Profile picture
Market Demon @market_demon
, 26 tweets, 5 min read Read on Twitter
Kisah Inspirasi Di Sebalik Kejayaan Billionaire Dunia

Sebahagian daripada orang terkaya di dunia dilahirkan di dalam keluarga yang kaya atau mewarisi kekayaan. Tetapi ramai di antara mereka bermula dengan kehidupan yang sukar. Sebahagiannya melalui pelbagai cabaran.

Thread
Do Won Chang (Forever 21)
Berkerja 3 Pekerjaan Sebelum Memulakan Forever 21

Do Won Chang dan isterinya, Jin Sook, berpindah ke Amerika dari Korea pada tahun 1981. Ketika mereka pertama kali tiba, Do Won terpaksa bekerja tiga pekerjaan pada waktu yang sama untuk menyara mereka.
Sebagai Janitor, Atenden stesen gas, dan di kedai kopi. Akhirnya, mereka dapat membuka kedai pakaian pertama mereka pada tahun 1984 dengan simpanan berjumlah $11,000.
Kedai itu hanya mempunyai keluasan 900kaki persegi dengan nama Fashion 21 yang kemudiannya ditukar kepada Forever 21.

Kini terdapat lebih 723 butik Forever 21 dan semakin berkembang di 48 buah negara. Nilai bersih kekayaan beliau ketika ini hampir $3.3 billion.
Howard Schultz (Starbucks)
Dari Seorang Jurujual kepada CEO Starbucks

Howard Schultz dibesarkan dalam projek Bayview di Canarsie, Brooklyn. Gaya hidup beliau selalu melampaui batas yang disediakan oleh bapanya sebagai pemandu trak.
Beliau cemerlang dalam sukan dan akhirnya memperoleh biasiswa bola sepak ke University of Northern Michigan.

Selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Perniagaan, Schultz bekerja dengan syarikat Xerox Corporation sebagai jurujual.
Beliau kemudian tertarik dengan sebuah syarikat mesin pembuat kopi titisan Hammerplast Swedish Company. Oleh kerana itu, beliau kemudian meninggalkan Xerox dan bekerja di Hammerplast ketika berusia 26 tahun
Beliau merasa curiga terdapat sebuah kedai kopi yang membeli mesin pembuat kopi dengan kuantiti yang luar biasa.

Beliau kemudian terbang ke Seattle dan mendapati terdapat 4 buah kedai bernama Starbuck.
Beliau amat tertarik dengan pengetahuan syarikat ini tentang pembuatan kopi dan kekal berhubung syarikat itu lebih kurang setahun.

Teruja dengan syarikat tersebut, beliau kemudian bekerja dengan Starbuck sebagai Pengarah Jualan.
Di sini bermula perkembangan karier beliau dan Starbucks. Starbucks kini mempunyai lebih dari 27,339 kedai di seluruh negara, dan Schultz kini mempunyai nilai bersih $ 3.1 bilion.
Leornado Del Vecchio (Luxottica)
Seorang Anak Yatim Yang Membesar Di Rumah Anak Yatim, Bekerja Di Kilang Dan Kini Mempunyai Empayar Membuat Kacamata Seperti Ray-Ban Dan Oakleys
Leornado Del Vecchio adalah salah satu daripada lima orang beradik yang tidak mendapat sokongan dari ibunya iaitu seorang balu.

Setelah membesar di rumah anak yatim, beliau bekerja di kilang membuat acuan bingkai kacamata,Beliau juga kehilangan sebahagian jarinya di kilang ini.
Pada usia 23, dia membuka kedai cetak bingkai kacamatanya sendiri. Kedai bingkai kacamata ini berkembang menjadi pembuat kacamata hitam terbesar di dunia dan kacamata preskripsi.
Luxottica pengeluar cermin mata hitam dari jenama seperti Ray-Ban dan Oakley, dengan 6,000 kedai runcit seperti Sunglass Hut dan LensCrafters. Nilai bersihnya dianggarkan $ 23.5 bilion.
Ingvar Kamprad (IKEA)
Pengasas Syarikat Perabut IKEA Membesar di Kawasan Ladang Perkampungan kecil di Sweden

Ingvar Kamprad hidup dalam kehidupan ladang yang pesat membangun. Dia mempunyai bakat dalam perniagaan. Bermula dengan perniagaan ikan, hiasan Krismas, dan pen.
Beliau tidak berpuas hati dengan cabaran jualan barangan kecil-kecilan ini.

Kamprad mengambil wang dari bapanya (ganjaran untuk gred yang baik) dan membuat perniagaan pesanan mel yang akhirnya menjadi IKEA.
Syarikatnya menjadi pengeluar terbesar perabot, dan Beliau mengekalkan penggunaan pengeluar tempatan untuk memastikan harga di tahap rendah.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada umur 91 tahun pada 27 Januari lalu.
George Soros
Terselamat Dari Penjajahan Nazi Hungary Perang Dunia Ke 2 Dan Menjadi Salah Seorang Pelabur Paling Berjaya Di Dunia
George Soros terselamat daripada penjajahan Nazi Hungary pada Perang Dunia ke-2 selepas bapanya membayar pekerja kerajaan. Keluarganya hilang segalanya ketika perang ini.
Pada tahun 1947, dia melarikan diri dari negara itu yg telah menjadi pemerintahan komunis slps perang utk tinggal bersama saudara-mara di London. Soros menyara dirinya di London School of Economics dgn bekerja sebagai Pelayan, Pembantu Penumpang Kereta Api & Pekerja Kolam Renang.
Selepas menamatkan pengajian, Soros menjual barangan di kedai cenderahati, menulis surat yang sangat banyak kepada pengarah di Merchant Bank di London sehingga akhirnya beliau mendapat pekerjaan.
“The Man Who Broke The Bank Of England"

Itulah permulaan kerjaya yang panjang dan sangat berjaya dalam kewangan, termasuk pertarungannya yang terkenal terhadap Pound Britain pada tahun 1992, yg menghasilkan keuntungan lebih daripada satu bilion Dolar
Sheldon Adelson (Marina Bay Sands)
Dari Penjual Akhbar Ke Las Vegas

Sheldon Adelson iaitu pemilik Marina Bay Sands, Singapura telah dibesarkan di rumah perumahan di Massachusetts, di mana dia berkongsi bilik tidur dengan ibu bapanya dan tiga adik-beradik.
Bapanya adalah pemandu teksi Lithuania dan ibunya mempunyai kedai menjahit. Apabila dia berusia 12 tahun, dia mula menjual akhbar dan beberapa tahun kemudian menjalankan skim mesin penjual air layan diri di sudut yang sama.
Adelson menceburkan diri di dalam beberapa industri yang berlainan, dari pembungkusan dandanan hotel kepada pembroker gadai janji.

Kejayaan terbesarnya adalah daripada membangunkan pameran perdagangan komputer.
Dia menggunakan kekayaan itu dengan pembelian Sands Hotel & Casino, dan kemudian resort mega The Venetian serta beberapa kasino di Macau.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Market Demon
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!