Soalan ini pernah ditanya kepada seorang penceramah, dan jawapan yang diberikan adalah,
"Haram la bagi orang HIV kahwin seumur hidupnya kerana akan memberi kemudharatan kepada pasangan. Itu ujianlah kepada dia."
Ini adalah thread
Lalu selepas masuk ke bidang ini, pencarian saya menemui jawapan. Ada kenalan apabila brjumpa terus brtanya,
Apabila saya menjawab "boleh" tanpa sempat menjelaskan ada yang langsung,
"Diorang kahwin sesama HIV jugak la kan".
Runtun hati saya, begitu mudah masyarakat meletakkan standard manusia.
1)hubungan kelamin (faktor paling utama)
2)perkongsian jarum(bagi pengguna dadah melalui jarum suntikan)
3)ibu kepada kandungan/anaknya(melalui mengaliran darah/penyusuan)
4)transfusi darah (paling & sangat jarang berlaku)
1) air liur(berkongsi makanan atau minuman)
2) peluh(sentuhan)
3) air mata
Maka dari cara yang manakah kita boleh terjangkit?
Namun,Virus ini dapat dimendapkan(suppressed) dengan menggunakan ubat-ubatan (antiretroviral drugs) khas untuk melawan virus ini sehingga ke tahap yang tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan darah.
"Tidak dapat dikesan, tidak boleh menjangkiti"
Maka HIV sebenarnya bukanlah satu hukuman mati mandatori.
1) isteri yang suaminya pengguna dadah melalui jarum suntikan atau sebaliknya
2) isteri/suami yang pasangannya curang diluar sama ada dengan wanita atau lelaki(homoseksual/heteroseksual)
4) anak yang dijangkiti melalui ibu(tidak adil untuk anak ini dihukum oleh masyarakat)
5) dan beberapa kes-kes yang lain
Apa yang masih boleh diselamatkan dari kemudharatan bagi situasi kes HIV;
Maka saya memilih untuk tidak memberi jawapan boleh atau tidak terhadap soalan utama, bolehkah PLHIV berkahwin?
"boleh menerima atau tidak dapat menerima"
Namun, saya mohon jangan menghukum mereka(bkn bermakna saya setuju dgn perilaku seks bebas).
Bagaimana Islam itu agama fitrah untuk aku, begitu juga untuk mereka.
Nik Nur Atiqa
Bachelor in Medical Sciences(Hons)
Management and Science University
Endorsed by:
Dr Rabiatul Badariah
Dan itu adalah privileged yang perlu kita akui dan syukuri.
Namun mereka dipilih Tuhan, bukan mereka meminta, bahkan tiada kuasa mereka menghalang.