, 31 tweets, 6 min read Read on Twitter
Malam ni leader saya ziarah saya & anak di hospital pantai penang. Sembang panjang. Antara yg menarik adalah bercerita tentang medical card banyak sgt salah faham & isu.

Saya nak kongsi sikit process flow macam mana nk guna medical card di hospital swasta.

ini adalah bebenang
tentang medical card ni ramai sangat orang salah faham tentang process flow bagaimana nak guna medical card bila kita memerlukan di hospital swasta. seperti yang saya kongsi sebelum ni, nak guna medical card mestilah kena tahan/admit sahaja. tak admit tak boleh guna
bila berlaku musibah (kemalangan, demam, sakit dll) perkara pertama yang saya selalu pesan kat client-client saya adalah perlu hubungi saya secepat mungkin.
apa - apa jadi, tolong call saya, inform kat saya.

sebagai consultant, saya akan buat kerja saya
setiap admission di hospital swasta tertakluk kepada Guarentee Letter (GL). Setiap GL perlu dikeluarkan terlebih dahulu dan baru la anda akan dirawat. Ni pun bergantung kepada kes, contohnya kalau kes kecemasan, selalunya dept. emergency yg akan initiate GL
perkara pertama yang kami para agent / consultan buat adalah rujuk kepada syarikat pengendali takaful (zurich takaful) dan juga pihak ketiga pengeluar Guarantee Letter, Mediexpress utk cek status polisi client.

masa ni sangat penting, kalau caruman client cantik. alhamdulillah
tapi, kalau caruman client tak cantik & tertunggak (atau pun lapsed), masa ni kami tak boleh nak bantu.

tugas agent adalah design protection utk client, tapi client pun ada tanggungjawab utk bayaran caruman bulanan utk dpt protection
dalam masa yg sama agent akan follow up payment yg client tak bayar.

sebab?

nak pastikan sijil takaful sentiasa berkuat-kuasa (enforced). kalau tidak, bila memerlukan time tu la tak boleh guna. so penting untuk hampa bila ada ambik insurans/takaful jangan sesekali biar lapsed
kemudian, bila status dah ok, next step adalah pastikan butiran client cukup lengkap. kami, agent akan communicate dengan pihak hospital tentang status client, sakit apa dan segala maklumat tentang admission.

selalunya follow up dgn hospital ni buat by phone je. mudah
ada sesetengah hospital akan uruskan semua, daripada urusan GL dan lain-lain lagi sehinggalah client masuk ke wad. tapi sebagai agent, saya sentiasa follow up status pre-GL tu dah release/approve ke tak.
sekarang ni kan semuanya system, in order to get GL approved & released, pihak hospital dan doktor yg akan/bakal merawat kita tu kena request GL ke syarikat pengendali GL & isi butiran tentang status client.

sakit apa, jenis rawatan dll. stage ni sangat penting. sgt penting!
ada few cases yg doktor tak nyatakan secara jelas ketika request GL. apa yg jadi, GL ditolak (declined) & client tak dapat nk teruskan rawatan. kesannya, mungkin boleh jadi client kena bayar sendiri bil hospital tu.

ni berlaku case by case, tapi kalau kes kecemasan insyaallah ok
masa stage doktor request GL tu, kita sbg pesakit jangan la dok ringan mulut bercerita lebih-lebih tentang perkara yg tak perlu. silap cakap, doktor record dlm statement dia dan mungkin tak cover. cakap bila perlu je. dah banyak kes jadi silap client pi cerita macam2 hat pelik2
masa doktor request GL tu ada pelbagai requirements dan soalan. semuanya bergantung kepada kes by kes.selalunya jadi "slow sikit" bila kita first time dan tak ada record dgn hospital tu.

kalau kes mcm demam tu ok straight forward tapi kalau kes related to sakit kritikal... pjg
Ada sesetengah hospital doktor kat bahagian emergency pun dah boleh request GL tanpa perlu rujuk pakar. so proses nak admit lagi cepat.

sebelum tu, client kena register kat kaunter. dan kena bayar deposit terlebih dahulu
bab deposit ni bergantung kepada syarat-syarat hospital swasta tu sendiri. standard dia RM300 dan untuk plan Medical Card Zurich Takaful kami refund balik duit deposit tu 100%. jangan risau 😄
berbalik kepada pre-GL, utk kes simple tu sementara tunggu GL keluar depa dah tolak client masuk wad dan buat rawatan asas. bila pre-GL dah keluar kena la ucap alhamdulillah. syukur. so boleh berehat dengan aman
so untuk admit tu hospital akan follow plan medical kad kita. jenis bilik, apa rawatan yg cover, ada manfaat terhad dan lain-lain lagi. phewww

masa ni la plan takaful tu memainkan peranan atau tak. tapi selalunya standard je
So as per explanation kat atas tu, saya ringkaskan dalam bentuk process flowchart. proses ni adalah proses yang saya guna pakai untuk khidmat / servis kepada client-client saya.
selalunya yang jadi kontroversi tentang medical card, takaful dan insurans ni adalah tentang GL tak approve, bil tak bayar dll. saya rasa perkongsian saya tentang pre-admission ni dapat bantu sedikit sebanyak bagi sikit pencerahan tentang proses nak admit
sebab tu penting ambik takaful/insurans dgn agent. agent akan bantu untuk buat semua proses ni agar tak ada masalah untuk client admit wad. tujuan saya sbg agent buat mcm ni adalah untuk mempercepatkan dpt GL.

dah dapat GL tu, alhamdulillah
so, proses nak admit dah siap saya kongsikan. lets move to proses nak discharge keluar pulak ye.

sebagai pesakit/client kita tak tau total cost rawatan kita sehinggalah dah sihat & dibenarkan keluar. proses ni kita panggil discharge
proses discharge ni ambik masa sikit. ya lah, bahagian wad akan buat report, kemudian doktor akan request Final Guarantee Letter "Final GL" dan attach segala report & expenses (bil)

kita bukan boleh keluar sesuka hati je. bila bil dah settle baru boleh keluar
setiap laporan doktor akan dinilai oleh syarikat pengendali GL (mediexpress) dan final GL akan release bila semua dokumen lengkap. ada sesetengah pihak kata berlaku kelewatan utk discharge disebabkan pihak insurans/takaful.

sebagai client hampa kena bijak
masa ni la contact agen hampa ataupn contact je pengendali GL (mediexpress) utk check status final GL. takdak masalah pun, call depa tanya apa cerita. masa tu pihak mediexpress akan cerita perkara sebenar.

kalau tau doktor tak request final GL lagi, boleh la push pihak berkenaan
kalau pending pihak mediexpress pulak, tanya kat depa apa benda yang hang boleh bantu utk mempercepatkan proses final GL tu. selalunya ni kerja agent la. tapi kalau dah lama sangat, kita pun boleh tanya depa macam ni. mudah
ada kes, doktor kata boleh discharge tengah hari tapi bil / final GL keluar tengah malam. bila berlaku kelewatan macam ni mungkin ada few factor :

1) doktor sibuk
2) urusan dokumentasi
3) dll, hampa namakan

kebanyakkan client saya diminta utk sabar & tunggu je.
Berdasarkan perkongsian ringkas saya tentang bagaimana proses nak admit guna medical card ni agak2 hampa susah tak utk kendalikan bersendirian tanpa agent?

haaa, kalau susah baik serahkan kat agent je. mudah

saya based di Zurich Takaful Penang dan boleh servis anda 1Malaysia
servis agen takaful ni tak semestinya nak kena depan-depan, tak perlu pun nak pg melawat ke hospital (yg dpt pi melawat hampa tu dikira tip-top & bonus),

yang paling penting adalah agent dapat tolong utk percepatkan proses admit, dapatkan GL secepat mungkin dan settle final GL
hat tu lagi lah sangat penting daripada perkara-perkara remeh yang orang canangkan kat luar sana tu. kepuasan & khidmat agen tu dinilai berdasarkan cara dia buat kerja. masa tu baru bagi rating.
Nak tahu maklumat lanjut tentang plan medical card Zurich Takaful?

Ikut thread ni!

Hey @threadreaderapp please unroll!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Luthfi Suib
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!