Profile picture
, 45 tweets, 7 min read Read on Twitter
"KAU DIAM ANAK DERHAKA!"

"KALAU KAU EKSIDEN KEJAP LAGI X MASUK SYURGA"

"KAU TU GEMOK, HODOH. TAKDA SAPA NAK KAWIN DGN KAU"

Kata2 mengguris hati yg dilemparkn oleh seorang ibu kpd anaknya hanya krn anaknya terjatuh satu kain ketika menyidai baju.

#Thread Based on true story.
Pagi buta aku dikejutkn dgn noti whatsapp x henti2. Laju berdesup. Annoyed dgn bunyi noti tu, aku gagahkan buka mata dan nmpk nama gadis ni. Lets call her P.
"she did it again. She maki me. She screamed at me. Im now crying alone in my room".

Saya terus risau. Amat risau. Nak tahu kenapa? P ni merupakan seorang penderita Major Depression, anxiety dan Schizofernia. 3 in 1. Pernah ada sejarah cubaan bunuh diri 3x.
P ni comel je budaknya. Usia 20 tahun ke atas. Budak pandai. Tp knp skrg dia menderita 3 sakit tu? - toxic parenting, narcissist parent. 2 kombinasi yg sangat bahaya utk mental anak.

Ibu bapa baru bercerai. Tp itu bukan punca. Itu tambahan perisa knp makin teruk sakit P ni.
Dari kecik, P dihidangkan dgn makian oleh maknya. Maknya suka body-shame P. Katanya, keturunan mrk mana ada yg gemuk pendek. Semua cantik2. But not P.

Jujurnya dlm mata saya, P ok je. Cuma sedikit over-weight.

Saya start rapat dgn P sbb nk tlg dia lose weight. Itu mulanya..
Drp share tips, dia mula buka isi hatinya n cerita pada saya betapa ibunya suka sgt menghina fizikal badannya.

Yg dia geramkan, dah kutuk2 badan dia gemuk, hina, xde org nak, seketika kemudian maknya beli makanan berlemak, cheese, etc dan paksa dia makan.
Kalau dia x ikut arahan, maknya mula melenting lalu dipanggilnya P anak derhaka.

Kalau kalian dlm tmpt P, apa kalian rasa?
P kata, setiap kali dia x sengaja buat salah (di mata ibunya), "ANAK DERHAKA" tu x pernah lekang. Bagai zikir. Semudah tu maknya hamburkan kata2 tu.

Maknya ni suka guna kuasa veto "syurga di kaki ibu" dan paksa P buat segala perkara yg P x nak tp terpaksa turutkn.
Ayah P mana? Ayah P ada tp dgn keluarga baru. P saja yg tinggal dgn ibunya. Ibunya x ada org lain. P anak sulung. Jadi P lah org yg ibunya harap utk jadi "penjaga"nya.

Ayah P tahu ibu P ni begini. Mmg dia defend P kalau P dimaki dpn dia. Tp ini ayahnya x tinggal sama.
Jadinya, makin galak ibunya ni memberi maki berbakul2.

Tp, ibunya ni pelik sikit. Lps maki tengking berbakul2, lps anaknya sedih tahap dewa, biarkn beberapa jam, tiber..sekelip mata dia berubah personaliti, tiba2 jadi ibu yg penyayang. Ckp lemah lembut. Peluk cium.

P pening.
Yg paling best, dia paksa P melutut minta maaf pada dia, dan mengaku salah (walau P xde salah apa pun sebenarnya).
Ibu P ni dia boleh melenting secara mengejut bila2 masa je mood dia x elok. Terjatuhkan baju sehelai masa sidai pun dia boleh tengking daripada dalam rumah. Dgr lah suaranya menengking di kejiranan.

Malu kan? Malu.

Maka, terguris lah hati P mndengar cacian ibunya.
P telah ditekan sebegitu sejak kecik. Kalau dia cuba defend diri dia, ibunya terus jatuh hukum "ANAK DERHAKA".

"KAU DIAM, KAU MELAWAN"

Walaupun P sbnrnye cuma try explain situasi.

Rasional tak ada dlm kamus.

P kata, "she's always right, org lain semua salah"
Kalau P achieve something, ibunya compare. Tak bangga dgn achievement nya.

Kalau P kawan dgn org yg chubby sikit, berjerawat or kulit gelap maknya akan marah dia. Suruh tukar kawan. Sbb maknya rasa, kawan fizikal begini ni hodoh.

Sbb tu anaknya jadi gemok skali.
Dia salahkan sekeliling tp x nmpk cara dia bagi anaknya makan.

Kadang dia layan baik kalau P hilang few kgs, tp P ada anxiety so dia slalu binge eating bila stress (punca stress: maknya lah). Kalau naik sikit beratnya maknya terus tengking kata dia hodoh.
Maknya ni sentiasa nampak dirinya sempurna. Itu kata P.

Contoh, dia kata P gemuk hodoh, tak cantik mcm dia. Sbb tu P xde org nak. But, kata P... Maknya tu pun gemuk, kulit gelap. So...?
Maknya ni ada habit judge org. Yg slalu jd mangsa ialah ahli keluarga dan kwn2 P.

Saya antara kwn yg maknya judge. Haha.

Katanya saya ni kasar, xde orang nak. (padahal i keep my relationship private). Then, skrg sy da nak kawin, dia judge lagi "kawin lambat" 😂
Sejujurnya saya seorang yg sihat minda jadi saya x terasa. Kawin lambat tu pilihan saya sbb saya mengejar cita2. Saya plan nak ada Phd baru kawin tp lps master jodoh sampai pula. Jadi, syukur. Umur 28 bagi tahun 2019 bukanlah usia yg lambat pun. (okey lets continue)
Tapi, P x suka maknya judge kwn2 dia. Sentiasa ada ketidaksempurnaan kat mata maknya tu. Yg sempurna cuma dia. Itu kata P.

Ya tuan puan, ini la yg kita panggil Narcissist parent.
Narcissist parent ni, tak nampak flaw pada dirinya sendiri. Dia x pernah buat salah, dan x akan mengaku salahnya. X akan minta maaf.

Bila dia buat anaknya menjauh dgn kata2 dia, dia akan bagi anaknya sesuatu berupa "gift""duit""food" utk ikat anaknya.
Paling dia suka buat, bagi anaknya segala bentuk materialistik sampai anaknya terhutang budi.

Kemudian anaknya secara mental dilayan bagai sampah. Fungsi anaknya tu utk buat dia rasa dipuja.
Anaknya pula bila dah termakan budi dgn segala material kemewahan yg diberi, skali dgn pakej low self confidence sbb mentalnya didera, xkan dpt tinggalkn toxic relationship dgn narcissist parent ni.
Secara x lansung, narcissist parent ni brjaya buat anaknya dependent.

Dlm kes P ni, P takut nk jauhkn diri sbb mantera "anak derhaka" ibunya tu, n dia dipenuhi rasa bersalah sbb ibunya yg bagi segala kemewahan pada dia.
Bagi P, dia mmg x berani nak stay away n be independent.

Dia rasa dia x mampu. Dia x yakin.

Imagine self confidence tu dipijak2 oleh ibunya dari kecik.

Yes. Akar P rapuh.
"ANAK DERHAKA" is truly a strong word. Sbg ibu bapa, patut jangan main2 dgn kata2 ni. Tabu nya ibarat isteri cakap "ceraikan saya", atau lelaki cakap "saya ceraikan awak".

Ya, hubungan tu x putus. Tapi sekali kau ckp anak tu derhaka, kau fikir akibatnya pada anak tu.
Perasaan seorang anak yg cuma nak disayangi. Tp, yg dia dpt selalunya makian. Hinaan. Kemudian "anak derhaka".

Parent x pernah minta maaf bila buat salah.

Parent malukan anaknya.

Parent x hargai anaknya tp ungkit segala apa yg diberi.

This is toxic parenting.
Akibatnya, menderita la P dgn 3 in 1 mental issue, iaitu Major depression, skizo, n anxiety. Disahkan doctor lps room mate P sempat tarik P drp terjun atas building asrama.

Kata P, dia x sedar apa. Dia cuma dgr suara suruh dia mati.
Saya pernah tanya suara tu ckp apa. Suara tu ckp "Pergi matilah. Hodoh. Bodoh. Gemuk."
Senang cerita, segala makian yg dia dpt drp mak dia.
Suara tu pun kedengaran mcm suara mak dia. Tp bukan 100%. Ada iras katanya.
Bila skizo ni serang, mmg dia da tak akan dgr benda lain. Suara tu dlm kepala. Non stop. Makian tu banyak. Suara tu banyak.

Maksudnya klu sorg maki, darabkam dgn 1000 org maki at the same time. Setiap makian berbeza.
P ni drp pandai, skrg struggle dgn degree nya sbb pernah fail subject sbb Major depression.

Tapi bagi saya, she is a true fighter.
Jadi, bila P mesej saya bertalu2 dan bagitau dia di rumah maknya smpena cuti sem, saya tak tenang.

Saya risau.

Sbb, most of the time skizo nya akan menyerang bila dia dekat dgn maknya.
Baru tadi P kata, maknya ckp kalau tak balik, eksiden, mmg P x masuk syurga.

Oh wow. She even playing God.

Saya yg nasihatkn P utk stay rumah ayahnya sekejap supaya dia boleh tenangkan diri. Jadi P ikut nasihat saya.
Saya tak mahu P diserang skizo n buat apa2 yg bahayakan dirinya. Jadi P pun tinggalkn ibunya sekejap utk tenangkn diri. 1 malam cukuplah. Itu saya ckp dgn P.

Ibunya marah. Mengugut
"kalau syg mak kau balik skrg"
"kalau kau eksiden jpgi x msuk syurga"

Mak . Apa. Ckp. Mcm. Ni?
Saya sedih utk P.

Ya. Pada saat begini jujur saya syukur ibu bapa saya sihat didikannya.

Tp, saya cuba faham situasi P. Jadi saya sentiasa cuba bantu dia. Apa pun jadi.
Sbg kwn, saya sentiasa alert kalau dia contact saya tiba2. Saya tahu dia perlukan seseorang utk rasionalkan dia.

Saya sentiasa ada utk dia. (jika dia baca ni). 😊

Kalau dia x contact tu saya tau lah dia tgh happy di kampus bila jauh drp ibunya.
Last but not least, thread saya ni nak bagi kesedaran tentang narcissist parent dan toxic parenting.

Memang wujud. Terutamanya di asia.
Jangan confuse toxic parenting dgn tough love.

Tough love membentuk anak tu jadi insan yg sihat dan boleh berdirkari.

Toxic parenting akhirnya menjadikan anak tu menderita sakit mental.
Fun fact: narcissist ni tak akan nampak dia narcissist. The only way nak bagi dia sedar yg dia narcissist is kalau dia NAK lihat, buka mata yg dia narcissist. Selagi dia tak akui benda tu, dia tak akan nampak yg dia ada penyakit tu, dan yg dia nampak hanyalah "aku sempurna".
Byk lagi sbrnya makian cacian ibu P. Yg sy ceritakan ni sekadar episode.

Bukan nk memburukkn sesiapa. So, saya minta jangan maki ibu P. Lagipun P boleh baca ni. Minta hormat.

Kat sini saya cuma nk share sedikit rupa kehidupan anak bawah narcissist parent dan toxic parenting.
Sedarlah, walau kita ibu bapa, anak tu bukan milik kita. Allah pinjamkan. Jadi jangan buat anak tu mcm hak milik kita. Layan anak tu sebagaimana kita layan pinjaman hak mutlak Allah yg lain. Iaitu hormati dan sayangi mereka.

Parent pun buat salah. Jgn salah guna kuasa veto.
And yeah lupa nk ckp mak P or any ahli keluarganya x tau P suffer this. Reason?

Toxic family.

P tau nobody in her family will understnd. They will just tell her to "get over it".

That's wht she did, but she ended up suffering mental issue now.
Doakan P cepat sembuh. Dia dh makin kuat. Cuma, sebagai kawan saya sntiasa kne bagi sokongan.

Kalau kalian ada kwn yg menderita begini, jgn abaikan mrk. Sokongan kita ni sgt membantu.

Jgn pndng rendah masalah mereka.
Agak sedih tadi P ckp:
"mental health issue kt Malaysia ni masih x diterima masyarakat Malaysia. If P bgtau sesiapa pun, they will just say im overthinking".

I immediately say NO.

Sapa yg baca ni, prove to her yg kalian x pandang remeh isu mental health. Give her some support.
Send her some love!
Sorry if sy terlepas pndg komen murni smua org, but im sure P baca.

P are overwhelmed with everyone's support. Know that she reads all ur gifs and comments. So she says this to everyone.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to HASXYZ
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!