea dia
disebabkan aku ni budak seni, dia suruh aku lukis benda tu. Spirit Of The Coin. benda ni dimainkan dgn duit syiling. and atas kertas tu kena lukis A-Z,1-0, YES/NO and GOODBYE. kalau korang nk tgk mcm mana benda tu Google lah. aku malas nk tunjuk huhu
korang mesti pernah tgk cite Spirit Of The Coin ni kan? tak pun cite Conjuring Spirit. ada kan yg dimain benda tu dengan duit syiling. okay game ni lebih kurang seru roh yg dah meninggal lah. jadi siap lukis semua tu. kitorang start dlm pukul 9 malam
mlm tu mlm Jumaat, jadi kitorang berdua jelah dlm bilik tu. dah ajak member lain tapi diorang taknak join. jadi sebabkan nk tahu benda tu betul2 wujud ke tak kami start and mantera dia aku search dkt Google. member aku letak duit syiling kt tgh, tutup lampu
and aku pasang lilin yg mak aku bagi utk kegunaan bila blackout. so time start tu aku dah baca syarat game tu and aku rasa benda tu tak masuk akal. kelakar pun ada hahaha. aku yg baca mantera tu, jari kitorang diletakkan atas duit syiling and kami putar
duit syiling tu sambil baca mantera. okay mantera tu kena ulang 3X. so buat punya buat takde rasa apa pun and aku cakap kt member aku mmg aku dah agak benda ni karut je. jadi kami tinggalkan kertas, syiling and lilin tu kt tepi locker. time tu dah 12malam
member aku ckp dia tak sedap badan and nk tidur. aku pun ia kan je. takde lah fikir benda bukan bukan kan. jadi time tu aku sorang yg belum tido sampai pah pukul 3 aku tertido dekat lantai.
tgh tenang tido, aku tersedar bila dgr suara yg tgh maki maki pasal benda tu. bukak mata tgk member aku tgh koyak kertas tu and buang ikut tingkap bilik. nk tahu dia cakap apa time tu? dia ckp “aku tokse doh main bendo bodo ni, tobak aku tokse doh”
tu loghat Kelantan tau, kalau yg faham tu faham jelah. dia ckp taknak main dah benda bodoh tu. and time tu pukul 4. lepas dia buang benda tu sambil nangis, dia terus tido and selimut satu badan. aku takleh tido and masih terfikir kenapa dia ckp mcm tu 😭
pagi Jumaat tu, aku kejutkan dia and ajak pergi breakfast dkt cafe so dah mandi apa semua kami turun pergi cafe. time tgh makan tu aku tanya dia kenapa dia koyakkan kertas then buang ikut tangkap pukul 4pagi tadi? dia mcm berat mulut tau nk ckp
aku paksa jgk dia cakap. benda yg dia cakap ni buat aku tersedak nasi yg aku makan. dia cakap, pagi tadi dia tersedar then dia nampak benda berbulu hitam and besar, bigger than locker almari kt dlm bilik tu. benda tu duduk dkt bucu bilik and pandang dia
bukan pandang biasa tau, benda tu tenung dia mcm pompuan tgk laki bila ada salah. dpt imagine tak? ke nak aku lukis? okay sambung.
jadi member aku ni tak nampak sgt. gelapkan bilik plus benda tu hitam. jadi dia buka lampu fon dia and suluh dkt benda tu 😰
bila dia dah tahu yg dia suluh tu makhluk hodoh yg teramat. dia terus turn off lampu fon and selimut satu badan+pandang dinding. member aku try intai tau, dia turunkan selimut yg dia balut tu and time tu lah dia nangis sbb benda tu ada dekat bucu katil dia
benda tu tgh rukuk, lebih kurang mcm rukuk sembahyang tapi tangan takde lah letak dkt lutut. nk tahu benda tu buat apa? dia tgh tgk kertas Spirit Of The Coin yg kitorang main tu. then lepastu bendatu goyang katil member aku. mcm mana aku tak dgr dia goyang?
and mcm mana aku tak dgr pun member aku jerit panggil aku time tu 😩 lepas benda tu dah hilang and berhenti. haaa time tu lah yg aku tersedar, yg member aku tgh koyak kertas tu. sumpah aku tak dgr pun dia jerit panggil aku time benda tu tgh kacau dia 😰
then lepas sembahyang Jumaat tu, benda bodoh tu masuk balik dlm otak aku. lagi lah aku nk tahu benda tu mmg wujud ke tak. and yes malam tu aku try main lagi sekali. tapi kali ni lagi ramai member aku yg join. yg main 3 org termasuk aku.yg lain2 tgk and record
and malam Sabtu tu kami main, dalam bilik sama tapi member aku yg kena pagi tu dia taknak main dah. jadi 2 member aku yg lain main. 2 orang ni jenis berani sikit maklum lah SUKSIS(Kor Polis Dekat IPT). dalam bilik tu ada 11orang semua yg join
jadi kali ni aku guna camera aku utk rakam kitorang tgh main. and fon aku, aku bagi dekat member aku yg lain utk diorang buat LIVE dekat ig. ramai gila yg masuk LIVE malam tu semata mata nk tgk benda tu. member aku yg dah kena tu pegang camera utk rakam
sesiapa yg still tak percaya or cakap aku ni sembang, korang boleh tanya followers aku yg join. aku sembang ke tak 🤗
okay berbalik pada cerita aku.
jadi kitorang start main game tu. jari kitorang tiga dh letak kt duit syiling and sambil tu baca mantera. buat then buat tak jadi and tak nampak pun benda tu. lepastu member aku yg sorang ni cakap kena sapu darah baru benda tu dtg. jadi aku try gigit jari
tapi tk keluar jgk darah. member aku yg sorang try buat plak. dia cucuk jari dia dgn jarum 😐 sampai lah darah kt jari dia keluar then sapu dekat duit syiling. jadi lepas darah dah sapu tu, kitorang start balik main. try 2,3 kali aku rasa mcm kena tipu je
and last round nk buat tu. aku rasa sejuk semacam dlm bilik tu. sejuk yg aku tak pernah rasa, nk kata sejuk aircond mana dtg aircond? nk kata sejuk angin kipas takde lah sejuk mcm tu. sumpah sejuk dia pelik. seriau pun ada sekali. gila kacang ahhh sejuk dia
aku pandang 2 member aku yg main tu. yg sorang tu nampak pucat semacam and yg sorang lagi rilek je aku tgk. then lepastu tiba2 member aku yg pegang camera buang camera tu. nasib jatuh atas peha aku. kau tahu tak Nikon tu mahal sial.
dia lari pergi dkt member aku yg lain. dia tarik selimut then nangis. wehhh apa benda ni? tiba tiba nangis 😭 sumpah aku taktahu apa jadi time tu. dia kena lagi sekali. dia mengamuk sambil nangis. dlm 3minit dia nangis tu tiba2 dia jerit
“jange bagi ore masuk! ado ore nk masuk bilik ni! ado ore duk luar nk masuk. tutup pintu tu! aku oyak doh aku tokse doh main bodo, bo lah main, aku tokse!” sumpah aku taktahu nk buat apa and taktahu apa yg jadi. dia ckp ada org nk masuk, ada org kt luar pintu
bila aku intai bawah pintu tu mana ada org. yaallah apa benda ni. aku mmg taktahu and pegun mcm patung sebab tak tahu apa yg jadi. aku ambik camera yg dia record tadi then aku tgk game yg kitorang main tadi. aku teliti recording tu mmg takde apa apa
tapi korang nk tahu tak apa yg jadi? aku try delete rakaman kt camera tu tapi camera aku tetiba hang and takleh delete benda tu. tak pernah hang semenjak aku pakai tetiba malam tu boleh hang. bila aku dah delete, dia ada lagi sekali. sumpah mmg ada balik 😭
and kitorang yang 10orang ni taktahu nk buat apa sampai lah aku terfikir yg ada sorang budak Ganu ni pandai dlm bab ni. dia imam muda dekat Pusat Islam UiTM ni. disebabkan dia yg lebih tahu pasal agama. aku panggil dia. member aku still mengamuk time tu and
aku suruh member aku yg badan besar sikit pegang and peluk dia jangan sampai lepas. bukan peluk yg mcm korang buat dgn bf gf korang tau. ni peluk supaya member aku yg kena sampuk tu tak buat tarian raver lah oky jk jk.peluk and pegang sebab dia mengamuk gila2
and lepastu tetiba ‘benda tu’ tanya kenapa seru dia? kenapa seru dia dgn DARAH. weh berderau darah aku time tu. nk lari balik rumah pun ada time tu. memang ni first time jadi dekat aku
and lepas budak ganu aka imam muda tu baca ayat quraan apa semua.
then bagi jgk air yg dia dah baca ayat tu dekat member aku, nampak mcm okay sikit. dia stop mengamuk and tetiba dia cakap “aku okay dh. lepas lah. aku letih ni. nk tido” aku tak fikir panjang, aku suruh member aku lepas. then bagi dia tido
oky keadaan nampak okay sikit. tapi 5minit lepastu dia jadi balik. nk tahu creepy tak creepy? dia cakap tadi nk tido kan? tetiba dia bangun and duduk bersila. dia giling kepala sambil gelak. and tetiba dia nangis, and gelak balik. sumpah creepy gila time tu😭
lepastu dia tido balik. and lepastu member aku yg sorang lagi ni baca ayat dkt telinga dia. dia tido sampai lah tgh hari esok tu. memang benda ni senyap mcm tu je. tapi ada org ckp, selagi benda tu belum lagi keluar betul2,mmg dia akan stay je dlm tubuh kau😭
pengalaman ni buat aku trauma and rasa bersalah dkt member2 aku. taknak buat dah or sentuh pun taknak. so aku nk pesan kat adik adik yg baru nk start study, yg dpt IPT or anywhere lah, tolong ingt pantang bila dekat ASRAMA OR KOLEJ! jangan jadi berani
sumpah aku takkan main dah Spirit Of The Coin hanat ni. sumpah aku cakap bila korang start main and korang tak ‘tutup’ game tu mmg naya. bukan tahyul tapi ni mmg betul betul jadi dekat aku. jangan nk tunjuk sgt berani.
okay tu je cerita seram dari aku. seram ke? huhu ambil pengajaran ye. jangan nk ‘mencuba’ sgt. selamat belajar! ada lagi part 2 tapi lain hari lah. aku tgh kerja ni.
KALAU ADA YG TAK SUKA DENGAN CITE AKU BETTER SENYAP. BULAN MULIA NI HATI JANGAN ‘SAKIT’ SANGAT TAU
dia mcm ni tau. kalau awal awal lagi tak percaya and rasa tak best jgn baca. orang yg pernah kena je tau mcm mana feel dia. cite aku tu hanya perkongsian and ingatan dekat diorang yg kat luar supaya tak buat mcm aku buat. kalau tak seram it’s okay lah 👌🏻
so yang mana cakap aku sembang tu, korang boleh tgk sendiri ex student UiTMCK cakap apa. pengalaman and apa yg dia lalui
BUKTI AND PERINGATAN!
MACAM NI EH, MEMANG AKU DH JANJI DGN MEMBER2 SEMUA TAKNAK KECOHKAN CITE NI TAPI SEMALAM AKU DAH MINTAK IZIN MEMBER AKU SENDIRI AND ALHAMDULILLAH DIA BAGI CITE AND SEKADAR PERKONGSIAN DAN AMBIL IKTIBAR DARI APA YG KITORANG BUAT HUHU TU JEE TAKPIKIR NK FAMES
hey assalamualaikum? ada ke yang nk dgr part 2? kalau ramai yg nak, aku cite. ni dekat Kolej TR pulak.
check out my new post ✌🏼 part 2
promote jap eh 😅
secara jujur, korang rasa okay tak cara penulisan aku?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Daniel Rahman
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!