Profile picture
Aimi AR @aimirahayuAR
, 12 tweets, 4 min read Read on Twitter
ROKOK DAN KEHAMILAN ; SATU KEJAYAAN HARI INI 01012019

Tidak kira samada anda, wanita yang sedang merokok dan sedang hamil, atau sedang mencuba untuk hamil, tidak merokok namun dikelilingi oleh mereka yang merokok. Maklumat ini untuk anda.
Tabiat merokok tidak dinafikan adalah satu tabiat yang ‘addictive’, gian. Namun jika anda, wanita yang merupakan seorang perokok, berhenti merokok adalah salah satu hadiah terbaik bukan sahaja buat diri anda namun juga untuk anak anda di dalam kandungan; peluang untuk memastikan
kesihatan bayi adalah optimum, daripada mula-mula janin terbentuk dan perkembangannya 9 bulan di dalam kandungan.

Jika anda berhenti merokok, kesannya adalah berkadar terus dan langsung dengan perkembangan positif kesihatan anda dan bayi.
APAKAH KESAN BAHAYA MEROKOK KEPADA DIRI ANDA DAN BAYI DALAM KANDUNGAN?

Bayi di dalam kandungan akan terkesan akibat tabiat merokok ibunya kerana merokok mengurangkan jumlah oksigen dan nutrisi penting yang disalurkan melalui uri kepada bayi.
Masalah lain yang boleh berlaku kepada kandungan;
1. Keguguran bayi
2. Kandungan luar rahim
3. Bayi mati di dalam kandungan atau sebaik sahaja dilahirkan
4. Bayi mempunyai kecacatan seperti di muka, sumbing bibir dan lelangit.
5. Perkembangan bayi di dalam kandungan terjejas , kesihatan dan berat yang terjejas akibat tabiat merokok boleh menyebabkan bayi yang lahir mendapat masalah kesihatan di masa akan datang.
6. Uri lekang
7. Bayi lahir tidak cukup bulan
Apabila bayi ini lahir, mereka lebih terdedah kepada ;
1. Kematian secara tiba-tiba tidak dapat dijelaskan punca. Masalah ini lebih meruncing jika anda dan pasangan terus merokok di dalam rumah di mana bayi berada.
2. Masalah asma, jangkitan peparu, telinga dan paru-paru berair.
Dan lain- lain lagi.

Jika anda berhenti merokok, risiko seperti di atas akan berkurangan.

Jika ada perokok di sekeliling anda, anda terdedah kepada asap rokok, menjadikan anda perokok pasif. Bayi yang terdedah kepada asap rokok sebegini akan mempunyai risiko yang tinggi untuk ;
1. Mati dalam kandungan atau mati selepas dilahirkan.
2. Dilahirkan pra-matang
3. Perkembangan dan kesihatan mereka terjejas.

Jika ada perokok yang merokok di sekeliling anda, jauhkan diri atau jika boleh minta mereka berhenti merokok ketika berada di situ.
Gerakan #RESTART adalah satu inisiatif yang perlu disambut baik oleh semua orang terutama sekali golongan wanita umur reproduktif yang seringkali terdedah kepada asap rokok di tempat makan, tempat kerja, di dalam kereta bersama perokok dan di mana jua yang menjadi tempat perokok
merokok secara berleluasa.

Samada anda seorang wanita yang merokok atau perokok pasif, ambillah inisiatif ini sebagai dorongan dan sokongan untuk anda/masyarakat sekeliling untuk berhenti merokok.

#MedTweetMY
#supportRESTART
#RESTARTNOW
#DoktorBidan
#AimiGYN
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aimi AR
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!