Lagi pun, setiap anak ada kelebihannya. Kadang-kadang tu bukannya lembab, cuma slow sikit.
-Belum lagi… baru sikit-sikit, baru nak kenal-kenal huruf
-Laaa ye ke? Bella dah pandai membaca dah, cakap English berabok macam lahir kat Amarika
-Ohhh... baguslah
-Tapi anak you sebaya dengan anak I kan? Kenapa lambat pikap?
Hmmm...
Awak nak tak kalau dah mengandung 9 bulan 10 hari, lepas tu Bella dan Rayyan awak tu dibandingkan dengan anak orang lain?
Kalau nak tanya, titipkan doa sekali: Lama-lama nanti bolehlah tu, lama-lama nanti pandailah tu, InsyaAllah.
Dan paling penting, jangan nak bandingkan anak orang dengan Bella dan Rayyan awak.