Profile picture
Josh @JoshSaladin
, 74 tweets, 9 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Nebuchadnezzar II.

Pemerintah yang paling lama dan paling berkuasa di empayar Babylon.
Nebuchadnezzar II atau nama sebenar Raja Bukhtanasar bin Nabopolassar memerintah empayar Babylon pada tahun 605BC hingga kematiannya pada 562BC.
Beliau terkenal dengan penjajahannya ke atas kerajaan Judah yang mana ibu kotanya adalah Jerusalem serta memusnahkan tempat-tempat suci di kawasan itu.
Di pusat pemerintahannya sendiri pula iaitu di Babylon, beliau dikagumi dengan pembinaan taman tergantung salah satu binaan keajaiban dunia purba yang dibinanya bagi permaisurinya yang tercinta bernama Amuhia (Amyitis)
mengenangkan permaisurinya itu terlalu merindui suasana nyaman kehijauan pokok-pokok serta suasana gunung-ganang di kampung halaman tempat beliau dibesarkan.
Beliau mengahwini Amuhia, puteri kepada raja kerajaan Madia. Dengan perkahwinan itu maka terlaksanalah hubungan bersekutu yang erat bagaikan kedua-dua kerajaan itu disatukan.
Nebuchadnezzar berjaya memimpin kerajaan Babylon bagi memerdekakan diri mereka daripada cengkaman jajahan empayar Assyria.

Asalnya, empayar Assyria diserang oleh seorang raja Mesir dan berjaya menawan sebahagian dari kawasan Assyria.
Ini menyebabkan baki kawasan empayar Assyria dibahagi kan antara kerajaan Babylon dan Madia.
Namun, ayahanda Bukhtanasar iaitu Nabopolassar mahukan kawasan empayar Assyria yang baru dijajah oleh raja Mesir itu lalu beliau mengutuskan anaknya sendiri iaitu Bukhtanasar supaya menyerang kerajaan Mesir.
Beliau berjaya memperoleh kemenangan lalu menawan kawasan bekas empayar Assyria itu.

Pada tahun yang sama juga, Nabopolassar mangkat dan secara langsung menjadikan Bukhtanasar sebagai raja.
Selepas empat tahun memegang tampuk pemerintahan, beliau berjaya meluaskan empayar pemerintahannya termasuk menawan kerajaan Judah lalu membawa semua penduduk Yahudi ke Babylon sebagai hamba abdi, termasuk Nabi Danial.
Harut Marut

Salah satu versi mengenai sejarah Harut dan Marut adalah mereka dua adik-beradik yang berkemahiran dalam ilmu silap mata dan sihir.

Namun ada yang berpendapat mereka ini adalah malaikat.
Pada mulanya mereka hanya suka-suka dan mengambil upah yang sedikit sebagai hiburan bagi penduduk Babylon terutamanya hamba abdi yang terdiri daripada kaum Yahudi yang dibawa dari tanah air mereka.
Namun lama-kelamaan, orang ramai mula meminta pertolongan kepada mereka apabila ditimpa musibah seperti kehilangan anak ataupun mencari jodoh.
Bahkan lebih teruk lagi adalah kesibukan mereka menuntut ilmu itu daripada mereka ini dan terjerumus ke arah amalan syirik dan pemujaan yang pelik-pelik hingga akhirnya mereka menyihir sepasang suami isteri hingga bercerai.
Si suami dibuatnya menangis tidak tentu hala tanpa henti sementara si isteri pula disihirnya supaya ketawa berterusan tanpa sebab.

Oleh sebab si suami berasa kecil hati kerana si isteri mentertawakannya dalam keadaan dirinya bersedih maka dipendekkan cerita mereka pun bercerai.
Mimpi

Pada suatu masa, Raja Bukhtanasar. raja kepada empayar Babylon bermimpi ada sebuah patung yang bahagian kepalanya dicipta daripada emas dan mula-mula sekali dipecahkan.
Kemudian bahagian dada dan tangan patung itu yang diperbuat daripada perak dipecahkan juga.

Selepas itu bahagian perut dan pahanya diperbuat daripada gangsa dipecahkan pula.
Kemudian bahagian dari lutut hingga ke buku lalinya yang terdiri daripada besi juga dipecahkan selepas itu, dan akhir sekali dari buku lalinya hingga ke jari-jemari kakinya yang dicipta daripada campuran besi dan tanah liat pula tidak ketinggalan dipecahkan jua.
Apabila beliau sedar daripada tidur, beliau tidak ingat apa yang dimimpikan, maka beliau memanggil semua orang-orang yang bijak pandai dalam empayarnya bagi memaklumkan kepadanya apakah mimpi yang beliau lupa itu, namun tidak seorang pun yang dapat memberitahunya.
Akhir sekali beliau memanggil Nabi Danial menghadap, mengenangkan Nabi Danial adalah yang paling alim antara mereka.
Dengan bimbingan Ilahi, Nabi Danial memberitahu apa yang Raja Bukhtanasar mimpikan dan beliau menterjemahkan mimpi itu. Terbukti ramalan terjemahannya benar-benar berlaku pada masa selepasnya.
Kepala Emas

Menurut Nabi Danial, imej sebuah patung yang kepalanya diperbuat daripada emas dalam mimpi itu melambangkan kerajaan Babylon dengan Raja Bukhtanasar sebagai tunggak utama dan tulang belakang kepada keutuhan kerajaan itu.
Ini terbukti dalam sejarah, empayar Babylon memerintah sebahagian besar dunia sejak tahun 605BC hingga tahun 539BC.
Walaupun Raja Bukhtanasar merasa gembira apabila diberitahu mengenai kepala emas patung itu melambangkan kerajaannya sempena dalam pentadbirannya,
orang-orang menyembah sebuah patung yang diperbuat daripada emas tulen, namun tiada apa yang kekal selamanya kecuali Allah yang maha agung.
Kemudian Nabi Danial memberitahu kepadanya yang selepas kejatuhan empayar beliau, bangkit sebuah lagi kerajaan yang tidaklah sekuat kerajaannya.
Dada dan Tangan Perak

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, akan bangkit sebuah lagi kerajaan yang mana tidaklah sehebat kerajaan Raja Bukhtanasar. Itulah kiasan bagi perak iaitu suatu bahan yang tidak sehebat emas.
Maka, empayar Babylon akhirnya hancur berderai di tangan Raja Kurush ataupun lebih dikenali dengan nama Cyrus The Great pada tahun 539BC.
Raja Kurush adalah raja terhebat bagi empayar Parsi dan empayar ini bertahan pemerintahannya ke atas sebahagian besar muka bumi hingga tahun 331BC.
Seperti dikatakan tadi, tiada apa yang kekal selamanya kecuali Allah yang maha kekal. Mustahil bagi Nabi Danial mengetahui mengenai masa hadapan melainkan dibimbing Ilahi.
Kemudian Nabi Danial menyambung lagi yang akan datang pula selepas itu adalah kerajan ketiga yang menjajah bumi.
Perut dan Paha Gangsa
Seterusnya pada tahun 331BC, Raja Iskandar (Alexander) pula menakluk empayar Parsi. Beliau mengasaskan empayar Macedonia-Yunani.
Empayar ini memerintah sebahagian besar dunia dari tahun 331BC hingga tahun 168BC apabila selepas kematian Raja Iskandar, empayar ini terbahagi kepada beberapa bahagian di bawah kerajaan Hellenistik Yunani.
Hellenistik di sini bermaksud zaman pengaruh, kebudayaan dan penjajahan Yunani ke atas kawasan yang bukan berpenduduk Yunani.

Walaupun sedemikian, tiada apa yang kekal selamanya kecuali Allah yang maha esa.
Sambungan daripada kata-kata Nabi Danial adalah akan datang kerajaan selepas itu yang sekuat besi, kerana besi berdaya memecah dan menghancurkan semua benda dan ia juga mampu menghancurkan semua kerajaan yang lepas.
Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi

Orang orang Rom sudah mempengaruhi sebahagian daripada kerajaan Hellenistik Yunani, dan akhirnya menumbangkan kerajaan itu pada tahun 168BC serta mengasaskan empayar Rom yang kuat dan hebat.
Empayar ini menawan lebih banyak tanah dan penduduk berbanding dengan empayar-empayar sebelumnya.

Kemudian Nabi Danial menyatakan yang kerajaan ini berpecah kepada bahagian-bahagian yang kecil terdiri daripada campuran besi dan tanah liat.
Sebab itu pada tahun 476AD, berlaku serangan oleh kaum di utara Mediterranean memasuki empayar Rom memecahbelahkan serta membahagi-bahagikannya, yang hari ini ia dikenali sebagai Eropah.
Buku lali hingga jari-jemari kaki daripada campuran besi dan tanah liat adalah Empayar Rom tidak dijajah secara keseluruhannya oleh empayar lain, namun pengaruh dan kesatuannya semakin merosot dalam tempoh yang panjang.
Maka ia menjadi seperti cebisan makanan yang sesuai bagi mana-mana kaum pemangsa yang beriltizam tinggi menggapai cebisan itu.
Negara-negara seperti German, United Kingdom, Perancis, Itali, dan lain-lain negara Eropah adalah hasil daripada cebisan-cebisan empayar itu dalam proses jangka masa panjang dan berterusan.
Sejumlah lelaki yang berpengaruh dan berbakat hingga ada daripada golongan diraja cuba menyatukan sebahagian Eropah dengan pelbagai cara termasuk dengan kaedah kahwin campur.
Cubaan demi cubaan dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu Eropah sebagaimana Charlemagne cuba melakukannya pada akhir kurun ke-8AD, dan Charles V juga pada kurun ke 16AD,
kemudian pula Napoleon pada kurun ke 19AD, juga tidak ketinggalan Adolf Hitler dan Kaiser Wilhelm pada kurun ke 20AD.
Kita boleh lihat dalam sejarah, Adolf Hitler sendiri mempunyai matlamat bagi memartabatkan dan menyeragamkan bangsa German secara menyeluruh, namun akhirnya gagal.
Nyata usaha bagi menyatukan Eropah tidak berjaya sebagaimana kenyataan Nabi Danial yang mereka ini semua tidak dapat sebati dengan kiasan bahagian yang diperbuat daripada campuran besi dan tanah liat membawa maksud
kerajaan ini terdiri sebahagiannya daripada kerajaan yang kukuh dan sebahagiannya pula kerajaan yang rapuh. Walaupun sekiranya kita cuba membuat campuran yang terdiri daripada besi dan tanah liat, nyata ia hampir-hampir tidak melekat.
Selepas Raja Bukhtanasar memerintah selama 43 tahun, akhirnya beliau menemui ajalnya.
Selepas kewafatannya pada bulan Oktober tahun 562BC, pemerintahannya diwarisi anaknya, Amel Marduk yang hanya memerintah selama dua tahun, kemudian Nergal-Sharezer hanya memerintah selama empat tahun
manakala anaknya pula yang mewarisi takhtanya hanya memegang tampuk pemerintahan selama beberapa bulan. Akhirnya Nabonidus memerintah selama 17 tahun hingga datangnya Zulkarnain yang membawa tentera bersekutu Madia dan Parsi bagi menawan empayar itu.
Nabi U'zair

Allah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali, akibat sikap mereka yang degil.
Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah mentakdirkan sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka yang mana tentera itu adalah di bawah penguasaan Jalut dan akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud sebagaimana yang dibicarakan sebelum ini.
Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar. Raja Bukhtanasar menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai hamba ke empayarnya.
Ini menunjukkan, jika sesuatu kaum itu melampaui batas, Allah mendatangkan kaum yang lain kepada mereka bagi memusnahkan dan memalukan mereka.
Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil di belakangnya, Nabi U'zair melalui Jerusalem dan menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat.
Beliau pun meminta kepada Allah supaya menunjukkan kepadanya bagaimana kemusnahan sedemikian meninggalkan kemusnahan dapat dibaik pulih.

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun.
Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk yang bertambah pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush.
Apabila beliau dibangunkan, seorang malaikat bertanya kepadanya berapa lama beliau sudah tidur, lalu beliau menjawab kemungkinan sepanjang hari ataupun separuh hari.
Ini disebabkan beliau ditidurkan pada waktu pagi dan dikejutkan semula pada waktu maghrib, maka beliau menganggap tidur adalah sehari ataupun separuh hari.
Maka malaikat itu pun memberitahu yang beliau bukannya tidur sedemikian tetapi tidur selama 100 tahun serta menyuruhnya melihat kepada anggur-anggur, buah tin dan minuman jus yang dibawanya sebelum ditidurkan dahulu yang didapati masih segar dan tidak disentuh.
Beliau juga diminta menyaksikan bagaimana keldainya yang sudah mati dan tulang belulangnya yang bersepah disatukan melalui tiupan angin dan kemudian disalut dengan daging, urat-urat dan akhirnya kulit. Semua proses ini disaksikan oleh beliau.
Selepas itu, beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke arah rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun.

Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan U'zair?
Beliau mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang U'zair sudah pun dilupakan orang.

Akhirnya, apabila beliau berjaya meyakinkan kepada perempuan itu beliau adalah U'zair,
perempuan itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan Nabi U'zair pun didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun.
Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, dia pun menunjukkan tanda kelahiran itu.
Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurah dan kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtanasar, maka mereka meminta Nabi U'zair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.
Namun apabila Nabi U'zair mengeluarkan salinan kitab Taurah dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertas- nya sudah rapuh dan berderai. Maka Nabi U'zair pun duduk seketika sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab Taurah.
Maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurah daripada ingatannya.
Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair.
Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya
namun beliau tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurah kecuali daripada penulisan Taurah itu sendiri, sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurah hanya melalui ingatannya.
Ini info untuk memudahkan kau orang faham apa mimpi yang aku ceritakan dekat atas.
Itu sahaja untuk thread kali ini.

Terima kasih sebab membaca.

Ada masa nanti aku buat thread lain.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!