Profile picture
Josh Saladin @JoshSaladin
, 73 tweets, 8 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Kisah Raja Namrud.

Dalam thread ini aku akan selitkan sekali pembinaan Tower Of Babel dan perbalahan antara Raja Namrud dan Nabi Ibrahim.
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud

Secara ringkas, setelah Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Nabi Adam telah hidup selama seribu tahun dan Hawa pula mati satu tahun setelah wafatnya.
Pada masa itu, berlaku peristiwa pembunuh pertama dalam sejarah manusia yang melibatkan anak-anak mereka iaitu pembunuhan Habil oleh Qabil.
Selepas itu Nabi Adam mendapat seorang anak lagi bernama Seth bin Adam.
Seth mewarisi misi kenabian ayahnya (Nabi Adam) dan kemudian mewariskan pula kepada anaknya, Anush.
Selepas itu Anush mewariskan kepada anaknya bernama Qainirn Kemudian Mihlayil bin Qainin yang mengambil alih dan mengikut sesetengah catatan, beliau adalah orang pertama yang menebang pokok dan membangun penempatan.
Apabila tiba saat kematiannya, anaknya bernama Yard mewarisinya pula dan kemudian diwarisi oleh anak ke Yard yang bernama Khanukh.

Ahli Kitab memanggilnya dengan Khanukh tetapi di sisi masyarakat Islam, beliau lebih dikenali sebagai Nabi Idris.
Semasa Nabi Idris dilahirkan, Nabi Adam masih hidup dan sempat berjumpa dengannya. Ini bermakna enam generasi atau lebih, sudah pun bertemu pada satu masa.
Nabi Idris adalah manusia pertama yang menulis menggunakan pena. Setelah ribuan tahun kedatangan Nabi Adam, ada satu kaum yang disebut Bani Rasib yang bermaksud anak Rasib.
Mereka diutuskan Nabi Nuh disebabkan perbuatan mereka membuat dan menyembah berhala.
Asalnya, pada zaman Nabi Nuh dan sebelumnya ada beberapa orang soleh yang bernama Wadd. Suwa, Yaghuth, Ya'uq, dan Nasr yang menjadi contoh ikutan kepada orang ramai disebabkan kesolehan mereka.
Namun setelah mati mereka, pengikut mereka membina patung berhala bagi mereka di tempat duduk yang sering mereka duduki semasa hidup.
Ini adalah untuk memberikan semangat dan inspirasi kepada orang ramai agar beramal soleh seperti mereka dahulu.
Namun, lama-kelamaan, patung-patung ini disembah dan ia adalah penyembahan berhala pertama di atas muka bumi.

Maka dengan itu Nabi Nuh diutus untuk menghentikan perbuatan syirik tersebut. Malangnya mereka menolak utusan Nabi Nuh.
Akhirnya berlakulah peristiwa banjir besar yang melanda bumi. Selepas banjir surut, seluruh penghuni bumi terhapus kecuali yang menaiki bahtera Nabi Nuh sahaja.
Nabi Nuh mempunyai lima orang anak bernama Sam, Ham, Yam, Yafith, dan Azir.
Yam adalah anaknya yang tidak mengikuti dia menaiki bahtera lalu musnah di dalam banjir itu.
Azir dilaporkan tidak mempunyai keturunan, maka ini bermakna semua manusia di muka bumi ini selepas peristiwa besar banjir adalah sama ada dari keturunan Sam bin Nuh, atau Ham bin Nuh atau Yafith bin Nuh.
Nabi Hud

Kemudian diutus pula Nabi Hud. Beliau adalah dari satu kaum yang dipanggil Ad. Beliau diutus kerana kaum ini adalah orang yang pertama menyembah berhala selepas bumi dilanda banjir besar.
Nabi Saleh

Selepas itu Nabi Saleh diutus kepada kaum Thamud atas sebab yang sama iaitu untuk menghentikan penyembahan berhala.
Sekarang baru boleh sambung topik utama kita mengenai Raja Namrud.
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud

Lebih kurang dalam masa ini dalam catatan sejarah datangnya zaman pemerintahan Raja Namrud. Nama penuhnya adalah Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata “Marad” di dalam bahasa Arab ialah “Ridda” yang bermaksud “murtad”.
Beliau adalah cicit kepada Nabi Nuh. Dilaporkan yang dia adalah orang yang pertama mengasaskan kerajaan dan menjadi raja sebuah empayar selepas peristiwa besar banjir pada zaman Nabi Nuh.
Jajahan beliau termasuk Babel dan daerah Mesopotamia yang berpusat di tempat bernama Shinar.

Dia memerintah selama 400 tahun. Dia juga dikenali sebagai individu yang membina Menara Babel, Raja Namrud adalah seorang raja yang berani dan mempunyai pengaruh dan kekuatan.
Pada mulanya, dia cuba membahagiakan rakyatnya tetapi kemudiannya didapati yang rakyatnya percaya kebahagiaan yang mereka kecapi itu datangnya daripada Tuhan.
Maka Raja Namrud menghujahkan yang beliau berkuasa memberi kebahagiaan kepada mereka dan jangan merujuk elemen kebahagiaan itu kepada Tuhan. Mereka perlu merujuk padanya.
Lama-kelamaan beliau dapati tiada jalan bagi memalingkan ketakwaan manusia daripada Tuhan melainkan dengan mengubah pendekatannya pada rakyat.
Maka beliau mengubah corak pemerintahannya kepada pelaksanaan pendekatan yang zalim dan berkuku besi bagi tujuan mengubah ketakwaan mereka pada Tuhan kepada pengharapan sepenuhnya yang berterusan kepada kuasanya (Raja Namrud).
Pada ketika ini, seluruh rakyat jelata tunduk dan mengikut segala kehendaknya. Mereka takut hendak menunjukkan sebarang tanda ketakwaan kepada Tuhan.
Berdasarkan arahan Raja Namrud, mereka mendirikan sebuah menara yang digelar Menara Babel tanpa menghiraukan kesakitan demi kesakitan yang mereka rasai.

Pada masa yang sama mereka juga perlu mengelakkan daripada berlakunya kecuaian.
Kononnya falsafah dan propaganda di sebalik pembinaan menara ini adalah bagi menyatukan semua manusia, makhluk ciptaan Allah.

Maka dibina sebuah binaan yang dapat menggapai langit yang tinggi bagi membuktikan yang manusia tidaklah selemah mana.
Selepas masuk minggu keempat pembinaan, mereka mula membuat batu bata dengan pembakaran api. Batu bata itu digunakan sebagai pemangkin.

Tanah liat pula diambil dari lautan dan mata air yang berdekatan dengan Shinar.
la kemudian disimen dengan campuran simen, air, pasir, dan kapur serta di- kuat dan dilekatkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat seperti tar sebagai turapan yang mengukuhkan struktur itu daripada ditembusi air.
Jumlah kerahan tenaga yang ramai menyumbang ke arah pembinaan menara ini. Ketinggiannya meningkat dengan pantas, lebih cepat daripada yang disangkakan.

Proses pembinaan itu hanya mengambil masa 43 tahun dan ini adalah pencapaian yang mengagumkan bagi manusia pada ketika itu.
Namun, disebabkan ia dibina dengan keadaan yang terlalu tebal kerana mengambil kira kekuatan bagi menampung struktur itu, maka ketinggiannya yang sebenar tidak begitu menyerlah pada pandangan kasar kerana ditenggelami ketebalannya.
Allah tidak terus menurunkan azab seksa kepada kegilaan mereka itu walaupun dengan nyata mereka tidak mengambil iktibar daripada kemusnahan kaum silam akibat dosa yang dikerjakan, terutamanya pengajaran daripada peristiwa banjir besar yang berlaku sebelum mereka.
Namun, Allah hanya menimbulkan kacau-bilau antara mereka dengan menjadikan mereka bertutur pelbagai bahasa yang berlainan hingga mereka tidak dapat berkomunikasi sesama sendiri sedangkan pada asalnya seluruh manusia hanya bertutur dengan satu bahasa yang sama.
Hanya seorang sahaja yang dikekalkan dalam bahasa asalnya sendiri. Ada pendapat mengatakan bahasa itu adalah bahasa Syria dan ada pula yang mengatakan bahasa Hebrew.
la berlaku kerana keengganannya menyertai pembinaan menara itu. Beliau adalah salah seorang daripada nenek moyang Nabi Ibrahim yang bernama Eber.

Ada pendapat yang mengatakan beliau adalah Nabi Hud.
Sempena kekeliruan dan kekalutan dalam pertuturan yang berlaku ini, dinamakan menara itu dengan nama Babel kerana perkataan ini adalah berasal daripada bahasa Hebrew yang bermaksud kekeliruan.
Tempat ini sekarang dinamakan Babylon dan di dalam Quran, nama ini pula disebut sebagai Babil.
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim

Raja Namrud dipertemukan dengan Nabi Ibrahim walaupun perbezaan jarak antara mereka terlalu jauh.
Raja Namrud adalah cicit kepada Nabi Nuh sedangkan terdapat 10 generasi di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh.

Walaupun begitu, sembilan generasi di antara Nabi lbrahim dan Nabi Nuh sempat menyaksikan kelahiran Nabi Ibrahim.
Maka logiklah jika dikatakan yang Raja Namrud dan Nabi Ibrahim berada pada satu zaman walaupun jarak kelahiran mereka yang terlalu jauh.
Pada ketika itu juga salah seorang cicit Nabi Nuh menerusi anaknya Sam, meninggal dunia tiga tahun selepas Nabi Ibrahim meninggal dunia sedangkan beliau adalah daripada generasi yang sama dengan Raja Namrud.
Masalah melibatkan Raja Namrud bukan sahaja melibatkan suruhan beliau kepada rakyatnya supaya menyembah patung berhala bahkan melibatkan arahannya supaya mereka menyembah dirinya juga.
Beliau menganggap dirinya sebagai Tuhan dan permaisurinya pula yang bernama Semiramis dipuja sebagai dewa.
Semiramis adalah ibu kandungnya dan telah menjadi isterinya. Ini bermakna, Raja Namrud mengahwini ibunya sendiri.

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.
Pada suatu ketika, Raja Namrud dan ahli nujumnya mendapat petanda daripada bintang-bintang di langit yang membawa maksud mengenai kelahiran seseorang yang mampu menamatkan pengamalan penyembahan berhala.
Tanpa berlengah lagi, Raja Namrud mengarahkan pembunuhan semua bayi yang baru dilahirkan. Mujurlah ibu Nabi Ibrahim berjaya melarikan diri ke kawasan ladang dan melahirkan beliau.
Kemudian disorokkan bayi itu di dalam tempat makanan ternakan. Cerita kelahirannya ini ada persamaannya dengan kisah kelahiran Nabi Musa yang berada dalam ancaman bunuh oleh Firaun.
Bahkan pembinaan Menara Babel juga hampir sama dengan kisah Firaun yang mengarahkan Haman membina sebuah bangunan supaya beliau dapat berhadapan dengan Tuhan kepada Nabi Musa.
Selepas Nabi Ibrahim meningkat dewasa, beliau memberitahu Raja Namrud dan rakyatnya supaya menghentikan penyembahan berhala.
Disebabkan itu, Raja Namrud mengarahkan supaya Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Seluruh penduduk yang tidak gemar sesiapa mempersoalkan kebenaran berhala-berhala mereka itu bekerjasama mengumpul kayu api daripada berhektar-hektar
keluasan tanah selama beberapa hari, bulan dan ada yang berpendapat bertahun-tahun lamanya bagi menyalakan unggun api terbesar dalam sejarah dunia.
Ini disebabkan kemarahan mereka dengan perbuatan Nabi Ibrahim yang memecahkan semua berhala mereka kecuali satu sahaja.

Pada berhala itu digantungkan kapak bagi menunjukkan seolah-olah berhala itu yang memecahkan semua berhala yang lain.
Oleh sebab nyalaan api itu terlalu dahsyat dan mustahil dihampiri, maka Nabi Ibrahim diletakkan pada sejenis alat pelontar bagi melontarkannya ke dalam api itu.
Pada ketika ini Malaikat Jibrail bertanya kepada beliau mengenai apakah yang diperlukannya?

Beliau menjawab yang beliau tidak memerlukan apa-apa daripadanya. Namun Allah menyatakan, "Wahai api, jadilah kamu sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim"
Allah bukan sahaja menyuruh api itu menjadi sejuk bahkan selamat untuk Nabi Ibrahim. Dengan itu, Nabi Ibrahim dapat keluar dari api tanpa sebarang kecederaan.

Nyata Allah secara khusus mengarahkan api itu supaya bersifat sejahtera kepada Nabi Ibrahim.
Sekiranya ia bersifat panas maka tentu ia mampu menyebabkan kecederaan. Begitu juga sekiranya ia bersifat sejuk, ia juga dapat menyebabkan kecederaan.

Bapa kepada Nabi Ibrahim yang menyaksikan kejadian itu tergamam dan menyatakan sanjungannya pada Tuhan Nabi Ibrahim.
Ketika Nabi Ibrahim berada di tengah-tengah nyalaan api, semua binatang di atas muka bumi cuba sedaya upaya memadamkan api itu kecuali cicak yang meniup api ke arah Nabi Ibrahim.
Sempena ini, terdapat hadis-hadis Nabi Muhammad yang menggalakkan kita membunuh cicak.

Selepas itu, Nabi Ibrahim menyeru Raja Namrud supaya menyembah Allah yang maha esa tetapi beliau mendakwa dirinya adalah Tuhan.
Nabi Ibrahim berkata yang Tuhannya adalah Tuhan yang maha menghidupkan dan mematikan.
Raja Namrud pun menjawab yang beliau juga mampu menghidupkan dan mematikan dengan maksud diambil dua orang yang dijatuhi hukuman mati, lalu seorang daripadanya dibebaskan daripada hukuman.
Manakala seorang lagi diteruskan dengan hukuman mati. Itulah bukti beliau mampu menghidupkan dan mematikan seseorang.
Nabi Ibrahim menyambung lagi dengan mengatakan yang Tuhannya mampu menerbitkan matahari dari timur.

Kemudian Nabi Ibrahim bertanya kepada Raja Namrud, mampukah beliau menerbitkan matahari dari barat?
Nyata sekiranya beliau adalah Tuhan, pasti beliau mampu melakukan apa sahaja termasuklah menerbitkan matahari dari barat. Namun akibat kedegilannya, Raja Namrud tetap menolak seruan kepada keimanan.
Selepas berlakunya pertengkaran dan suasana cabar-mencabar yang panjang lebar, akhirnya Raja Namrud menyuruh Nabi Ibrahim membawa tentera dan bertempur dengan tenteranya di medan peperangan.
Maka Allah mengutuskan jutaan nyamuk (ataupun binatang halus menyerupai nyamuk) lalu menghisap darah mereka hingga merosakkan daging dan otot mereka.
Bahkan seekor daripadanya masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud dan kekal di dalam ruang kepalanya selama beberapa tahun hingga beliau terpaksa menghadapi seksaan yang dahsyat.
Bagi mengurangkan kesakitan itu, kepala beliau diketuk dengan batang besi. Akhirnya, akibat ketukan yang berterusan, beliau menemui ajalnya.
Itu sahaja untuk thread kali ini.

Terima kasih kerana membaca.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh Saladin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!