Profile picture
ريمااوXI @RimauXI
, 14 tweets, 6 min read Read on Twitter
ARAB DI MALAYSIA

1. Majoriti Arab di Malaysia merupakan imigran yang berketurunan dari Hadhramaut, selatan Yaman. Oleh yang demikian, mereka dikenali sebagai Hadhrami. Imigran Hadhrami mengklasifikan etnik kepada:
a. Sadah (السادة)
b. Bukan Sadah
2. Sadah bermula pada tahun 929 apabila warga Iraq bernama Ahmad ibn Isa berhijrah ke Hadhramaut. Kemudian, keturunan Sadah menggunakan nama Ba 'Alawi (باعلوي) & membentuk clan seperti al-Attas, al-Idrus, al-Junayd & sebagainya.
3. Imigran Hadhrami yang datang telah diberikan kedudukan istimewa oleh kaum Melayu kerana menganggap mereka keturunan Rasulullah SAW.
4. Walaupun keturunan Hadhrami menyatakan mereka datang untuk menyebarkan Islam & bukan kerana ekonomi, namun ini dipersoalkan kerana mereka tidak datang pada zaman awal penyebaran Islam. Sebaliknya, mereka datang dari Jawa, Sumatera & Kalimantan pada akhir kurun ke-17 & 18.
5. Hadhrami di Tanah Melayu tidak dipaksa British untuk tinggal di setinggan istimewa (special ghettos) sepertimana yang dilakukan oleh Belanda di Indonesia. Walau bagaimanapun, mereka masih tinggal sesama mereka di kawasan yang sama & mengehadkan hubungan dengan populasi Melayu.
6. Pada 5 Februari 1959, satu memorandum telah dihantar oleh organisasi al-Rabitah al-'Alawiyyah di Jakarta ke cawangannya di Singapura untuk mendaftar semua keturunan Sadah bagi memelihara mereka yang dianggap mulia & berstatus tinggi di kalangan umat Islam Malaya & Singapura.
7. Untuk memelihara keturunan Sadah, majoriti mereka tidak membenarkan anak mereka yang digelar 'sharifah' dikahwinkan dengan seseorang yang bukan daripada keturunan 'sayyid'. Mereka menunjukkan kecenderungan untuk berkahwin di kalangan mereka.
8. Identiti Hadhrami di sekeliling Lautan Hindi dianggap sebagai bukan berdasarkan kenegaraan atau etnik, tetapi berdasarkan nasab. Ini membentuk satu jenis asabiyyah yang unik & hanya diamalkan oleh Hadhrami.
9. Di Johor, Kedah & Pulau Pinang, majoriti imigran Hadhrami menyertai UMNO. Ini kerana UMNO menggunakan konsep Melayu yang luas & membenarkan Hadhrami & India Muslim untuk menyertai parti tersebut.
10. Sukarno menggunakan istilah "Hadramautisme" untuk melabel segala yang dilihat sebagai mundur & salah mengenai Islam di Indonesia.
11. Amalan superiority Sadah dianggap sebagai satu bentuk 'asabiyyah' kerana ia tidak boleh dijustifikasi dalam Islam. Sadah menganggap tiada ruang untuk membandingkan mereka dengan golongan yang tidak berketurunan Rasulullah SAW
12. Hadhrami yang bukan Sadah tiada masalah berinteraksi dengan Melayu. Mereka menganggap gelaran sayyid disalahgunakan oleh golongan Sadah, kerana di Hadhramaut status sosial mereka adalah sama. Di Tanah Melayu, Sadah diberi kedudukan istimewa & dikahwinkan dgn golongan diraja.
13. Kritikan sosial juga boleh dilihat di filem P. Ramlee yang berjudul Ahmad Albab. Watak antagonis "Mashood Albuaya" lakonan AR Tompel hanya mahu mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan orang kaya & memandang rendah menantunya Syawal, seorang pengembala.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ريمااوXI
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!