Profile picture
Josh Saladin @JoshSaladin
, 38 tweets, 4 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Nabi Yusuf.

Dalam thread kali ini aku akan ceritakan kisah dengki abangnya dan cinta antara Zulaikha dan beliau.

*gambar hiasan*
Sesiapa yang belum baca thread aku yang sebelum ini, boleh baca dulu dekat sini 👇🏼
Daripada 12 anak lelakinya Nabi Yaakub, yang paling kita kenali adalah Nabi Yusuf.
Secara ringkasnya, beliau dicemburui oleh abang-abang tirinya lalu mereka berpakat membunuhnya tetapi yang paling tua antara mereka iaitu Rubeel, mencadangkan beliau dicampakkan ke dalam perigi supaya dibawa pergi oleh pengembara-pengembara yang lalu-lalang.
Selepas melaksanakan perancangan mereka, mereka pun pulang ke rumah sambil membawa baju Nabi Yusuf yang sudah dibasahkan dengan darah kambing bagi memberi alasan kepada ayah mereka (Nabi Yaakub) yang Nabi Yusuf sudah dimakan serigala.
Namun apa yang menghairankan adalah baju itu tiada padanya kesan koyak akibat cakaran mahupun gigitan serigala.
Nabi Yaakub menyuruh anak-anaknya menangkap serigala itu dan arahan ini mereka tunaikan.
Apabila serigala itu dibawa kepada Nabi Yaakub, dengan izin Allah serigala itu memberitahu kepadanya yang ia tidak memakan Nabi Yusuf bahkan merasa simpati kepada Nabi Yaakub dengan kehilangan anaknya.

Serigala itu sendiri pernah kehilangan anak sebelum ini.
Selepas Nabi Yusuf dicampakkan ke dalam sebuah perigi, beliau dijumpai dan kemudian dijual.
Beliau dibeli oleh seorang pegawai istana raja Mesir yang bernama Atfir bin Ruhib atau lebih dikenali dengan gelaran Aziz atau Azeez manakala di sisi ahli kitab beliau dikenali dengan nama Potiphar.
Mengikut penulisan Ibnu Kathir, Raja Mesir (Firaun) pada ketika itu dipercayai bernama Al-Rayyan bin al-Walid.
Namun mengikut kajian kronologi, meletakkan sejarah hidup Nabi Yusuf pada lingkungan antara era pemerintahan kerajaan zaman pertengahan purba Mesir hingga Hyksos iaitu pada sekitar antara kurun ke 21BC dan kurun ke 17BC.
Pegawai yang bernama Aziz atau Potiphar mempunyai seorang isteri yang bernama Rail yang lebih dikenali dengan panggilan Zulaikha.
Pada suatu ketika, apabila Nabi Yusuf meningkat dewasa, Ra'il cuba menggodanya tetapi tidak berjaya.
Apabila perbuatannya diketahui umum, maka Rail mengatakan Nabi Yusuf yang cuba menggoda beliau Namun nyata beliau yang bersalah.
Bagi mengelakkan berulang semula peristiwa itu, maka Nabi Yusuf dipenjarakan supaya ketampanannya dapat disembunyikan daripada pandangan perempuan.
Sungguh unik penulisan Quran yang mana tidak terdapat dalam mana-mana kisah yang lain, yang dalamnya menceritakan mengenai serangan lelaki terhadap wanita.
Namun dalam peristiwa itu, Quran menyampaikan secara terperinci mengenai serangan seorang wanita kepada seorang lelaki. Kemudian diceritakan pula mengenai kebudayaan negara Sparta yang mana perempuan memperkosa lelaki.
Apabila Nabi Yusuf berada di dalam penjara, beliau membuktikan kemahirannya dalam menterjemahkan mimpi kepada rakan-rakan banduannya.
Maka pada suatu hari, apabila raja bermimpi dan inginkan penterjemahan, Nabi Yusuf pun dibebaskan disebabkan kemahiran beliau menterjemahkan mimpi raja tersebut.
Beliau terus dilantik sebagai menteri yang diamanahkan mentadbir pembangunan hal-ehwal pertanian dan pengagihan bekalan makanan.
Pada ketika itu Zulaikha mengakui kesilapannya yang dilakukan kepada Nabi Yusuf.

Tidak lama selepas itu, Aziz meninggal dunia dan Zulaikha pun mengahwini Nabi Yusuf selepas berlalunya tujuh tahun Nabi Yusuf berkhidmat sebagai menteri dalam musim bercucuk tanam yang makmur.
Selepas itu bermulalah kemarau yang dahsyat melanda seluruh kawasan bumi pada ketika itu hingga menyebabkan kekurangan makanan.
Pada ketika inilah abang-abang tirinya meminta bantuan bekalan daripada kementeriannya.
Kehadiran mereka disedari oleh Nabi Yusuf dan beliau masih mengenali diri mereka, namun mereka sebaliknya tidak mengenali beliau.
Selepas memberi bantuan kepada mereka, beliau menyuruh mereka membawa kepadanya adik mereka yang paling bongsu iaitu Bunyamin seandainya mereka masih mahukan bantuan.
Pada waktu yang berikutnya, mereka berjaya memujuk ayah mereka iaitu Nabi Yaakub supaya membenarkan Bunyamin mengikut mereka pergi memohon bantuan.
Tambahan pula seandainya Bunyamin tidak ikut bersama, mereka tidak dapat menerima lagi bantuan makanan.
Apabila Nabi Yusuf melihat kehadiran adik kandungnya Bunyamin di hadapannya, beliau menarik Bunyamin dan memeluknya lalu memberitahu kepadanya yang beliau adalah abangnya yang bernama Yusuf.
Nabi Yusuf pun melaksanakan suatu helah yang menunjukkan konon-kononnya Bunyamin mencuri sesuatu dari istana raja Mesir.

Matlamatnya supaya adiknya itu tidak pulang bersama abang-abang tirinya.
Apabila dibuktikan yang kononnya Bunyamin mencuri, maka abang-abang tirinya mengatakan sekiranya Bunyamin mencuri, tentu sekali abang kandungnya (Yusuf) juga pernah mencuri.
Kata-kata mereka ini adalah benar sama sekali kerana pada suatu ketika dahulu semasa kecil, Nabi Yusuf pernah mencuri patung berhala kepunyaan datuknya lalu memecahkan berhala itu bagi menghalang perbuatan syirik tersebut.
Selepas gagal memujuk supaya adik mereka dibebaskan, mereka pun pulang tanpa Bunyamin bahkan abang mereka yang paling sulung juga enggan pulang kerana perasaan malu kepada ayah mereka.
Akhirnya apabila mereka datang sekali lagi, Nabi Yusuf memberitahu identiti sebenarnya dan menyuruh mereka dan keluarga mereka tinggal di Mesir bersamanya.
Mereka pun pulang membawa ayah dan ahli keluarga mereka untuk tinggal bersama Nabi Yusuf.
Kemudian mereka semua sujud kepadanya sebagai tanda hormat dan pada masa yang sama Allah membuktikan yang mimpi beliau semasa kecil dahulu direalisasikan.
Di sini, sujud bukan bererti sembah tetapi adalah budaya hormat pada zaman itu sebagaimana Nabi Yaakub sendiri pernah sujud kepada abang kembarnya sebagai tanda hormat.
Itu sahaja untuk thread kali ini.

Terima kasih sebab membaca.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh Saladin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!