Profile picture
Nadia Jumaat @AchuNadia
, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
Pernah terbaca pasal Kota Atlantis?

Kota Yang Hilang dalam masa satu Hari satu Malam?

Kota Yang dibicarakan oleh Plato melalui cacatan Plato.

Saintis Brazil, Profesor Nunes dos Santos berpendapat bahawa Kota Atlantis itu adalah Kota Alam Melayu (Nusantara)

Thread sejarah
Kota Atlantis adalah tamadun Yang Hilang pada tahun 11 000 tahun Yang lalu.

Hilang dalam satu Hari, satu Malam.

Ya. Catatan Plato menggunakan perkataan HILANG.

Macam mana boleh Hilang?
pengkaji sejarah Di seluruh dunia terus mencari di mana lokasi sebenar Atlantis.

Kenapa kisah kewujudan tamadun silam itu dicatatkan dalam naskhah kuno Timaeus dan Critias yang dihasilkan ahli falsafah Yunani iaitu Plato sekitar tahun 360 S.M?

Apa yg special sgt psl kota ni?
Atlantis dikatakan tamadun yang wujud lebih awal daripada tamadun

1. Mesir,
2. Babylon Mesopotamia
3. Inca
4. Greek.

Malah, keluasan Kota ini adalah lebis besar dari Libya (zaman sekarang)
Mengikut catatan Plato,

tamadun Atlantis digambarkan amat maju dari aspek

1. kemanusiaan
2. teknologi
3. kaya dengan harta dunia.

Atlantis wujud sebagai sebuah pulau yang amat luas iaitu lebih luas berbanding gabungan Libya dan Asia.
Daratan Atlantis dikatakan sebagai kawasan terbaik di dunia dan memiliki tanah subur.

Tanah Atlantis juga dipenuhi dengan galian berharga terutamanya mineral misteri Orichalcum selain dihiasi dengan pohon menghijau serta haiwan yang banyak termasuk gajah.
Pada masa itu, wilayah Atlantis didiami pelbagai kelas masyarakat tetapi kesemua mereka hidup aman damai dan saling hormat-menghormati.

Semua penduduk tidak mementingkan diri dan menganggap semua harta dan kemudahan yang ada adalah milik bersama.
Antara pekerjaan di Atlantis ialah tukang batu dan tukang kayu.

Kota Atlantis juga dibina dengan amat teratur dan indah.

Mereka membangunkan kuil, istana, pelabuhan dan bangunan besar yang cantik.

Wait, jadi apa kaitan dengan alam Melayu?
Profesor Santos yakin lokasi sebenar Atlantis terletak di Nusantara kerana latar tempat dalam cerita Plato itu menyamai kawasan kepulauan di Asia Tenggara.
Pertama

Kemusnahan Atlantis itu dinyatakan dalam terjemahan naskhah Timaeus: "Namun sesudah itu, muncul gempa bumi dan banjir yang dahsyat. Dan dalam satu hari satu malam, semua penduduknya tenggelam ke dalam perut bumi dan pulau Atlantis lenyap ke dalam samudera luas."
Jadi apa kaitan dengan Alam Melayu? bumi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara khususnya Indonesia.
Gempa bumi terkuat itu dikatakan berlaku akibat letusan gunung berapi Krakatau di Indonesia kira-kira 11,000 tahun lalu yang bertepatan dengan tempoh hilangnya Atlantis dari muka bumi ini.
Kedua.

Tempoh berlakunya letusan gunung berapi itu juga bertepatan dengan berakhirnya Zaman Ais Pleistocene yang menyebabkan litupan ais mencair sekali gus mengakibatkan paras air laut meningkat.

.
Tsunami besar yang terhasil akibat gempa bumi dan letusan gunung berapi selain peningkatan paras laut akhirnya dipercayai menenggelamkan kota Atlantis
Ketiga.
Aspek suhu, Plato kata penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika.

11,000 tahun lalu, kebanyakan kawasan di dunia adalah sejuk lantaran masih Zaman Ais Pleistocene. Kawasan yang beriklim panas dan hujan sepanjang tahun terletak berhampiran Khatulistiwa iaitu Nusantara.
Keempat.

kenyataan Plato bahawa Atlantis memiliki banyak galian juga selaras dengan sektor perlombongan di Asia Tenggara yang banyak iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar `Semenanjung Emas', `Gunung Emas' dan 'Bukit Besi Putih'.
Disebabkan bukti bukti ini, Profesor Dos Santos turut menamakan Alam Melayu sebagai 'The Lost Continent of Atlantis'

Mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk ahli arkeologi Malaysia untuk kaji kebenaran catatan Plato.
Sekarang, question and answer time
Kawan2.
Ini adalah kajian sahaja.

Beliau buat kajian, ditulis Dan dibukukan.

Sebab itu hasil dapatan beliau dikira boleh diletakkan untuk digunapakai.

Ramai lagi sejarahwan yang bangkang teori & dapatan beliau.

Sejarah bukan dipetik dari 1 sumber, tapi banyak.
Saya tweet ini sebab tertarik bila beliau berpendapat bahawa Atlantis itu adalah Sunda/Nusantara Kuno.

Sekali Gus Ada kaitan dgn Kita.

Mungkin, boleh didalamkan lagi kajian beliau, untuk bukti kebenaran.

Jangan kerana satu sumber berlawan, terus ditolak sumber lain.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nadia Jumaat
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!