Profile picture
ريمااوXI @RimauXI
, 11 tweets, 3 min read Read on Twitter
Khamis, 2 Ogos 2018.
Kira-kira 4 bulan selepas pertukaran kerajaan, dengan KBS kini diketuai menteri baru, delegasi FAM bertemu dengan menteri baru untuk membincangkan halatuju NFDP.
Ramai yang tahu NFDP memerlukan belanja yang besar daripada KBS, termasuk untuk gaji Pengarah Teknikalnya.

Tapi ramai yang memilih untuk memendamkan rasa. Samada kerana tidak mahu mengganggu ikhtiar untuk negara, ataupun tidak mahu kelihatan bodoh jika skuad NFDP menang.
Pengarah NFDP tidaklah sunyi daripada kontroversi. Pada 28 September 2016, beliau mengarahkan pasukannya meninggalkan permainan ketika ketinggalan 0-4. Tindakan ini mengakibatkan pasukan lawan mengemukakan bantahan.

Penyokong patut mula menyoal tahap sebenar NFDP ketika itu.
Adakah Pengarah NFDP enggan menerima kekalahan? Atau sebenarnya beliau takut kegagalannya dihidu ketika itu?
Memang benar skuad NFDP cemerlang dalam beberapa kejohanan di Eropah. Tetapi adakah kelab-kelab berkenaan menurunkan skuad elit mereka? Adakah skuad belia kelab Eropah setanding dengan skuad belia negara Eropah?
Berbeza daripada Pengarah NFDP yang mengarahkan pasukan meninggalkan perlawanan ketika ketinggalan kepada pasukan kelab, Jepun tiada masalah melawan & tewas kepada pasukan negara Sepanyol, Paraguay, Belgium, Senegal. Ini benchmark sebenar.
Bagaimana pula prestasi NFDP apabila melawan pasukan negara lain?

Menang:
Indonesia, Cambodia, India (1 kali)
Tewas:
Korea Selatan (2 kali), India (1 kali)

Apa kata Pengarah NFDP apabila tewas kepada India? "Mereka (pemain) terberak dalam seluar."
Jadi apa yang kita mahu buat terhadap NFDP?

Adakah kita mahu NFDP syok sendiri menang dengan pasukan yang boleh makan? Tidak. Adakah kita mahu kekalkan & bayar gaji Pengarah yang tegas tetapi angkuh? Soalan lambat, beliau telah dipecat.

Adakah kita mahu kekalkan NFDP? Ya.
Namun sepertimana projek-projek pembangunan lain dalam kerajaan terdahulu, kita tidak mahu NFDP menjadi medan mengagihkan habuan politik.

Mulakan dengan audit. Dan lantiklah pengurusan yang layak secara merit, bukan layak kerana kabel politik. Fair play.
Sepertimana mentaliti yang ditanamkan kepada para penyokong: letakkan kepentingan peribadi di belakang, dan kepentingan negara di hadapan.
Kepada mereka yang telah meletakkan jawatan, terima kasih kerana menjadi seorang gentleman.

Kepada mereka yang memberi peluang walaupun berkuasa merombak selepas PRU14, terima kasih kerana berlaku adil.

Let's move forward.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ريمااوXI
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!