📌Mood swing
📌Rasa kemurungan, senang marah, senang terganggu
📌Sedeh, rasa cuak dan beremosi
📌Penat, susah nak tidur
📌Pening kepala
📌Susah untuk fokus
📌Rasa kembung
📌Perubahan pada kulit dan rambut
📌Buah dada kadang2 rasa bengkak dan kurang selesa
📌Cirit birit atau sembelit
Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat.
Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda.
Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku kepada anda, jumpalah doktor.
Paling teruk, PMS boleh sebabkan seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri.
Sebab sebenar memang belum diketahui. Tapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah.
Mcm mana saya nak tahu saya ni ada PMS ke tidak ?
Anda seharusnya mencatat symptom yang anda ada tu dalam diari ke atau rekod dalam handphone anda yang canggih tu. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk 2 kali kitaran haid.
Tips menghadapi PMS
✅Kenal pasti bagaimana PMS menjejaskan anda dan keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan.
✅Anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup yang akan memperbaiki kesihatan anda secara amnya dan mungkin membantu dalam menangani PMS.
✅Makan makanan yang seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleks dalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam.
✅Kerap bersenam. Sasarkan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi.
✅Jika anda merokok, berhenti merokok.
✅Kurangkan atau berhenti meminum minuman keras.
✅Pastikan tabiat tidur anda adalah tetap.