Profile picture
, 65 tweets, 7 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Nabi Syam’un.

Thread ni aku buat atas request anon dekat CC.

*gambar hiasan*
Sebelum aku cerita tentang Nabi Syam’un, mari aku ceritakan dulu tentang nabi yang jarang kita dengar namanya, iaitu Nabi Yushwa' bin Nun.
Dua tahun selepas kematian Nabi Harun, Nabi Musa pula wafat, usaha kenabian diwarisi oleh Yushwa' bin Nun.

Ayahnya adalah daripada puak Afrathim. Afrathim adalah sempena nama salah seorang anak Nabi Yusuf.
Beliau adalah teman yang menemani Nabi Musa dalam pengembaraannya bagi menemui Nabi Khidhir dan salah seorang daripada 12 perisik yang diutus mengintip sebuah kawasan kaum Amalek selepas peristiwa pembelahan Laut Merah dengan tongkat Nabi Musa.
Nama beliau ada disebut di dalam Kitab Taurah dan beliau menawan penguasaan ke atas Jerusalem selepas kewafatan Nabi Musa.
Beliau memimpin Bani Israel bagi memasuki semula Jerusalem dan menawannya yang mana Allah memberikan mereka kemenangan pada petang hari Jumaat sebelum terbenamnya matahari.
Allah melambatkan terbenamnya matahari bagi memberi kemenangan pada pihak Nabi Yushwa kerana pada petang itu mereka sudah hampir menggenggam kejayaan menawan Jerusalem dan seandainya matahari terbenam seperti biasa,
maka mereka perlu berhenti berperang mengenangkan hari Sabtu adalah hari suci bagi mereka, maka terlepaslah kemenangan itu.
Selepas berjaya menawan Jerusalem sebelum terbenamnya matahari, Nabi Yushwa dan pengikutnya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan tanah warisan daripada nenek moyang mereka iaitu Nabi Yaakub.
Kemudian beliau tinggal bersama kaum Yahudi di Jerusalem dan wafat pada usia 127 tahun. Ini bermakna beliau hidup selama 27 tahun selepas kematian Nabi Musa.
Nabi Syam’un

Selepas 64 tahun berlalunya kewafatan Nabi Yushwa, Allah mengutus Nabi Syam'un pula walaupun di antara kedua mereka terdapat beberapa lagi utusan.
Pada mulanya, kaum Yahudi mempunyai seorang raja yang memimpin mereka terutamanya dalam menentang musuh-musuh yang menyerang.

Namun sewaktu tiada peperangan, mereka sering menyeleweng daripada ajaran Tuhan yang menyebabkan mereka sering dilanda permasalahan.
Maka pada suatu ketika, mereka diserang oleh kaum Philistine dan mereka kalah dalam peperangan itu.

Akibat daripada kekalahan itu, ramai daripada mereka dibunuh. Sebahagian pula ditangkap dan banyak bandar milik mereka dirampas.
Namun, kehilangan terbesar di sisi mereka adalah kehilangan Tabut kerana ia dirampas oleh pihak lawan.
Apa itu Tabut?
Tabut atau dikenali sebagai Ark of the Covenant adalah sebuah peti yang diukir di atasnya dengan ukiran dua malaikat yang menghadap sesama mereka sambil membuka kedua-dua sayap dengan menghalakannya ke arah satu sama lain.
Di dalamnya terkandung:

- penulisan Taurah daripada Nabi Musa
- tongkat beliau yang di gunakan bagi membelah lautan pada peristiwa kaum Yahudi dikejar Firaun
- serban milik Nabi Harun
juga sedikit Manna iaitu makanan yang diturunkan dari langit kepada Nabi Musa dan kaumnya,
ketika mereka dihukum dengan kesesatan di padang pasir kerana keengganan berperang dengan Amalek.
Mengikut sebuah kajian yang dijalankan, peti ini sekarang dipercayai di simpan di bawah sebuah tempat suci yang terletak di Ethiopia.
Oleh sebab peti ini dan kandungannya adalah warisan turun-temurun kaum Yahudi yang dipercayai dengannya mereka memperoleh keberkatan dan perlindungan Allah maka kehilangannya kepada pihak musuh melemahkan semangat mereka.
Bahkan selepas mendengar berita mengenai kehilangan itu, raja mereka berasa terlalu terkejut hingga jatuh sakit dan akhirnya mati.
Maka kaum Yahudi pun meraba-raba dan terkapai-kapai tanpa seorang raja bagi memimpin mereka pada hari yang berikutnya. Lebih memburukkan lagi keadaan, Allah sudah lama tidak mengutus seorang nabi untuk mereka akibat sikap mereka yang berterusan menentang utusan Ilahi.
Menyedari perkara itu, maka mereka menganggap bahawasanya akan diutus seorang nabi daripada puak Lawi mengenangkan puak Lawi terdiri daripada golongan agama dan daripadanya juga diutus Nabi Musa.
Maka mereka mencari sesiapa yang masih hidup selepas kemusnahan perang tempoh hari, daripada puak Lawi.
Mereka dapati hanya tinggal seorang sahaja yang selamat iaitu seorang perempuan yang sedang hamil yang mana suaminya juga terbunuh (walau bagaimanapun, ada yang berpendapat perempuan itu daripada puak Bunyamin).
Mereka memelihara perempuan itu dengan rapi, dengan harapan beliau melahirkan seorang anak lelaki yang bakal dilantik sebagai nabi oleh Allah.
Maka, siang malam perempuan itu memanjatkan doa semoga hajat mereka diperkenankan. Akhirnya doa dan harapan mereka dipenuhi oleh Allah dengan kelahiran Nabi Syam’un.
Selepas Nabi Syam'un meningkat dewasa, berlangsung suatu gerakan bagi mewujudkan satu kerajaan bersepadu seperti negara-negara yang lain dengan pelantikan seorang raja.
Kaumnya meminta supaya beliau melantik seorang raja antara mereka.

Namun beliau enggan berbuat sedemikian dgn menghujahkan bahawa tiada faedahnya sekiranya beliau melantik seorang raja & raja itu mengajak mereka berjuang tetapi akhirnya mereka enggan berjuang bersama raja itu.
Lalu mereka berjanji bagi mengiktiraf lantikan raja oleh Nabi Syam'un dan mematuhi perintah raja itu kelak.
Dalam pada itu, di sebuah kawasan yang tidak berjauhan dari situ, ada seorang pemuda yang bernama Tolut dihantar bersama seorang hamba oleh bapanya bagi mencari seekor keldai kepunyaannya yang hilang.
Dalam kelekaan pencarian mereka ini, mereka berjalan hingga termasuk ke daerah yang lain dan Tolut mencadangkan supaya dilupakan sahaja hajat mereka.
Hambanya pula mencadangkan supaya mereka menanyakan kepada seorang alim yang tinggal di sebuah bandar yang berhampiran seandainya beliau ada mendengar khabar berita mengenai keldai tidak bertuan yang merayau-rayau.
Orang alim yang dimaksudkan itu adalah Nabi Syamun.

Apabila mereka menemui Nabi Syamun, beliau meraikan mereka sebagai tetamu.

Maka dengan bimbingan wahyu daripada Ilahi, Nabi Syamun pun melantik Tolut sebagai raja kepada kaum Yahudi.
Sebaliknya mereka membantah pelantikan itu dengan alasan Tolut itu bukanlah daripada golongan yang kaya antara mereka.

Nabi Syamun pun menjawab, bahawasanya Allah menganugerahkannya dengan pengetahuan bagi memimpin dan kemahiran berperang serta kekuatan tubuh badannya.
Mereka pun meminta bukti yang menunjukkan pelantikan itu adalah benar-benar dipilih Allah.

Seiring dengan peristiwa ini, kaum yang mengambil peti Tabut dahulu sedang menghadapi bala bencana di tanah air mereka.
Tanaman mereka musnah, ternakan menjadi kurus kering dan mati, dan penduduk-penduduk pula berpenyakit yang pelik.

Selepas merenungkan keadaan mereka sendiri, mereka menyimpulkan yang bala ini adalah akibat perbuatan mereka menyimpan peti Tabut yang bukan milik mereka.
Mereka mengambil keputusan bagi meletakkan peti itu di atas sebuah kereta lembu lalu memukul lembu itu dengan harapan supaya lembu itu berjalan ke arah kaum yang menjadi pemilik asal kepada peti itu.
Berbalik semula kepada kisah pembantahan kaum Yahudi terhadap Nabi Syam'un. Apabila mereka meminta petanda yang menunjukkan pelantikan Tolut adalah pemilihan Tuhan, pada ketika ini kereta lembu yang membawa Tabut pun sampai ke halaman mereka.
Dengan menyaksikan perkara itu, mereka pun mengakui yang Tolut adalah raja mereka. Maka Tolut adalah raja pertama kepada kerajaan bersatu Israel dan Judah yang mana kerajaan Israel terletak di utara kawasan pemerintahan beliau, dan kerajaan Judah pula terletak di selatan.
Selepas itu, Raja Tolut mengarahkan mereka supaya bersiap sedia bagi memerangi semula musuh mereka. Dalam perjalanan penyerangan mereka itu, mereka menemui sebatang sungai.
Raja Tolut memberi arahan supaya jangan minum air sungai itu sepuas-puasnya tetapi hanya mengambil beberapa teguk bagi membasahkan tekak.

Sesiapa yang meminum lebih daripada kadar membasahi tekak, tidak berdaya bagi meneruskan perjalanan mereka.
Sekali lagi mereka ingkar. Oleh sebab mereka terlalu dahaga dan cetek keyakinan dalam keimanan, maka kebanyakan daripada mereka minum lebih daripada kadar yang dibenarkan.
Ini menyebabkan mereka semakin dahaga dengan setiap tegukan, lalu mereka ini tidak dapat meneruskan perjalanan akibat terlalu dipenuhi air di dalam perut serta membebankan dengan bekalan air yang mahu dibawa bersama.
Raja Tolut meneruskan perjalanan bersama beberapa kerat sahaja daripada mereka yang mematuhi perintah beliau.
Apabila berhadapan dengan pihak musuh, mereka dicabar dengan pertarungan seorang lawan seorang bagi mewakili kedua-dua pihak yang ingin bertempur itu khususnya bagi mengurangkan kecederaan dan kematian antara mereka.
Pihak lawan menghantar seorang pahlawan yang berbadan gergasi sebagai wakil. Pahlawan itu bernama Jalut.
Beliau adalah orang yang paling sasa dan digeruni kerana saiz badannya yang besar.
Mengikut beberapa pendapat, beliau menghidap satu jenis penyakit yang menyebabkan pengagihan zat makanan tidak seimbang di dalam badannya yang menyumbang kepada ketinggian dan kelebaran ukuran fizikal yang luar biasa.
Namun kelemahannya pula adalah kelewatan untuknya bagi bertindak balas.
Pihak tentera Raja Tolut pula tidak pasti siapa yg sepatutnya mereka hantarkan sebagai wakil bagi melawan pahlawan berbadan raksasa itu hingga ada pendapat yg mengatakan cabaran itu tidak disahut selama empat puluh hari. Maka di sinilah mulanya Nabi Daud memasuki catatan sejarah.
Bagi memberi motivasi kepada sesiapa daripada tenteranya yang sanggup berhadapan dengan Jalut, Raja Tolut mengumumkan hadiah kepada orang yang berjaya menewaskan Jalut dalam bentuk perkahwinan dengan anak perempuannya dan pemerintahan ke atas separuh daripada kerajaannya.
Namun, tawaran itu tidak mencukupi bagi sesiapa memberanikan diri bagi menyahut cabaran yang rumit itu. Dalam suasana senyap di kalangan tentera Raja Tolut, kedengaran suara seseorang yang memecah keheningan pada ketika itu.
Rupa-rupanya suara itu adalah suara Nabi Daud yang menawarkan diri bagi dihantar sebagai wakil.
Pada asalnya, beliau dihantar oleh ayahnya bersama dua abangnya bagi menyertai tentera Raja Tolut tetapi beliau diminta hanya bagi membantu yang mana perlu dan tidak melibatkan diri dalam pertempuran.
Dengan rupa paras Nabi Daud yang kecil berbanding dengan Jalut dan seakan-akan kebudak-budakan, Raja Tolut berasa sangsi dengan kebolehannya.
Tetapi selepas beliau meyakinkan Raja Tolut lebih-lebih lagi mengenai pengalamannya menewaskan seekor singa yang cuba mengancam ternakan bapanya dan dalam peristiwa lain pula seekor beruang, maka akhirnya beliau dizinkan menentang Jalut.
Raja Tolut membekalkan Nabi Daud dengan pedang dan perisainya sendiri sebagai persiapan menghadapi Jalut, namun akhirnya diketepikan oleh Nabi Daud kerana ketidakselesaan membawanya serta ketidakbiasaan beliau menggunakan peralatan itu.
Apabila beliau berhadapan dengan Jalut, beliau hanya ditertawakan oleh semua pihak lawan bahkan pasukannya sendiri pun berasa sangsi kerana secara fizikal, beliau tidak setanding dengan Jalut.
Hanya berbekalkan sebatang kayu yang digunakan bagi melastik batu serta beberapa butir batu sebagai peluru, beliau dapat menewaskan Jalut dengan melastik batu dengan kelajuan yang sangat tinggi, tepat ke kepalanya, manakala Jalut pula lambat bertindak bagi mengelak.
Selepas kepala Jalut berlubang sambil mencurah darah, Nabi Daud menggunakan pedang Jalut sendiri bagi menamatkan riwayatnya.

Selepas itu, tentera lawan lari lintang-pukang tetapi tetap dapat ditawan oleh pasukan Raja Tolut.
Kejayaan Nabi Daud itu menimbulkan kekaguman kepada Raja Tolut.

Beliau lantas bertanya, siapakah ayahnya? Beliau pun menjawab, ayahnya hanyalah individu yang berkhidmat di bawah jajahan beliau yang berasal dari Baitul Laham (Bethlehem).
Akhirnya Nabi Daud mendapat hadiah sebagaimana yang dijanjikan oleh raja itu dan selepas kematian Nabi Syam'un, beliau mewarisi tugasan kenabiannya.
Itu sahaja untuk thread kali ini. Ada masa lagi aku buat thread.

Terima kasih kerana membaca.
Kalau dah habis baca dan ada apa apa soalan tentang apa apa sahaja, boleh tanya aku dekat CC ni curiouscat.me/JoshSaladin
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls (>4 tweets) are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!