, 22 tweets, 4 min read Read on Twitter
KITA RASA PANDAI.

(Thread) Tempoh hari aku berjumpa dengan seorang sahabat yang lebih senior, cadangnya nak minum-minum sebab lama dah tak jumpa. Kali terakhir bersua muka sekitar 2 tahun lepas.

Rupanya Tuhan nak beri aku pengajaran yang berbekas dalam jiwa.
"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Kena repair sampai turun enjin," beliau memulakan perbualan.

"Allah, teruknya. Kereta yang mana bang, macam mana boleh rosak tu?" aku bertanya.

Sambil memandang pesanan air tiba, yang sedang dihidangkan oleh pelayan.
"Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."

Aku meneguk Teh O suam, nipis dan kurang manis siap sedia mendengar sambil memasang telinga.

"Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya, bukan saya nak menunjuk-nunjuk." beliau memulakan cerita.
“Saya jelas bang, jangan risau” aku menyakinkan beliau.

"Saya sebenarnya dah lama menyumbang bantuan duit untuk sebuah masjid. Saya bayarkan bil elektrik dan beberapa bil atau keperluan yang lain untuk masjid itu dari ratusan ringgit sebulan hinggalah ribuan ringgit.“
“Setiap bulan saya tak pernah tinggal, bertahun-tahun, tapi itulah, kita rasa kita ini pandai."

"Bulan lepas saya beritahu pada setiausaha masjid yang saya nak berhenti menyumbang. Saya nak rehat sekejap. Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit.
“Setiausaha masjid pun kata tak mengapa, dia akan bayar bil elektrik dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain."

"Selang beberapa hari, Range Rover saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasa mungkin masalah enjin.”
“Bila bawa ke workshop, foreman kata kalau nak betulkan kos anggaran dalam RM10,000. Saya kata ok lagi seminggu dua saya hantar."

"Satu hari tu, saya tengah on the way dari PD nak ke Setapak tiba-tiba saya perasan temperature enjin naik, tak lama kemudian keluar asap.”
Sambungnya lagi “Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel."

"Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM19,000 siap overhauled.”
Kos ni sebenarnya biasa, lebih lagi enjin yang bernadikan supercharged atau turbo tapi bila bisnes slow, ekonomi pun tak cantik, RM1000 rasa besar bussku.

"Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan masjid tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya."
"Kononnya saya kira-kira nak jimat 6 bulan punya bil, sekali Tuhan berkira dari saya lagi banyak dari itu."
"Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang izin. Kita ingat kita pandai konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."

Beliau berhenti seketika untuk menghirup Nescafe Tarik, kemudian menyambung.
"Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM19,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Lagi la teruk."

"Tuhan cuma ingin menyedarkan." sambung beliau.
"Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ni? Kalau kita dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan."

"Setakat mana yang kita mampu bagi, buat. Sikit pun tak apa yang penting jangan berhenti.
"Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri kita kemampuan. Kita mungkin ada pengiraan matematik tapi hakikatnya rezeki, jodoh dan ajal ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan bila-bila masa Dia boleh ambil."
Terus aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Aku sendiri kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat sampai satu masa kita akan rasa letih. Kita rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.
Bila dengar cerita beliau ni, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalasan lagi-lagi bab solat ni.

Kita ingat kita dah cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan.
“Ya Allah kurniakanlah aku rezeki yang tidak pernah putus”. Menangis-nangis minta tapi sekali dapat terus lupa Tuhan. Bila Tuhan dah bagi senang sikit, mulalah nak rehat.

Nantilah, esoklah, tunggu dululah.
Kita lupa, yang izinkan kita untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kita untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kita buat je kerja kita. Tuhan akan uruskan yang lain-lain.

Kita rasa tak cukup, nanti Dia akan tambah. Kita ni kekadang suka sibuk kerja Tuhan.
Duit dan rezeki kita yang hakiki Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kita tak perlu risau. Sekarang ni bila Tuhan bagi kita lebihan duit, hanya untuk kita sedekah dan dapat pahala percuma.
Tapi kalau macam tu pun kita rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kita rasa kita yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.
Sama-samalah kita beringat. Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."

(Surah Ibrahim : 7)
Semoga bermanfaat, in shaa Allah.

Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : t.me/TipsPremierMiz…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Mizan Dzai
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!