Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 33 tweets, 8 min read Read on Twitter
Nenek Moyang Kita Tanpa Perubatan Moden Boleh Selamat, Kenapa Kita Bersungguh Nak Pakai Perubatan Moden?

Ditulis oleh: Helmi Effendy
#FalsafahAlamiah #Isusemasa #Perubatan #Malaysia #Agama #Sejarah #Sains #Melayu
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
Ramai yang tidak memahami itu “sunnah nabi” lalu menjual ini untuk menghalalkan segala penipuan dan ajaran sesat yang dibawa oleh mereka. Contohnya puak ajaran sesat Doula di Malaysia yang sudahpun lari dari terma Doula itu sendiri.
Alasan mereka, pada zaman Nabi dah cukup untuk melahirkan anak dengan cara-cara sekian, kenapa zaman kita tak boleh berbuat demikian?
Alasan mereka adalah kalau mereka boleh hidup pada hari ini kerana nenek moyang mereka mampu melahirkan atuk nenek mereka dengan selamat tanpa teknologi moden, kenapa tidak mereka?
Lalu lahirlah istilah seperti kelahiran alami dan sebagainya, tanpa mereka ini memahami sejarah itu sendiri. Nak bagitahu, kita semua adalah mereka yang bertuah kerana keturunan kita sampai ke hari ini. Tetapi tahukah bahawa diantara yang terselamat, banyak yang gugur?
Sebelum saya teruskan, sesiapa yang ingin baca dalam bentuka artikel, tekan link ini:
thepatriots.asia/nenek-moyang-k…
Mereka yang meninggal dunia, sama ada si ibu atau si anak,itulah yang menjadi “try and error”kepada evolusi perubatan moden yang kini telah menyelamatkan ribuan nyawa. Para doktor, tabib dan saintis zaman silam cuba sedaya upaya untuk menimakan kasualiti ketika kelahiran manusia.
Berapa banyak kitab perubatan, eksperimen dan sebagainya lahir untuk membahaskan tentang atanomi, biologi dan pelbagai bidang-bidang yang berkaitan dengan perubatan, membentuk perubatan moden hari ini.
Kalau ada yang cuba memisahkan perubatan moden dan silam dengan teori konspirasi dan sebagainya, ketahuilah bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang sifat ilmu itu sendiri.
Sesungguhnya, perubatan moden adalah evolusi dari perubatan tradisional dan ilmu nenek moyang kita sejak ribuan zaman.
Proses mencari rawatan terbaik, ubat-ubatan, dan cara untuk meningkat populasi manusialah yang mewujudkan perubatan moden hari ini. Ia adalah daripada proses perkembangan perubatan Yunani, India, Melayu, Arab, China dan pelbagai bangsa dan peradaban.
Sebagai contoh, proses pembedahan yang diamalkan oleh perubatan Moden juga dapat dijejak seawal di Mesopotamia dan Tamadun Maya lagi, dengan seorang tokoh dari India yang berasal dari 600 SM bernama Sushruta yang dianggap sebagai “bapa pembedahan dunia”.
Namun, sudah tentu perubatan moden dianggap sebagai sebuah bentuk pembedahan yang telah mengalami mprovasi tersendiri sesuai dengan revolusi dunia perubatan itu sendiri.
Contoh lain, hari ini perubatan untuk para penghidap “disorder” dan juga sakit “mental” pun sudah berubah. Pada zaman Uthmaniyah, rawatannya berbentuk seperti dari sudut penggunaan muzik, bunyi alam untuk menenangkan minda.
Pernah suatu masa ketika manusia tidak memahami punca penyakit ini, manusia dirawat dengan cara menyedihkan seperti dicucuk dengan eletrik, dan segala cara yang sudah ditinggalkan dunia.
Adapun cara pengunaan muzik dan bunyi alam masih digunakan, namun bertambah dengan pengambilan ubat-ubatan dan terapi, sesuai dengan penemuan moden dengan teknologi terkini.
Analogi lain, hari ini kita memiliki telefon bimbit pintar yang membolehkan kita menggunakan pelbagai aplikasi dan pelbagai fungsi.
Tetapi kita semua tahu Samsung Galaxy S8 atau iPhone 8 yang kita ada hari ini tidak mungkin akan berada di tangan tanpa penciptaan hatta telefon nokia yang baling ke anjing boleh lari itu sehingga pelbagai jenis model telefon bimbit?
Dan tentu, proses evolusi itu bermula ketika Alexander Graham Bell mencipta telefon lagi seperti mana perubatan zaman moden yang berdiri di atas evolusi dari manusia menemui cara untuk merawat sakit pada seawal zaman Adam lagi.
Hari ini kita semua lebih selesa memakai telefon bimbit pintar terbaru kerana lebih memudahkan kerja kita. Perkara yang tidak mampu dilakukan oleh telefon bimbit pada 10 tahun yang lalu, kini adalah perkara biasa.
Sama juga dalam isu perubatan. Perubatan moden yang sendiri adalah evolusi dari zaman silam, dah tentu adalah evolusi perubatan dari zaman Rasululah S.A.W sendiri lalu dengan kombinasi pelbagai penemuan peradaban-peradaban lain di dunia menjadi satu, adalah tetap mencapai sunnah.
Cuma kerana Rasulullah S.A.W hidup di zaman abad ke-7, maka rekod-rekod sejarah tentunya membahaskan tentang perubatan ketika era itu, dan perubatan yang dikenali oleh masyarakat Arab yang hidup di padang pasir dan gurun arabia.
Bukan bermaksud apabila kita membaca catatan tersebut, bermaksud kita harus mengguna pakai apa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W tanpa mengambil kira faktor geografi, faktor tahap perubatan ketika itu dan mengabaikan penemuan terkini zaman moden.
Nak tahu apa pencapaian zaman moden? Lihatlah ledakan populasi yang berlaku ketika selepas perang dunia ke-2 yang melanda kita. Ya, perkembangan perubatan di seluruh dunia ialah salah satu daripadanya.
24.8 peratus kematian ketika kelahiran pada tahun 1990 menjadi 1.7 peratus pada 2012 dan 0.42 peratus pada 2016 di Malaysia adalah salah satu bentuk perubahan mendadak. Sesuatu seperti ini, adalah tidak wujud pada masa dahulu.
Dahulu, pernah berlaku sebuah wabak yang sangat membinasakan. Diyakini sehingga 70 peratus populasi manusia terbunuh di Eropah dibawa oleh tikus. Ya, wabak penyakit selain peperangan adalah salah satu pembunuh utama masyarakat dunia.
Hari ini, wabak itu sudahpun tidak wujud, adapun kalau ia wujud, manusia sudah belajar banyak perkara untuk menghadapinya dengan lebih bersedia sesuai dengan “try and error” yang berlaku dalam sejarah.
Sebab itu salah satu pencapaian hebat sebuah peradaban silam ialah populasi manusia berjaya mencapai 1 juta populasi dalam sebuah kota atau bandar.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya adalah salah satu daripadanya ialah ilmu perubatan yang sangat menakjubkan yang dimiliki oleh peradaban itu. Dalam waktu silam, hanya beberapa buah kota di dunia yang mencapainya. Baghdad di Tamadun Islam Abbasiyah serta Angkor Thom di Kemboja.
Hari ini, seluruh peradaban dunia mampu mencapai keajaiban yang hanya mampu diangankan oleh para pemimpin zaman-zaman silam, purba, pertengahan dan klasikal dahulu sedang menyapa seluruh dunia. Kerana apa?
Kerana perubatan kita sedang berada tahap tertinggi dalam sejarah, sekaligus ledakan populasi manusia diserata dunia sedang berlaku sehingga masalah yang bakal membayangi kita di masa hadapan adalah tentang “over-population.”
Hentikanlah ajaran sesat “kembali ke zaman nabi dan nenek moyang” sedangkan perubatan dan ilmu pada masa itupun sudah berkembang membentuk perubatan moden hari ini yang kita kenali.
Serius aku tak faham… kenapa ada manusia yang berkeras nak tinggalkan perubatan moden untuk hidup di abad silam yang terbukti lebih banyak membunuh manusia dari zaman moden.

-Tamat-

Silakan retweet dan like

#Nabi #Islam #Malaysia #Perubatan #Sejarah #Moden #Agama #Isusemasa
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!