Tradisi Melayu Yang Unik - Ulek Mayang
(Sejenis Bebenang/Untaian)

Salam semua! Kalau nak tahu sedikit sebanyak berkenaan Ulek Mayang, meh sini abam nak cerita! Jangan nyanyi dulu ya HAHAHA.
Tercetusnya bebenang ni adalah disebabkan video yang saya lihat di twitter berkenaan persembahan Ulek Mayang yang berlaku di KLIA. Didapati salah seorang penonton dirasuk ketika menonton Ulek Mayang tersebut.
Meracau melolong dan sebagainya WARGH! Jom kita kembali ke laut untuk meneliti semua ini. *X-Files theme berkumandang*
Saya ni bukanlah orang yang bergelar Pak dalam seni tradisi (bijak pandai dalam bidang ini), tetapi saya merupakan graduan yang beruntung kerana mendalami ilmu-ilmu dan kesenian tradisi terutamanya tradisi Melayu di ASWARA.
Graduan ASWARA mempelajari seni tradisi (teras) selain major studies (muzik, tari, teater, filem, penulisan etc.). Saya berkongsi cerita untuk kita sama-sama alaminya ya?
Saya yakin mesti sesetengah orang pernah mengalami perkara pelik bila menjadikan Ulek Mayang sebagai medium persembahan. Tak kisahlah tarian ke, muzik ke, lakonan semula ke. Mesti ada cerita-cerita menakutkan tu kan? Saya sendiri pernah mengalaminya. 🤭
Ulek Mayang ni adalah tarian yang berasal daripada upacara penyembuhan kuno, yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita orang tua-tua, ada satu legenda berkenaan sekumpulan nelayan yang ingin ke laut mencari rezeki.
Ada banyak versi, jadi ini antara versi yang diceritakan. Bila nak balik ke pantai tu, tiba-tiba salah seorang nelayan tidak sedarkan diri (pengsan la agaknya), risaulah kawan-kawan senelayan ni.
Kawan-kawan lain tidak sedap hati maka dirujuknya nelayan yang pengsan tu kepada bomoh. Yelah dulu-dulu bomoh ni lah medium bagi menyembuhkan penyakit biasa dan penyakit ‘dalaman’, takde spital-spitalnye.
Bomoh ni baringkan lah si nelayan tersebut, sambil berjampi-jampi mencari punca. Rupa-rupanya....
Alamak panggilan jamban. Sebentar ya *lagu background diputar*
Okeh mana tadi.. haaaa RUPA-RUPANYA!
Ada seorang (ke seekor? 😂) puteri bunian laut telah jatuh chinta sama itu nelayan laaaa. Dikatakan roh nelayan tu terperangkap dalam alam bunian tersebut, dalangnya si puteri ni la.
Jenuh la bomoh tu menghempas pulas cuba menyelamatkan nelayan tu dari kekal di dalam alam bunian tersebut, bertarung silat dan sebagainya!
Puteri tu tak nak kalah ya, dia panggil kakak dia pulak, bertarung dengan bomoh tu. Bomoh pun apa lagi, dia bukak segala buah silat yang ada, ‘Ini tidak ADIL!’, kata si bomoh barangkali.
Silat punya silat, puteri bunian tu panggil lagi kakak dia untuk menahan tepis si bomoh ni! Sampai sudah seorang demi seorang puteri datang membantu adik-adiknya tertarung dengan bomoh tua tak sedar diri tu.
Sampai puteri ke enam, bomoh tidak berhenti-henti menghempas pulas cuba menahan asakan lawan. 6 lawan satu! Dah macam Harry Potter pulak aku rasa 😂
Tiba-tiba,‘Berhenti!!!’ Teriak puteri ke tujuh yang baru sahaja menyaksikan pertarungan tersebut. Puteri Tujuh adalah kakak sulung kepada kesemua puteri bunian tadi.
“Aku tahu asal usul mu. Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat”.

Dialog yang diucapkan oleh puteri Tujuh inilah yang menjadi popular dan menjadi sebahagian daripada lirik akhir dalam tarian Ulek Mayang.
Bomoh dan kawan-kawan pun berterima kasih kepada puteri Tujuh atas bantuan tersebut. Maka sejak peristiwa itu, mereka menghadiahkan beras berwarna kepada laut sebagai tanda berterima kasih (ini ritual zaman animisme ya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu).
Haaaa.. itu baru asal usul. Abis tu macamana boleh jadi popular plak tarian ni? Begini ceritanya.
Cerita ini diceritakan sendiri oleh tokoh seni Terengganu, Wan Salmah atau disenangi dengan panggilan Mami. Beliau adalah tokoh Joget Gamelan (tarian tradisi istana Terengganu) dan penyanyi asal Ulek Mayang.
Kebetulan tahun lepas saya sebagai project manager untuk persembahan Joget Gamelan di ASWARA, maka saya jemput lah penari-penari dari Terengganu termasuklah tokoh-tokoh untuk mempersembahkan tradisi istana di ASWARA. Mami pun ada!
Yang tengah tu Mami, baju merah tu akulah, yang pacal hina berhabuk kayu reput.
Selesai show, saya pun hantar lah Mami ke airport. Dalam kereta tu tah macamana terkeluar cerita pasal Ulek Mayang. Saya pulak memang peminat gamelan Melayu, jumpa tokoh bukan selalu, jadi kerjanya mengorek ceritalah kan? Banyak yang dikongsi, termasuklah Ulek Mayang.
Mami merupakan antara waris penari istana. Dia bercerita yang masa dia muda2 dulu, sebagai penari dan berkhidmat di bawah kementerian (tak silap saya SUK, maaf kalau salah), mereka perlu membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tari dan lagu yang dianjurkan kerajaan negeri.
Datanglah satu idea di antara mereka yang mencadangkan untuk diciptakan satu tarian berdasarkan legenda Terengganu yang memang dah diketahui.
Mami kata dulu-dulu mana ada nyanyi-nyanyi ni, sebab lirik yang di ambil adalah berasal dari mentera pawang.
“Uleeeek, Mayang di Ulekkkkkk” Mami sebut dalam nada bermentera. Gegar jap la kereta aku masa tu HAHAHA! Bila bunyi nada mentera lain macam wei.

Lain macam.
Maka diorg pun bersiap lah nak cipta tarian dan persembahan tersebut. Dia ala-ala lakonan dan tarian sebab ada pelakon jadi bomoh dan pesakit serta puteri-puteri, diiringi muzik rebana, gong, akordion dan sebagainya.
Mami ingat lagi yang ketika ingin membuat persembahan, mereka dinasihatkan oleh pawang supaya jangan nyanyi kesemua 7 puteri. Nyanyi sebahagian sahaja takut tersalah seru (maksudnya betul-betul datang). Sebab itulah liriknya hanya ada sebahagian puteri dinyanyikan. FAHAM TAK?!
Lagi satu. Apa ke jadahnya maksud Ulek Mayang ni? Ulek berasal perkataan ulit bermaksud menyanyikan atau dodoi. Mayang tu adalah bunga kelapa yang banyak-banyak tu. Tak pernah tengok? Ni haa..
Mami kata bila tengah bertanding tu, bomoh sedang ala-ala menyembuhkan tu kan, semua naik seram bila mayang yang ditepuk-tepuk pada badan nelayan tu, tiba-tiba meletup! Menghamburkan bunga kelapa di atas badan nelayan tu. Naik meremang semua penonton dan penari sekalian.
"Ish meremang Mami bila ingat balik".
Mami dan kumpulan akhirnya menang tempat pertama! Dari situ bermulalah tradisi Ulek Mayang yang merupakan tradisi penyembuhan kuno bertukar kepada tradisi tarian dan lagu yang menjadi popular di Terengganu dan Malaysia.
Tetapi ada harganya yang kita perlu bayar
WARGHH KAH KAH KAH KAH.
Sesiapa yang menyanyikan lagu tersebut akan dihantui dengan puteri-puteri yang menunggu kekasihnya. Ha.... Nyanyi lah lagi. Nyanyi kat laut tu. Makang ikang kat laut (hehe gurau-gurau).
Kini Ulek Mayang berdiri sebagai tradisi yang dipelihara sebagai salah satu warisan bangsa. Dah xde dah puja-puja ni. Apa yang kalian alami (rasuk, mistik dan sebagainya) adalah terpulang kepada anda untuk tafsirkan. Yang elok kita ambil, yang buruk kita buang jauh-jauh ya!
Tq kat Mami juga sebab sudi share. Tak lokek langsung dengan cucu yang serba kurang ini 🙏🏼.
Yang penting, setiap legenda, mitos, hikayat ada punca dan asalnya. Kita hargai apa yang tinggal, kita bina apa yang rapuh. Thanks guys for having me! TQ kerana sudi mengadap bebenang yang serba panjang ini. Ada sapa-sapa nak share pengalaman Ulek Mayang kalian! Meh cerita!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to TeukuToté (تكو عمر)
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!