Profile picture
Josh Saladin @JoshSaladin
, 138 tweets, 15 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Nabi Sulaiman AS.
Sebelum aku start, siapa yang belum baca thread sebelum ni, boleh baca dekat bawah ni 👇🏼
Seperti yang tertulis di thread yang aku sertakan di atas, aku ada ceritakan tentang Nabi Daud yang telah memenangi pertarungan menentang Jalut.

Jadi, sebelum aku ceritakan tentang Nabi Sulaiman, aku akan ceritakan terlebih dahulu tentang Nabi Daud.
Nabi Daud (Sekitar 1030BC hingga 970BC)

Supaya tidak keliru kepada pembaca, tarikh-tarikh yang dinyatakan di sini tidak dapat dipastikan secara tepat, maka sila beri ruang lebih kurang beberapa tahun kepada tarikh-tarikh itu.
Nabi Daud dilahirkan sekitar tahun 1030BC di kalangan tiga belas adik-beradik yang terdiri daripada lapan lelaki.

Nabi Daud adalah yang paling muda antara mereka.
Anak kepada Yeshy bin Obed bin Boaz daripada puak Yahuza (Judah) daripada Nabi Yaakub. Moyangnya yang bernama Boaz itu mempunyai seorang isteri bernama Ruth.
Yang memeranjatkan adalah Ruth mempunyai seorang kakak ataupun ada pendapat mengatakan kakak ipar yang bernama Orpah yang mana cicitnya adalah Jalut.
Maka sama ada mereka berdua adalah adik-beradik ataupun ipar- duai, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawasanya Nabi Daud dan Jalut adalah saudara jauh kerana hubungan sesama moyang mereka.
Semasa kecil, beliau sering menolong bapanya dalam tugas penggembalaan. Beliau adalah seorang yang dipilih oleh Allah sebagai rasul yang membawa bersamanya Kitab Zabur.

Dianugerahkan dengan kemerduan suara yang mana kelunakannya tiada tolok tandingnya dengan sesiapa.
Beliau juga memiliki kelebihan membentuk serta melentur besi tanpa penggunaan sebarang alat pelebur.

Lebih mengagumkan lagi adalah pada ketika itu manusia hanya baru hendak berjinak-jinak dengan bidang pertukangan besi.
Beliau sering membuat perisai besi bagi kegunaan pengikut-pengikutnya ketika menentang musuh mereka.
Selepas peristiwa beliau mengalahkan Jalut di medan peperangan, Raja Tolut memberikan pemerintahan kepadanya ke atas keseluruhan kerajaan wilayah selatan iaitu kawasan Kerajaan Judah serta mengahwinkan beliau dengan anaknya yang bernama Migel.
Selepas Raja Tolut terbunuh dalam satu peperangan, Nabi Daud terus mewarisi kerajaan Judah manakala anak Raja Tolut yang bernama Ishbaal pula mewarisi pemerintahan ayahnya...
di utara iaitu kerajaan Israel buat seketika sehingga beliau terbunuh dalam suatu pertempuran dgn pengikut Nabi Daud.
Dengan kematian Ishbaal sebagai raja kerajaan Israel, maka orang-orang yang berpengaruh dari kerajaan itu menemui Nabi Daud bagi melantik beliau sebagai raja kepada kerajaan Israel dan Judah yang menyatukan kedua-dua kerajaan itu.
Pelantikan ini berlangsung ketika Nabi Daud berusia tiga puluhan.

Beliau memerintah seluruh Israel selama lebih kurang 40 tahun yang dipercayai pada sekitar tahun 1005BC hingga 965BC.
Allah menjelaskan kepada Nabi Daud supaya memerintah dengan keadilan berasaskan kebenaran dan jangan memerintah mengikut kehendak hati.

Pesanan itu memang benar adalah bagi Nabi Daud, namun ia juga adalah bagi semua pemimp dalam semua bidang pemerintahan hingga ke akhir zaman.
Raja (Nabi) Sulaiman yang mana namanya berasal daripada perkataan salama' yang membawa erti kedamaian atau kesejahteraan nyata mengukir sejarah sempena makna namanya itu dengan penduduk di bawah jajahannya menikmati kedamaian yang berterusan.
Beliau adalah anak kepada Nabi Daud yang mewarisi pemerintahan kerajaan bapanya dan Allah melantiknya juga bagi mewarisi tugas kenabian sepertimana yang termaktub di dalam Quran yang menyatakan Nabi Sulaiman adalah pewaris Nabi Daud.
Namun begitu, ini tidak bermakna beliau mewarisi harta-harta bapanya sebagaimana yang diperjelaskan oleh Nabi Muhammad,
harta pusaka para nabi bukan bagi diwarisi tetapi apa sahaja yang ditinggalkan adalah bagi sumbangan kebajikan.
Nabi Sulaiman dilaporkan lahir pada sekitar tahun 1000BC di Jerusalem. Beliau bukanlah anak lelaki pertama dalam keluarganya, bahkan menurut catatan ahli kitab, beliau adalah anak lelaki yang ke-13 kepada Nabi Daud dan ibunya pula bukanlah Miqel binti Tolut.
Apabila Nabi Daud hendak menabalkan pewaris kerajaannya, beliau melangkau semua anak lelakinya dan mengisytiharkan Nabi Sulaiman sebagai pewaris takhta walaupun dibantah isteri dan anak-anaknya yang lain.
Beliau mengambil kira kebijaksanaan Nabi Sulaiman yang tidak dapat ditandingi oleh yang lain. Maka selepas kewafatan bapanya (Nabi Daud) pada lebih kurang tahun 970BC, beliau memegang tampuk pemerintahan Bani Israel hingga 928BC.
Beliau adalah raja yang terakhir di bawah kerajaan bersatu Israel dan Judah. Selepas kewafatannya, kerajaan itu terpecah kepada dua iaitu Kerajaan Israel (di bahagian utara) dan Kerajaan Judah (di bahagian selatan).
Sepanjang sejarah hidup, beliau tidak pernah lesu menzahirkan kebijaksanaannya dengan penuh hikmah. Antara cerita pembuktian kebijaksanaan beliau yang termasyhur adalah pada suatu peristiwa apabila terdapat dua orang wanita yang masing-masing memiliki seorang anak lelaki,
namun salah seorang daripadanya kehilangan anak lelakinya akibat dibawa lari oleh seekor serigala.

Maka perempuan yang kehilangan bayinya itu mendakwa anak kepunyaan seorang lagi perempuan itu adalah anaknya hingga timbul perbalahan antara kedua-duanya.
Permasalahan ini diajukan kepada Nabi Daud dan beliau memutuskan bayi itu patut dimiliki oleh perempuan yang lebih tua antara mereka.
Namun apabila ditanyakan kepada Nabi Sulaiman pula, beliau meminta dibawakan kepadanya sebilah pedang bagi tujuan membelah dua bayi itu supaya adil setiap seorang daripada mereka mendapat separuh bayi.
Tetapi perempuan yang lebih muda antara mereka itu membantah kerana tidak sanggup melihat bayi itu dipotong dua dan lebih rela perempuan yang seorang lagi memilikinya.
Maka selepas menyaksikan reaksi perempuan itu, Nabi Sulaiman memutuskan yang anak lelaki itu adalah kepunyaannya kerana ibu yang sebenar tidak sampai hati melihat anaknya sendiri dibelah dua.
Kedua-dua keputusan yang berlainan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dianggap diterima di sisi hukum pada zaman itu yang mana kedua-dua adalah berasaskan penghujahan masing-masing.
Dalam keputusan Nabi Daud, kita dapat menganggap mungkin Nabi Daud mengambil kira faktor umur wanita muda itu yang memiliki peluang yang tinggi untuk hamil lagi sedangkan perempuan yang lebih tua itu tidak sedemikian.
Tetapi nyata kaedah bijaksana yang dilaksanakan oleh Nabi Sulaiman lebih adil dengan mengambil kira emosi ibu sebenar bayi itu.
Dinyatakan mengenai sebuah kisah bagaimana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman memberikan keadilan dlm sebuah peristiwa yang berlaku di ladang tanaman yg mana Allah menyatakan bahawasanya Nabi Sulaiman diberi kefahaman mengenai perkara itu namun kepada kedua-duanya diberikan pengetahuan.
Ini adalah sempena suatu kisah pada zaman mereka terdapat sekumpulan orang yang memiliki ladang tanaman anggur lalu dicerobohi dan dimusnahkan pada waktu malam oleh ternakan kambing biri-biri milik kumpulan yang lain.
Apabila dirujuk kepada Nabi Daud mengenai insiden itu, beliau menganugerahkan kepada pemilik ladang anggur dengan kambing biri-biri itu sebagai ganti rugi.
Namun apabila Nabi Sulaiman pula yang memberikan hukuman, beliau menyuruh pemilik kambing menyerahkan ternakan mereka yang menyebabkan kemusnahan ladang itu kepada pemilik ladang supaya
pemilik ladang itu semua boleh mengambil manfaat daripada ternakan terbabit dan tuan punya ternakan pula dikehendaki mengusahakan semula tanaman anggur hingga keadaannya seperti sedia kala, kemudian barulah dipulangkan semula ternakan mereka.
Kenyataan Nabi Sulaiman ini dipersetujui oleh bapanya, Nabi Daud.
Empayar Raja (Nabi) Sulaiman berkembang ke arah selatan iaitu ke tempat yang sekarang dikenali sebagai Yaman melalui penemuan penempatan itu oleh seekor burung hud-hud.
Burung ini bermanfaat kepada sekalian rakyat kerana kebolehannya mengesan punca mata air di bawah tanah di tengah-tengah padang pasir.

Namun pada suatu hari, burung hud-hud tidak datang menghadap Nabi Sulaiman apabila dipanggil.
Selepas kembali, Nabi Sulaiman bertanya, ke mana burung hud-hud menghilangkan diri dan burung itu pun menceritakan pengalamannya menjelajahi ke suatu tempat yang belum diketahui oleh sesiapa di bawah jajahan Nabi Sulaiman yang
dipenuhi dengan tanaman serta kaya dengan hasil bumi seperti emas dan perak, serta penyaksiannya pada kaum yang tinggal di tempat itu.
la memperincikan lagi dengan menyatakan yang kaum itu diperintah oleh seorang permaisuri serta penyembahan mereka adalah matahari yang mana syaitan menggambarkan kepada mereka bahawasanya perbuatan mereka itu adalah benar.
Mereka hanya mengikut adat resam tradisi nenek moyang tanpa sebarang usaha mencari kebenaran.
Permaisuri tersebut bernama Bilqees binti Sharahil atau lebih dikenali sebagai Permaisuri Saba sempena nama sebuah tempat yang terletak di Yaman.
Beliau adalah anak seorang raja dan selepas kematian ayahnya, raja yang mengambil alih takhta bapanya adalah seorang yang zalim lalu beliau mempelawa raja itu mengahwininya tetapi sebaliknya, raja itu dibunuh oleh beliau dan digantung kepala raja tersebut.
Selepas itu beliau dilantik oleh rakyat negara itu sebagai permaisuri disebabkan keberaniannya berbuat sedemikian.
Pada zaman tersebut, Saba adalah suatu jajahan yang luas meliputi kawasan-kawasan negara Yaman, Ethiopia dan Eriteria termasuk juga penguasaan ke atas seluruh Laut Merah kerana pintu keluar masuk lautan itu satu sahaja iaitu melalui kawasan perairan di antara Ethiopia dan Yaman.
Selepas mendengar penjelasan daripada burung hud-hud, Nabi Sulaiman pun mengirimkan sepucuk surat kepada Permaisuri Saba melalui burung itu dengan arahan supaya menunggu jawapan balas daripadanya.
Kandungan surat itu adalah dakwah oleh Nabi Sulaiman supaya Bilqees serta rakyatnya mentauhidkan Tuhan yang maha esa, serta tercatat di dalamnya sepatah kalimah terindah iaitu “Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang”.
Setibanya burung hud-hud ke hadapan Bilqees, ia pun menghulurkan amanah yang dibawanya itu dan melangkah ke tepi sambil menunggu jawapan.
Selepas Bilqees membaca surat itu, beliau pun memanggil pegawai-pegawai tertinggi di bawah pemerintahannya bagi berbincang bagaimana hendak mereka bertindak balas pada Nabi Sulaiman.
Mereka mengatakan yang mereka mempunyai bala tentera yang kuat dan sanggup menghadapi peperangan dengan Nabi Sulaiman sekiranya Bilqees memberi arahan. Namun permaisuri yang pintar ini berfikir peperangan tidak membawa faedah kepada sesiapa,
sebaliknya beliau mencadangkan supaya dikirimkan hadiah yang melimpah-ruah kepada Nabi Sulaiman dan nantikan pula reaksi daripadanya.
Maka Bilqees mengarahkan supaya dikumpulkan beberapa tan emas, pelbagai rempah-ratus, permata, ribuan hamba abdi lelaki dan perempuan yang dipakaikan dengan pakaian seragam dan pelbagai harta benda lain yang dapat diberikan.
Setibanya rombongan hadiah di hadapan Nabi Sulaiman, beliau hanya memperkecilkan sahaja pemberian mereka ini mengenangkan perbandingan dengan anugerah Allah kepadanya yang tidak terhingga.
Lalu beliau menyuruh rombongan itu pulang kepada permaisuri mereka dengan pesanan supaya nantikan kedatangan pasukannya yang hebat, yang tidak dapat mereka tandingi.
Apabila berita itu sampai ke pengetahuan mereka, mereka sedar yang Nabi Sulaiman adalah seorang pemerintah dan juga seorang nabi yang wajib mereka patuhi.
Maka beramai-ramailah mereka pergi menghadap Nabi Sulaiman bagi mengisytiharkan pengakuan tauhid mereka.
Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit

Pada masa pemerintahan Nabi Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.
Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan
sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman.

Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain.
Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut.
Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota.
Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi.

Jin Ifrit sangat takut jika diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang.

Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya.
Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Beta".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman.

Setelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?".

Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik".
Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa".
"Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain.
Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman, " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri.
Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.
Satu kisah lain tentang Ifrit dan Nabi Sulaiman adalah ketika beliau bertanyakan kepada rakyatnya sesiapa yang mampu memindahkan istana Permaisuri Saba yang terletak ribuan kilometer.
Pertanyaan beliau dijawab oleh Ifrit daripada golongan jin yang menyatakan dia mampu membawa istana itu ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau bangun dari tempat duduknya. Namun, beliau mahukan tugas itu dilaksanakan dengan lebih cepat lagi.
Kemudian seorang yang alim mengenai kitab pula menyahut yang beliau sanggup mengalihkan istana itu dalam tempoh kelipan mata.
Apabila teralihnya istana Bilqees di hadapannya, beliau mengucapkan syukur kepada Allah atas limpahan nikmat yang menjadi ujian bagi membuktikan seseorang itu bersyukur ataupun kufur, sedangkan kesyukuran itu adalah bagi kebaikan diri orang yang bersyukur itu sendiri.
Seterusnya, Nabi Sulaiman mengarahkan supaya istana Bilqees diubah suai supaya empunya istana tidak mengenali istananya sendiri.

Setibanya Bilqees di hadapan Nabi Sulaiman, beliau rasakan bahawa istana di perkarangan Nabi Sulaiman ini menyamai istananya sendiri.
Apabila beliau memasuki istana itu, beliau mengangkat kainnya kerana menyangka lantai istana itu basah sedangkan ia diperbuat daripada kaca yang berkilat.
Selepas menyaksikan sendiri kehebatan anugerah Ilahi kepada Nabi Sulaiman, beliau pun mengakui yang beliau sudah berlaku zalim selama ini dan menyerah dengan sebenar-benar penyerahan kepada Tuhan yang maha esa dan mengakui Nabi Sulaiman adalah utusan Allah.
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika

Walaupun secara zahirnya kita dapati Raja Sulaiman dilimpahi nikmat yang tidak mampu disebut dengan perkataan, namun di sebalik semua kehebatan anugerah Ilahi,
beliau tetap diuji dengan ditarik daripadanya kuasa pemerintahan buat seketika sebagaimana yang disebut dalam Surah Sod, ayat 34.
Menurut penulisan Arab lama serta para ahli kitab, Nabi Sulaiman dianugerahkan sebentuk cincin yang dikenali sebagai ‘Mohor Raja Sulaiman' yang tertulis padanya penulisan sakti yang dipanggil
Bintang Daud (bentuk bintang berpenjuru enam sepertimana yang terdapat pada bendera Israel sekarang. dan sehingga hari ini kebanyakan orang Yahudi menggunakan lambang itu sebagai simbol bagi kaum mereka
sebagaimana orang-orang Nasrani menggunakan simbol salib bagi identiti agama mereka) yang dengannya Allah memberikan Nabi Sulaiman kekuasaan menguasai bangsa jin.
Terdapat dua versi mengenai bagaimana beliau kehilangan cincin itu.
Pertamanya, pada suatu hari, Nabi Sulaiman bertanya kepada satu raja jin pada ketika itu yang bernama Asmodaeus ataupun ada pendapat yang mengatakan namanya Sakhr, mengenai apakah yang menyebabkan jin lebih kuat dan dapat menguasai manusia?
Raja jin itu pun memohon supaya buat seketika beliau dibebaskan daripada menjadi hamba abdi Nabi Sulaiman dan diberi pinjam cincin itu supaya beliau dapat memberikan jawapan kepada persoalan tadi dan Nabi Sulaiman pun bersetuju.
Namun apabila diberikan cincin itu kepada raja jin terbabit, ia lantas melontarkan cincin itu ke dalam lautan dan ia ditelan oleh seekor ikan.
Versi yang kedua pula adalah mengenai raja jin yang sama juga, tetapi cara ia mendapatkan cincin itu adalah berbeza iaitu dengan menipu salah seorang daripada isteri Nabi Sulaiman supaya mengambil cincin itu dan memberikan kepadanya.
Selanjutnya kedua-dua versi cerita adalah sama. Selepas itu, dengan segera jin itu menelan Nabi Sulaiman dan kemudian meludahkannya sejauh empat ratus batu.
Maka Nabi Sulaiman pun merantau dari satu bandar ke satu bandar yang lain dalam mencari arah pulang. Setibanya di sebuah bandar, beliau dipaksa bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah istana raja di negeri itu.
Apabila beliau berpeluang menyajikan makanan untuk raja itu, beliau menyediakan sebuah idangan yang sungguh enak pada pandangan raja terbabit.

Maka, tukang masak istana pun dipecat dan Nabi Sulaiman dinaikkan pangkat sebagai tukang masak.
Tanpa disangka, puteri raja itu yang bernama Naamah jatuh cinta dengan Nabi Sulaiman namun mendapat tentangan daripada keluarganya kerana mereka menganggap Nabi Sulaiman sebagai orang kebiasaan dan bukan golongan diraja.
Akibat daripada keluarga diraja, maka raja itu pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas kedua-duanya lalu mereka dihantar ke padang pasir supaya mati di sana.
Namun, Nabi Sulaiman dan puteri itu berjaya merentas padang pasir dan sampai di sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai lalu membeli seekor ikan untuk dimakan yang secara kebetulan ikan itu adalah ikan yang menelan cincinnya dahulu.
Semenjak itu, Nabi Sulaiman mengambil semula takhtanya dan menghukum raja jin itu supaya membina sebuah tempat penyembahan Tuhan yang esa.

Berlaku juga suatu peristiwa dalam sejarah beliau yang dapat kita ambil iktibar.
Seperti yang dilaporkan dalam penulisan orang-orang terdahulu, Nabi Sulaiman memiliki seribu orang isteri yang mana sebahagian daripada mereka adalah wanita merdeka dan sebahagian yang lain pula adalah hamba abdi.
Fokus cerita ini bukanlah kepada ramainya perempuan yang beliau miliki tetapi adalah pada peristiwa yang mana beliau pernah mengucapkan kemampuannya meniduri seratus orang daripada isteri-isterinya dalam tempoh satu malam dan menghamilkan kesemuanya.
Namun beliau terlupa mengucapkan 'dengan izin Allah' maka kesemua seratus isterinya yang ditiduri pada malam itu tidak berjaya dihamilkan kecuali seorang sahaja, itu pun hanya mengandungkan separuh bayi.
Seandainya beliau menyebut 'dengan izin Allah’ maka beliau hanya nantikan kelahiran seratus anak lelaki.
Penguasaan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin adalah yang paling mengagumkan dalam sejarah dunia.

Beliau bukan sahaja berkuasa memerintah manusia, bahkan Allah memberinya ke lebihan dengan penguasaan ke atas binatang-binatang.
la tidak berakhir di situ, beliau juga diberi kuasa ke atas jin yang mana mereka mesti menurut semua perintahnya dan jika sebaliknya, mereka diseksa dan sehinggakan andainya mereka bertentang mata dengannya, mereka hangus terbakar.
Sekiranya ini kali pertama kita mendengar mengenai perkara ini, sudah tentu kita ternganga dan menyangka itu adalah puncak kehebatannya.

Namun kita tersilap, rupa-rupanya sehinggakan tiupan angin pun beliau jajah.
Binatang-binatang mengikuti arahannya dan binatang ternakan pula masuk ke dapur milik beliau dan menawarkan diri bagi dijadikan hidangan.
Jin pula dijadikan pekerja binaan dan penyelam bagi mencari permata.

Angin yang kencang pula menjadi tenang dan membawanya ke mana sahaja yang beliau kehendaki dengan kelajuan yang tinggi, jauh lebih pantas daripada kuda.
Kewafatan Nabi Sulaiman

Nabi Sulaiman sentiasa bermunajat sebagai tanda kesyukurannya tanpa membiarkan limpahan kurniaan Ilahi melalaikannya.

Maka beliau sering menyendiri di dalam satu bangunan bagi bermunajat dan menyembah Allah.
Dalam pada itu, dalam jajahan beliau, Allah menghidupkan sebatang jenis pokok yang baru setiap hari.

Maka Nabi Sulaiman pun bertanya kepada pokok itu, apakah namanya dan tujuannya diciptakan sama ada untuk perubatan ataupun sebagainya.
Namun pada suatu hari, beliau mendekati sebatang pokok yang baru dihidupkan, dan seperti hari-hari yang lain, beliau bertanyakan soalan-soalan yang sama kepada pokok-pokok yang baru.
Maka pokok ini pun menjawab yang namanya adalah Kharuba dan tujuan ia dihidupkan adalah bagi memusnahkan binaan tempat sembahyang yang dibina oleh beliau.
Nabi Sulaiman pun dengan penuh keyakinan, bahawasanya tidak mungkin Allah menghidupkan sebatang pokok bagi memusnahkan binaannya selagi beliau masih hidup.

Selepas berfikir sejenak, beliau pun mula sedar dan faham yang ajalnya hampir tiba.
Beliau segera memasuki bangunan yang selalu digunakan bagi menyendiri lalu mendirikan solat sambil menyandar pada tongkatnya.

Pada ketika inilah ajalnya sampai dan Allah mentakdirkan yang mayatnya kekal dalam keadaan berdiri bersandarkan tongkatnya.
Pada bangunan ini terdapat dua lubang angin pada dindingnya bagi tujuan peredaran angin sama seperti pada bangunan-bangunan masa kini.
Para jin yang tidak mengetahui mengenai kewafatan Nabi Sulaiman terus bekerja keras sebagai hamba kepada Nabi Sulaiman dan mereka sering berkumpul berehat-rehat di sekeliling tempat Nabi Sulaiman bermunajat.
Pada suatu hari, salah satu daripada jin-jin itu yang sudah benar-benar tiada kerja hendak dibuatnya dan hendak menarik perhatian kawan-kawannya,
memberanikan diri melompat masuk ke dalam bilik munajat Nabi Sulaiman melalui salah satu daripada lubang angin yang ada dan keluar dari lubang yang lain.
Dengan sokongan dan sorakan kawan-kawannya, ia pun melaksanakan perbuatan yang mencabar itu walaupun ia mengetahui seandainya ia bertentang mata dengan Nabi Sulaiman, ia terbakar.

Dengan tidak disangka-sangka, ia berjaya melakukan misi yang gila itu.
Kemudian ia mula merasa pelik kerana sewaktıu melintas dari satu lubang angin ke satu lubang angin yang lain, ia tidak mendengar pun suara Nabi Sulaiman bersolat.
Maka ia pun mengulangi perbuatan itu sekali lagi dan ia tetap tidak mendengar suara Nabi Sulaiman bersolat.
Bagi menghilangkan rasa kehairanan itu, ia pun mengulangi sekali lagi perbuatan itu namun untuk kali ini, ia terperangkap di dalam bilik itu kerana tersalah hitung kedudukan lubang yang sepatutnya ia keluar.
Ini menambahkan lagi kehairanannya dengan persoalan mengapa ia tidak hangus terbakar sedangkan Nabi Sulaiman terbaring di hadapannya. Pada ketika ini barulah ia sedar yang Nabi Sulaiman sudah meninggal dunia.
Jin itu pun keluar dan memberitahu orang ramai mengenai kewafatan Nabi Sulaiman.

Apabila mereka mengeluarkan jasadnya, mereka dapati yang jasad Nabi Sulaiman terjatuh akibat reputan tongkatnya yang dimakan sejenis ulat yang memakan kayu-kayan.
Maka mereka mengambil ulat itu dan mengkaji berapa banyak dan berapa cepat ia dapat memakan kayu.

Selepas kajian dan dengan penghitungan berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas ulat itu, mereka dapati yang Nabi Sulaiman sudah meninggal dunia setahun yang lalu.
Para jin berasa bengang yang teramat sangat kerana menganggap seandainya mereka tahu mengenai kematian Nabi Sulaiman setahun yang lalu, sudah tentu mereka meninggalkan pekerjaan yang disuruh oleh beliau pada hari kematiannya.
Di sini jelas bahawasanya kaum jin tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Seandainya mereka tahu perkara yang ghaib, mengapa mereka tidak mengetahui kewafatan Nabi Sulaiman yang hanya di sebalik dinding?
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, anaknya yang bernama Rahbaam mewarisi kerajaan peninggalan beliau, namun penduduk di kawasan kerajaan Israel terletak di utara enggan menerima beliau sebagai pemerintah disebabkan beberapa polisi yang dianggap membebankan rakyat.
Tambahan pula beliau adalah keturunan Nabi Daud, sedangkan para pemberontak mahukan pemimpin mereka terdiri daripada keturunan salah satu daripada 12 puak Israel kecuali puak Judah dan akhirnya mereka melantik Yarobh’am sebagai raja mereka yang berasal daripada puak Afrathim.
Maka berpecahlah kesatuan kerajaan Israel dan Judah kepada dua bahagian lalu masing-masing mengurus kerajaannya sendiri.

Negara-negara yang tidak berbahasa Hebrew yang berada di bawah jajahan Nabi Sulaiman juga terasing dan membawa haluan masing-masing.
Puak Bunyamin yang pada asalnya bersama kerajaan Israel, kemudian menyertai kerajaan Judah. Maka tinggal 10 puak Israel yang selebihnya dalam kerajaan Israel, yang mana apabila kerajaan ini diserang oleh seorang raja yang bernama
Shalmaneser V pada 722BC maka raja terakhir kerajaan Israel ditangkap dan seluruh penduduknya dibawa ke kerajaan Assyria, yang mana tempat pengurungan mereka dipercayai terletak di kawasan Mosul Iraq, barat Afghanistan serta utara Iran.
Semenjak itu tiada sebarang berita mengenai sepuluh puak Israel yang dibawa pergi ini lalu mereka digelarkan sepuluh puak Israel yang hilang.

Disebabkan itu, keturunan orang Yahudi sekarang diketahui berasal sama ada daripada puak Yahuza (Judah), Bunyamin ataupun Lawi.
Sementara itu, kerajaan Judah pula dapat bertahan hingga tahun 586BC apabila ia diserang dan ditawan oleh Raja Bukhtanasar daripada kerajaan Babylon.
Itu sahaja untuk thread malam ini.

Terima kasih sebab kerana anda rajin baca thread sampai sini.
Kalau ada apa apa soalan, boleh tanya dekat sini 👇🏼

curiouscat.me/JoshSaladin
Kalau ada sesiapa yang nak beli wide lens pula boleh contact number dekat bawah ni 👇🏼

Owner lens nak sambung belajar. Boleh bantu dia dengan beli lens yang dia jual.

Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh Saladin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!