Profile picture
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
, 43 tweets, 6 min read Read on Twitter
Pengalaman Overnight di Teluk batik yang membawa padah.
Assalammualaikum. Aku perkenalkan nama aku Dhia. Kisah yang aku nak ceritakan ni adalah kisah yang aku alami sendiri. Semua nama yang diceritakan dalam kisah ni sudah diolah semula untuk mengelakkan kawan-kawan aku terbaca dan mengenang semula tragedi overnight kami.
Maaf kerana cerita ini agak panjang sebagaimana panjangnya rasa malam yang kami lalui ni. Aku akan cerita dengan detail supaya korang faham situasi kejadian. Jangan risau, aku akan ceritakan sampai habis, tiada sambungan.
Aku Dhia, pada kisah ni terjadi, aku 21 tahun masa tu. Lebih kurang 6 tahun lepas. Aku perkenalkan kawan-kawan aku, Johan, Fizi, Acap, Ray, Maria, dan Una. Kami semua student sem akhir di salah sebuah universiti terkemuka di Perak.
Kami semua ni student fakulti seni lukis dan seni reka. Kami adalah antara student-student yang tak dapat hostel, jadi kami terpaksa menyewa rumah di kawasan sekitar universiti kami.
Menjadi kebiasaan setiap penghujung semester, sebelum masuknya musim cuti sem, student-student mesti nak habiskan masa melepak dengan kawan-kawan, termasuklah aku dan kawan-kawan aku,
Apatah lagi, ini sem terakhir kami di sini (jika tak de kena repeat la), bermakna ini la sem terakhir kami dapat lepak dengan kawan-kawan. Aku ni serumah dengan Maria dan Una. Setaman dengan kami, Johan, Fizi, Acap dan Ray yang jugak serumah. Jarak rumah sewa kami tak jauh pun.
Satu petang tu masa kami tengah lepak di playground, Johan mencadangkan untuk kami overnight di mana-mana dan spend masa bersama memandangkan kami ada lagi seminggu je di kampus sebelum sem berakhir.
Inilah jadinya bila duduk rumah sewa, tak ada pengawalan pak guard, ibu bapak, jadi aku, Maria dan Una ni bersetuju je walaupun kami ni sedar kami ni perempuan, tak patut merayau malam-malam, tapi nak buat macam mana, darah muda, ada ja yang nak dicubanya.
Aku dan Maria ni jenis suka overnight lepak-lepak mamak, manakala Una pulak jenis kaki duduk rumah tapi entah kenapa kali ni dia bersetuju pulak nak join kita orang.
Mungkin sebab kali terakhir untuk kami lepak kot. Setelah brainstorm punya brainstorm, budak-budak lelaki sepakat nak overnight di Teluk Batik.
Hari esok, kami berpakat untuk bertolak ke Teluk Batik dari rumah sewa. Jarak perjalanan dr rumah sewa, ada la dalam setengah jam hingga ke 45 minit. Teluk Batik ni adalah pantai paling terdekat dengan kampus kami.
Tentu-tentu la korang semua boleh agak di mana kampus kami kan. Kami bertolak pukul 8 malam dengan menaiki 2 kereta sewa yang kami sewa semata-semata hanya untuk overnight. Membazir betul lah haiii... Kereta pertama, Johan drive, Acap di sebelah dan Maria di belakang.
Dalam kereta aku, Ray drive, Fizi di sebelah, aku dan Una di belakang. Kami bahagikan macam tu supaya balance lelaki dan perempuan, risau kalau apa-apa terjadi di tengah jalan, kot kereta pancit ke, kene tahan dengan orang ke, ish mintak jauh lah.
Kami singgah di Jeti Lumut dulu untuk makan malam di kedai mamak area situ. Sebab kami tau, tiada apa di teluk batik pada waktu malam. Selesai makan dan bergelak ketawa, kami singgah di 7E untuk beli jajan.
tiada apa berlaku pada masa ini, dengan penuh excitednya kami bergerak ke teluk batik. Sesampainya di sana, keadaan punya la gelap seolah-olah mati sunyi, tak ada apa-apa kedai yang bukak, mahupun sebarang manusia.
Hanya deruan ombak deras dan bunyi cengkerik yang datang dari semak samun di mana-mana. kami parking berdekatan kedai makan yang gelita, hanya ada cahaya dari tiang lampu jalan. Ray mencadangkan kami mencari port yang sesuai untuk kami lepak. Port yang ada sikit cahaya lampu.
"Ha... tu tu... situ port baik tu", Johan menjerit sambil menunjuk ke arah laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan pasir pantai. Ada tiang lampu yang mempunyai cahaya samar-samar di situ. Kami bertujuh pun bergerak ke arah yang sama ke tempat yang Johan tunjukkan.
"Dhia, aku takut la.. gelapppp je.. kite lepak kat lumut je la. Ade kedai-kedai, tak de la sunyi sangat. Bukan apa, nanti tetiba ada 'lebai putih' pulak yang datang", Una bisik kat telinga aku.
Lebai putih yang dimaksudkan tu pencegah maksiat. Aku tahu Una ni memang jenis tak biasa lepak tengah-tengah malam macam ni, kat tempat-tempat macam ni pulak.
"Kau jangan buat spoil mood Una.. nanti diorang semua bengang dengan kau. Kan dah plan nak lepak sini. Lagipun kita bertujuh, nak risau apa. bukan nya buat pape", jawapan yang aku rasa konfiden habis nak bagi kat Una. Una senyap lepas tu.
Kami lepak di tebing laluan pejalan kaki, di bawah tiang lampu. Kami duduk dalam bulatan, ada yang menjuntaikan kaki di bawah tebing laluan, nak merasakan pasir pantai. Air kelihatan surut tapi bakal pasang dalam beberapa jam lagi.
Kami mulakan aktiviti overnight kami dengan bersembang dan bergelak ketawa tak ingat dunia. Sempat pula kami main true or dare, ada yang berceritakan kisah memalukan, dan ada pulak yang kena berdiri dan menari di dalam bulatan. Gelak punya gelak, Una bersuara...
"Dhia, teman aku gi cari toilet. Tak tahan la, sejuk". Aduhhh.. Una ni. Dia ni lah sejenis kawan yang dalam satu malam entah berapa kali nak masuk toilet. Tadi dalam perjalanan pun dah singgah. Kat kedai mamak pun dah.
Kat sini pun dia nak cari toilet lagi. Aku malas nak banyak bunyi, aku mintak salah seorang budak lelaki temankan. Jadi, Acap volunteer nak temankan. Aku, Acap dan Una pun memusing nak mencari toilet. Kami ternampak public toilet dari jauh. Tapi kelihatan malam.
Memandangkan aku rasa Una dah tak tahan sangat, dia redah je toilet tu. Aku dan Acap tunggu kat luar pintu toilet. Sesekali, Una bersuara untuk mengesahkan yang kami masih menemani dia. Risau gamaknya.
Jarak toilet ade la dalam 100 meter dari tempat lepak kami, bermakna kami lepak di hujung pantai, toilet tu pulak ada di sebelah lain. Dari nak berjalan kaki sambil mengikut persisiran pantai, ada la dalam 10 minit berlenggang. Angin malam makin kuat.
Aku berjalan di tengah, Acap di kiri dan Una di kanan. Tiba-tiba aku rasa tangan Una mencengkam pinggang aku. Bila aku toleh ke Una, Una menunduk ke bawah sambil mencengkam lengan aku untuk berjalan lebih laju.
Aku tak pula bertanya apa, aku hanya memikirkan yang Una ni penakut yang amat je. Yelah, kena lalu bawah2 tiang lampu yang samar, ada tiang lampu yang x bercahaya, keadaan depan yang samar-samar, dengan angin yang kuat, mana la dia tak takut.
Sesampainya di tempat lepak, aku tengok Fizi, Johan, Ray dan Maria tak ada di tempat lepak. Acap cuba call Johan nak mengesahkan, kat mana budak berempat ni. Kalau ke toilet, takkan la kami tak selisih. Kali pertama call, tak berangkat, kali kedua call, baru Johan angkat.
"Weh.. tunggu jap. Kitorang nak amik air botol dalam kereta. Tadi lupa nak bawak keluar." Menunggu punya menunggu, dalam 15 minit tak sampai-sampai jugak diorang ni. Aku suruh Acap call lagi.
Tapi Acap tak nak, katanya "alah, diorang gi pusing-pusing amik angin kejap kot. Jap gi sampai la tu." Biasalah, lelaki.. sejenis kaum yang chill dan tak kesah..
Dalam minit ke 20, aku boleh nampak susuk mereka berlima berlari ke arah kami. Dengan keadaan tercungap-cungap, Ray dengan Johan...
"Wei, wei jom balik wei. Jom balik cepat. masuk dalam kereta". Kami bertiga blur dan Acap bertanya kenapa nak balik cepat. Jawab Johan dengan termengah-mengah,
"Jom, masuk je kereta, nanti-nanti je aku cerita". Kitorang tak banyak cakap, terus bergerak ke arah kereta, tapi kami bertiga seolah tertinggal di belakang sebab Johan, Fizi, Acap dan Maria macam berlari laju di depan.
Aku pun terpaksa la berlari laju mengejar diorang. Dalam masa mengejar tu, mata aku tertoleh-toleh jugak kiri kanan, risaukan kot lebai putih mengejar kami ke. Dalam tertoleh-toleh tu, terpandang sesuatu dari arah kanan atas. Allah.
Ada susuk putih yang berterbangan seiringan dengan kami. Aku alihkan pandangan aku ke depan. Pertama kali aku melihat dengan jelas, tidak la aku punya mata hijab terbuka.
Tapi, pandangan yang aku lihat tadi buat jantung aku punya la laju berdegup dan makin laju aku lari sampai Una pun tertinggal di belakang. Terasa macam jauh pulak kami parking kereta. Aduh.. Kami masuk dalam kereta mengikut keadaan asal kami datang.
Ray cuba menghidupkan enjin kereta. Tak jadi apa. Kereta tak nak hidup, sedangkan kereta sebelah dah ready nak gerak. Una dengan peluh dan cuak, pegang lengan aku tapi tak bercakap apa-apa.
Ray menyebut bismillahhhh..... enjin berjaya dihidupkan, dan kereta kami ready untuk keluar dari teluk batik. Keluar sahaja dari parking, di persimpangan pertama untuk belok ke kiri, mata aku tertoleh pulak ke arah satu pokok yang jauh sikit dari tiang lampu jalan.
Disebabkan aku duduk di seat belakang, belah kiri dan pokok tu pulak di sebelah kiri, aku rasa aku seorang je yang fokus ke arah itu. Ada sekujur tubuh berbalut dan berikat longgar di tepi pokok.
Aku pejamkan mata aku, kali kedua aku bukak mata, benda itu seolah melompat-lompat dan berlalu pergi. Allah... apa lagi ni. Kenapa dua kali ni...
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fiksyen Shasha
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!