Profile picture
, 84 tweets, 7 min read Read on Twitter
Bismillah.
Thread kisah Ashabul Kahfi.
(7 pemuda beriman tidur di gua selama 309 tahun)
Dlm surah al-Kahfi, Allah swt menceritakan 3 kisah masa lalu, iaitu kisah

Ashabul kahfi
Nabi Musa & Nabi Khidir
Dzulqarnain
Ashabul kahfi adlh nama sekumpulan pemuda beriman yg hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, bbrp ratus tahun sblm diutusnya Nabi Isa as.
Mereka hidup ditengah msyrkt menyembah berhala dgn seorang raja yg zalim. Ketika sang raja tahu ada skumpulan pemuda yg tk menyembah berhala
Maka sang raja naik marah lalu memanggil mrk & perintahkan mrk mengikuti kepercayaannya.

Tapi ashabul kahfi menolak dan lari ke dlm gua.
Dgn izin Allah, mrk ditidurkan selama 309 tahun dlm (al-Kahfi:25). Kemudian dibangkitkan kmbali ktk msyrkt & raja semuanya beriman kpd Allah
Ini ringkasan ceritanya. Nak saya cerita details lagi tak? Haha. Panjang sikitlah. Harap bersabar kalau saya tulis lambat.
Kisah lebih detail ditafsir secara jelas dr riwayat di dlm kitab Qishashul Anbiya' (kisah2 para Nabi) yg ditulis oleh Imam ibnu Katsir.
Riwayat trsbt berkaitan dgn tafsir ayat 10 surah alKahfi. "Ingatlah ketika pemuda2 itu berlindung di dlm gua lalu mereka berdoa : -
"Berikanlah rahmat kpd kami dr sisiMu & sempurnakanlah bg kami petunjuk yg lurus dlm urusan kami ini" (al-Kahfi:10)
Kisah ashabul kahfi ini diceritakan oleh Saidina Ali ra kpd seorang Yahudi ktk zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab.
Suatu hari, dtg bbrp orang yahudi bertemu Saidina Umar dan menujukan bbrp soalan. Beliau tdk dpt menjawabnya dan dipanggil Saidina Ali dtg.
Ringkas cerita, soalan2 tu dpt dijawab oleh Saidina Ali & org2 yahudi memeluk islam krn kebenaran. Tp tggl seorg yahudi yg masih ada soalan
Yahudi itu brkata : "cuba terangkn pdku ttg skmpln pemuda pd zmn dhulu yg mati slama 309 thn & dibangkitkn semula oleh Allah."
Saidina Ali mnjwb:

"mereka itu ialah para penghuni gua yg telah dikisahkan di dlm al-Quran oleh Allah kpd Rasul-Nya."
Yahudi brkata lg:

"Aku byk mndgrnya. Tp jika kau benar2 tahu, sebutkan nama2 mrk, nama kota, nama raja, & kisah mrk dr awal hingga akhir."
Lalu Saidina Ali duduk bersila sambil mengikat kain rida' dr lutut ke pinggang (cara org arab sandar guna kain).

"Wahai saudara yahudi,"
"Muhammad Rasul Allah telah menceritakan kpdku, kisah itu berlaku di negara Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus. (Kini 'Tarse' di Turki)"
Rakyat negara itu asalnya dijaga raja yg baik, tp slps raja itu mnggl dunia. Berita itu didengari oleh raja Parsi bernama Diqyanius.
Diqyanius adlh seorg raja kafir yg bengis dan zalim. Dia terus dtg menyerbu kota itu brsama angkatan tenteranya & menakluki kota Aphesus.
Diqyanius mengangkat Aphesus menjadi ibu kota dan membina Istana di dlmnya. Dia membina istana yg amat mewah penuh dgn emas dan perak.
Yahudi bertanya :

"Berapakah pembantu2 raja dan apakah nama2 mereka. Jika kau benar2 tahu."

Saidina Ali menjelaskan :
Raja mempunyai 6 org pembantu 3 di sblh kanan 3 di sblh kiri. 3 di sblh kanan bernama Tamlikha, Miksalmina & Mikhaslimina.
3 di sblh kiri pula ialah Martelius, Casitius & Sidemius. (6 nama ashabul kahfi).
Bertahun lamanya Diqyanius mnjadi raja tanpa sakit apa pun
Kerana merasa bongkak, lantas dia mengangkat dirinya sbg Tuhan. Disuruh seluruh rakyat utk memujanya. Mrk dipaksa hgga tidak lagi beriman.
Krn kejadian itu, pembantu raja, Tamlikha seorg yg bijaksana berfikir dan berkata dlm hati:

"jika dia Tuhan, pasti dia tak sedih, tak tidur
"Tak buang air kecil/besar. Itu semua bknlh sifat2 Tuhan."
Lalu Tamlikha mengadakan mesyuarat tertutup bersama 5 org pembantu raja yg lain.
"Sahabatku, hatiku risau memikirkan sesuatu" kata Tamlikha kpd teman2nya.

"Siapakah yg menciptakan langit luas tergantung tanpa tiang"
"Siapakah yg ciptakan bumi, gunung2 yg tidak goyang, dan siapakan yg mengeluarkan aku sbg bayi dr perut ibuku. Sudah tentu bkn Diqyanius!"
Pd masa yg sama, sahabatnya yg lain jg memikirkan perkara yg sama. Lalu Tamlikha berkata "marilah sahabatku, kita tgglkn raja yg zalim ini"
"Ayuh kita lari dr sini dan pergi mencari Tuhan pencipta langit dan bumi!"

"Kami setuju dgn pendapatmu." Ujar sahabat yg lain.
Sambungan.

Tamlikha sempat menjual kurmanya dn berhasil mendapat 3 dirham, wang itu dimasukkan ke dlm poket bajunya.
Lalu mereka berenam berangkat lah keluar dari kota Aphesus dgn menaiki kuda masing2. Stlh 5km perjalanan, Tamlikha berkata:

"Sahabat2 ku.."
"Kita sdh trlepas dr raja dunia & kekuasaannya. Turunlah kalian drpd kuda dn mari berjalan kaki. Mudah2an dipermudhkn & diberi jln keluar"
Maka mrk brjalan kaki terlalu lama hingga mrk penat & kehausan, mrk berehat di suatu tmpt. Mrk terserempak dgn seorg pengembala kambing.
"Kalian ini kulihat spt bangsawan. Boleh aku tahu kalian nk kemana?"

"Kami sbnrnya tlh lari dr kerajaan yg zalim & tlh memeluk satu agama."
Tamlikha pun menceritakan bgmn mrk nekad utk lari drpd raja Diqyanius dr pangkal hngga akhir. Pengembala itu brsa gembira dan mencium mereka
"Sungguh, aku ada perasaan yg sama spt kalian, izinkan aku utk mengikuti kalian sekali. Aku ingin menghantar kambing2 pd tuannya dahulu."
"Ya, kau boleh ikut kami tp percepatkan urusanmu. Kami takut nanti dijumpai oleh tentera2 raja." Kata Tamlikha.

Tak lama kemudian..
Pengembala td dtg pd mrk dgn membawa seekor anjing

Yahudi brtanya kpd Saidina Ali

"Jika kau benar, sbutkn nama anjing itu & apa warnanya?"
Saidina Ali mnjwb:

"Kekasihku Muhammad saw menceritakan kpdku bhw anjing itu brwarna kehitaman & bernama Qithmir."
Dlm (al-Kahfi:9) perkataan "Ar-Raqim" sbhgian pentafsir mengatakan itu adalah nama anjing dan sbhgian lain mngatakan batu bersurat.
Ketika enam pelarian itu melihat Qithmir, mrk terus menghalau krn takut2 anjing itu akan mmbocorkan rahsia dn keberadaan mereka.
Dgn izin Allah, Qithmir brbicara:

"Wahai manusia, knp kalian nk mngusirku? Sdgkn aku bersaksi tiada tuhan slain Allah, tiada sekutu bgNya."
"Biarlah aku menjaga kalian drpd musuh, dan dgn cara itu aku dpt mendekatkan diri kpd Allah." Kata Qithmir.

Dh cukup bilangan ashabul kahfi
Dlm (al-Kahfi:22) ada kata 3 org & keempat adlh anjing, ada kata 5 org & keenam adlh anjing, ada kata 7 org & kelapan adlh anjing.
Bilangan yg dikisahkan oleh Rasulullah saw ialah 7 org dan kelapan adlh anjing. Ok settle bilangan. Sambung balik.
Mrk truskn perjlanan, pngembala td mengajak naik ke satu gunung, lalu mendekati satu gua.

Si Yahudi brtanya lg: apkh nama gunung & gua itu?
Saidina Ali mnjwb:

"Gunung itu bernama Naglus, nama gua itu ialah Washid atau dikenal jg sbg Kheram."

Lalu beliau meneruskan ceritanya..
Mereka berehat di gua apabila tiba waktu mlm. Qithmir mnjadi penjaga pintu gua. Kerana terlalu kepenatan, mrk terus tertidur selena-lenanya.
Dgn izin Allah swt, mrk ditidurkan selama 309 tahun, termaktub dlm (al-Kahfi:25).

Tidur.
Tidur.
Tidur.

Dgn lenanya.
Setelah masa yg amat panjang itu berlalu. Allah bangunkan mrk dr tidur. Ketika mrk bangun, matahari naik bersinar. Seakan2 baru satu malam.
Stlh semuanya bgn dr tidur, mrk merasa sgt lapar. Mrk pun menyuruh Tamlikha ke pekan utk membeli mknn. Dia meminjam pakaian pengembala..
Krn takut dikenali oleh org2 di luar. Keluar saja dia dr gua, dia berasa hairan. Tak pernah jalan ini dilaluinya. Semuanya kelihatan aneh.
Dia melewati semua tmpt2 yg tk prnh dilihat. Tiba di kota, dia melihat bendera hijau berkibar "Tiada Tuhan selain Allah & Isa adlh roh suci"
Tamlikha bingung smbl mengusap matanya "ku sangka aku ni masih mamai". Dan terus brjln ke pekan dn membeli roti. Dia berikn kpd penjual roti
3 dirham yg tersedia ada dlm poket bajunya. Penjual roti td hairan, "knp kau berikan aku duit lama? Kau nk permainkan aku ya?"
Duit dirham yg dibawa Tamlikha lbh besar dan berat drpd duit yg digunakan pd zmn itu. Tamlikha semakin bingung. Lalu dia bertanya:
"Apakah nama kota ini?"
"Aphesus" jwb penjual roti

"Siapakah raja kalian?"
"Abdurrahman" jwb penjual roti

Tamlikha terkejut mendengar.
"Ambil lah duit ini & berikanlah mknn kpdku. Aku sgt lapar" kata Tamlikha

Penjual roti menolak "aku tak terima harta karun, ini duit lama!"
"Aku baru saja dptkan duit ni 3 hari lalu dgn menjual kurma & aku trus keluar dr kota krn semua org menyembah raja Diqyanius." Kata Tamlikha
"Adkh kau ingin membohongi aku? Sudahlah bawa harta karun malah disebut pula nama raja yg 300 tahun dulu." Kata penjual roti.
Krn tak percaya pd Tamlikha, penjual roti itu memanggil pengawal utk menangkapnya. Dibawalah Tamlikha menghadap raja. Lalu raja pun bertanya
"Apa urusan org ini?"

"Dia beri pdku harta karun" kata penjual roti.

Kata raja : "tk perlu takut, kami hnya akan mgmbil 1/5 dr harta mu"
Tamlikha lantas bersuara:

"Tuanku, sungguh aku tdk membawa harta karun. Malah aku adlh penduduk asal di kota ini."

Maka dibawalah dia..
Dibawa ke rumah yg ditunjuknya diiring oleh raja dan pengawal2. Dia ingin mmbuka pintu rumahnya. Tetiba keluar seorang tua tk dikenalinya.
Tamlikha brtnya :

"Kau siapa? Bgmn kau boleh duduk di rumahku?"

Org tua td brkta:

"Berpuluh tahun aku di rumah ini, kau tu siapa??"
"Aku adalah Tamlikha anak Filistin!"

Org tua td terkejut mendengar nama itu dan terus mencium Tamlikha.

"Kau adlh moyangku 300 thn dulu"
"Kau bersama 5 pembantu raja yg lain berjaya lari dr kerajaan Diqyanius yg zalim. Aku tak sangka dpt bertemu dgnmu" kata org tua itu.
Orang ramai mulai mengerumuni Tamlikha krn ingin memeluknya. Lalu raja pun bertnya : "bgmn khabar teman2 mu?"

"Mereka masih lg di dlm gua"
Pd zaman itu, Aphesus dijaga oleh dua bangsawan istana. Seorg islam & seorg nasrani. Maka kedua2nya ingin mengikut Tamlikha pergi ke gua.
Sampai di hdpn gua. Tamlikha shj yg masuk ke dlm. Kedua2 pembesar istana td bertelagah.

"Aku ingin bina tempat ibadah di gua ini"
Msg2 nak bina tmpt ibadah di gua itu. Ada dlm (al-Kahfi:21).

Sampai saja di dlm gua, Tamlikha menceritakan apa yg dilaluinya kpd tmn2nya.
"Tahukah kalian sbnrnya kita sudah tidur lebih dr 300 tahun? Diqyanius sdh mati dan skrg rakyat di kota ini semuanya beriman kpd Allah"
"Ayuh kita keluar dr gua ini & hidup bersama mrk." Kata Tamlikha.

Sahabatnya yg lain brkta:
"Apkah kau ingin mengejutkan seluruh alam?"
"Semua orang psti merasa aneh dgn kewujudan kita! Marilah kita bersama berdoa kpd Allah agr dicabut nyawa kita tnpa pengetahuan orang lain."
Lalu doa mrk dikabulkan oleh Allah serta merta. Diperintahkan malaikat maut mencabut nyawa mereka. Dan Allah melenyapkan pintu masuk gua.
Bangsawan istana yg menunggu di luar gua mula mencari2 Tamlikha yg terlalu lama di dalam gua. Tapi mrk tak dpt menemukan pintu masuk.
Mereka mengalah dan mengakui bahawa peristiwa yg berlaku pd hari itu adlh kehebatan Allah. Akhirnya..

"Ashabul Kahfi mati dlm agama Islam"
Berakhir sudah kisah 7 pemuda beriman yg ditidurkan oleh Allah di dlm gua selama 309 tahun. Boleh baca terjemahan dlm surah Al-Kahfi.
Pgjrn.

Larilah dr maksiat jika ingin benar2 meraih keredhaan Allah. Krn Allah tkkn ubah nasib suatu kaum melainkn mrk ubah nasib mrk sndri.
Ok next thread insyaAllah saya akan cerita kisah Nabi Musa & Nabi Khidir. Harap bersabar dan doakan saya nak exam dah ni. Nk balik malaysia!
Lupa. Si Yahudi yg bertanya kpd Saidina Ali percaya pd kata2nya. Itulah yg diceritakan di dlm kitab mrk juga. Maka akhirnya dia masuk Islam.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fath
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!