Profile picture
, 74 tweets, 18 min read Read on Twitter
Thread ini mengisahkan roomate, classmate dan juga collegemate.. Berlakunya Huru Hara paling terbesar di Asrama KPMBM.. iaitu seorang sahabat perempuan saya yang mengalami tekanan dalam hidup selepas Fizikal & Mentalnya diuji. “GHOST EYES”

Ini adalah THREADS 👳🏼‍♀️🧕🏼
AWAS!!!! Threads ini brkemungkinan akan di spam dgn gambar2 yg agak mengerikan based on story.... so kalau nak rasa feel dia.. baca semula waktu tengah malam....

Bagi yg lemah semangat & xbrkeyakinan untuk mmbaca thread ini bole tutup gmbr2 yg dipost 🙏 goodluck with ur soul👹
Okey di daftarkan ke kolej profesional mara bandar melaka pd tahun 2012.. Cuma berksempatan menghabiskan satu sem shj di kolej tu kerana sebab2 yg tertentu. Mula kelas sesi pengenalan dgn rakan sebilik dan juga rakan sekelas. Hostel yg kami menetap berada 2km xsilap dari tempat
Kami belajar ni.. first masuk bilik aku ni. Aku dah jumpa 3 orang budak nerd iaitu tokek(akan dceritakan di vol.2) ustaz faiz(nerd rasa nak buli je) dan juga khairul(kuat tidur) nganga je dlm kelas. Apa nak jdi pun aku xtahu haha. Sampai lah aku letak barang2 aku ditingkat atas
Dan terjumpa orang2 yang masuk air.. iaitu wan, mus, paan dengan azi.. apabila letak je bag. Arwah ayah aku pun borak2 dgn bapak si ustaz faiz tu rasanya. Sebab aku cari bapak aku nak salam. Kemain rancak dua orang ni berborak sambil keliling bilik pandang sana sini. Haa terus
Dua guru ni cakap benda yg sama. Arwah ayah aku pesan kat aku. “Rajin2 mengaji dlm rumah ni.. dia bacakan apatah suruh aku angkat doa kemudian dia tepuk kat dada aku. Sampai naik bulu roma aku tiba2.. ayah si faiz ni pula pun sama pegang pipi anak dia kmudian tepuk dua2 bahu jgk.
Dah macam nak hantar anak g bersilat aku tengok masing2 🤣.. okey ini lah asrama kami iaitu Taman kesidang pemilikan daripada KPMBM.. nampak tenangkan guys. Haa kau sabar jap tenang dia macam mana. Bilik aku no dua tu ha. Depan tiang bendera tu. Ha ini lah suasana tenang dia 😂👍
Nak keluar pagar kena letak kad matrix.. nak masuk kena amik kad matrix. Lepastu kepala kena botak. Mpp pulak buat toya macam kepala gangster. Ahh ini semua aku kena cerita sebab aku geram sebab tu sampai tak pernah lupa. Hahaha okey ini lah suasana depan dia.
Selepas family masing2 balik. Kami pun masuk lah kebilik masing2 sesi kenal ngan adik beradik dlm bilik. Gelak ketawa apa semua. Tapi si tokek ni sorang je diam xbrsuara. Faiz pulak tanya aku. Liang roma kau naik tak. Aku pun ckpla. Dari awal lagi. Kami pun trgelak.
Pejam celik pejam celik kami dah pun belajar di kolej tu selama satu bulan.. kami kenal satu kelas pun dah macam satu family. Rapat habis dan lagi satu diorang apa2 suka serahkan kerja kat aku. Seolah2 aku ni ketua kumpulan. Diorang ingat aku ni bijak sangat ke. Nak djadikan
Aku dengan yg dalam gambar tadi tu yg montel tu nma nya wan. Dia lak saksi segalanya yg selalu berkepit dgn aku. Balik KL naik bas sama2.. balik melaka sama2. Semua sesama. Satu haritu kami dah habis kelas. Kelas kami tingkat 8 kot entah tak silap. Tak ingat dah. Kami nak turun
Ke bawah lah naik lift. Tapi geng senior kemain penuh la pulak. Tunggu lama betul satu2 group nak turun. Bas tunggu kat bawah. Takut tertinggal bas. Hostel dah la kemain bapak jauh kalau nak berjalan. Bole turunlah 2 kilo berat kalau berjalan. Kami pun ikut tangga. Kemudian
Ada dua senior atas setingkat dari sem kami tanya kami “woi junior! Bangunan ni kau kena tahu. Jgn pergi ke tingkat 6 tak silap aku lah.. floor tu dikosongkan” part ni aku xingat. Aku harap bdk kpm yg bce ni boleh betulkan. Sbb dah brtahun tinggal dah.

Kami pun tanya.....
Kenapa bang? Berhantu ke? Wan terus tendang aku dari belakang. Nasib baik tak jatuh tangga. “Kau ni lid kau jaga sikit mulut kau tu, kita kat tangga ni gila!! Dh la berempat je.. dah la kte nak lalu japgi ni” aku pun sory lah wan.. bnda terlepaslah! Mna aku tahu. 🤦🏻‍♂️ Dua org snior
Ni pun jawab.. betul lah apa si badboy ni cakap. Senior pggil aku badboy sebab keras kepala xdgr cakap. Hahaha 🤣 memang keras floor tu. Hati2 sikit! Ramai student dah trkena. Kmudian lalu dkt tingkat tu. Dua snior aku ni pon ajak kami naik lift dari tingkt tu. Aku on!!! Nak tahu
Punya pasal apa ada kat tingkat tu.. mak aih!! Golap gelita tempat ni. Banyak kerusi meja rosak brsepah kat tgh jalan ni ngan dpn lift. Si wan ni dah pucat dah muka dia 🤦🏻‍♂️ tak tahu la dia nampak ke cuak or apa masuk floor tu. Tunggu punya tunggu, tinggg!!! Lift trbukak!!
Satu lift senior aku termasuk mpp terperanjat tgk kami dgn masing2 kepala botaknya 🤣 terus kena sound. “Korang berempat buat apa kat floor ni!! Kau tahu tak!!! Haihhh masuk cepat. Bahaya kau tahu” dan bebel2 macam mak nenek menyampah aku. Dhla lelaki lepastu kuat bebel. Elok la
Tu esok lusa jadi nyanyuk asik nak berleter je kerja. 🤣 Kami pun nakal jugak keras kepala. Bagus jugak kena marah apa semua. Dahla junior lepastu kau nak buat macam kepala tahu lak kat tempat baru. Diorang lebih makan garam lagi dari kami kat tempat tu. Sampai lah ke tempat bas
Menunggu bas angkut kami balik ke kesidang iaitu asrama kami. Bas 4 kali trip jugaklah. Jenuh nak menunggu. Badan dah berpeluh. Confirm dalam bas bau sate kerbau jawabnya. Mpp kat belakang tu bincang apa benda tah lepastu jeling2 kami. Dalam hati aku cakap “haa malam ni nak
Buat rollcall lah tu pasal kami turun masuk floor gelap tu” tengok2 betul malam tu semua kena berhimpun duduk dekat court tengah tu mcm dalam gambar. Dari awal sem sampai hujung sem. Tak lain tak bukan, nama aku je asik kena petik!. Sampai satu kolej kenal sbb kena petik je nama.
Mpp nya style faham2lah.. “kalid!! Mna bdk ni!! Kau bgn sekarang!! Mna lagi tiga org yg turun ikut floor yg dilarang tu!!” Diorang pun bgn. Ustaz(warden) pun tinggi suara. “Kamu tahu tempat tu kenapa dilarang!! Sbb tempat tu ada kes pernah jadi! Kenapa kamu degil masuk jgk!!”
Aku pun panas lah “takde ustaz kami tak tahu pun.. msa briefing tak ada pun ckp psl floor2 ni dilarang. Ckp bebaik boleh kan tak payah tengking” aku trlepas mulut sbb dah lama aku perati je perangai warden ni jenis xjaga hati orang. Ada jugak terbang kopiah dia nanti. 🤣
Bila kami dah tahu apa semua.. semua bersurai balik ke bilik. Okey aku bagi lgi skli gmbr ni. Nampak bmbung bwh tu. Aku duduk kat atas tu nak otp ngan mak aku lah sebab aku cakap last sem je kat sini. Kelam kabut pentadbiran diorang dah macam MTD lak. Semak kepala aku.
Dalam tgh otp dengan mak aku apa semua. Aku terdengar asrama depan aku ada budak perempuan menjerit2.. sampai semua keluar brsorak2.. haa nampak? Dekat kan. Kiri lelaki dan kanan perempuan. Intai bapak selamber je 🤦🏻‍♂️ tapi aku tak lah. Aku setia orangnya masa tu. 🙄🙄🙄 haha
Tengah focus2 duduk atas bumbung tengah malam buta. Dengar dok jerit2 kat rumah gadis2 tu. Lepastu senyap takde suara. Nampak pulak mpp semua berlari pergi ke tempat gadis2. Intai lah jugak. Eh tu dyba! Apahal doh ngn dia! Pengsan macam tu. Masa tu aku xtahu pun tu hysteria.
Niat aku nak lah tolong sikit2 ubat kan dia apa yg aku tahu. Tapi aku macam xapalah, pepandai lah. Mpp ada tu ok la kot. Balik ke bilik aku sesi geng membawang dgn housemate sambil intai2 dekat pintu belah atas tu. Tgk dyba kena papah g kat bilik warden. Dlm hati aku mesti dyba
Kena rasuk ni.. kemudian senior sebelah rumah aku relax je sound kat mpp. “Alaaa tu perkara biasa! Welcome to the hell lah” aku gelak la ngn housemate aku. Apa mksud dia cakap macam tu kan. So kami xambil port sgt. Esok nya aku tanya dyba dekat kelas. Beb! Kau kenapa mlm td?
Dia geleng kepala. Muka dia pucat lesi mcm darah tak ada langsung kat muka. Mandi swimming pool ke minah ni. Aku pun duduk sebelah dia niat nak tahu la sbb nya. Sbb dia dah macam kakak aku. Tua 2 thn dri aku. Aku rapat betul ngn dia dgn dua org akak ni iaitu lina dgn aimi.
Bila dia xjawab soalan aku. Aku buat tak tahu jela. Tiba2 dia tunduk dgn mendengus. Mata dia terpejam kuat tapi tgn dia melukis.. aku tgk lah apa yg dia lukis. Nahhh kauuu!! Dia lukis gmbr benda tu tgh tgk lecturer kat meja depan. Aku try la kjutkan dia “kak!! Akak ok tak ni”
Dia pandang je aku dengan mata hitam dia keatas sampai nak putih semua biji mata dia sampai nak ckp trperanjat aku tu tergolek la dari kerusi. Berderau jantung aku. Cuak doh hahaha 😅 aku risau dia kokaknya aku. Kami pun tgk apa yg dia lukis. Jadi lebih krg mcm ni la hasil
Lukisan dia menyatakan benda tu dekat sebelah lect kami. Tak serius memang nampak macam lawak. Aku jujur aku pun gelak. Tapi bulu roma kami semua naik. Ahh sudah!! Ini bukan cobaan. Ini betul2 punya mambang pandai melukis. Ustaz pun dtg ubatkan dia.. baik balik perangainya.
Masa tu hampir selang dua hari mesti ada je yg hysteria.. berlari sana sini sambil menjerit jangan kacau akuuu!! Apa kau nakk!!! Dia kata sesuatu kejar dia. Masa tu aku mana tahu apa2.. aku ingat dia stress sampai paranoid ke anxiety and what so ever lah. Lama kelamaan bnda ni
Jadi semakin serius.. sampai dkt kelas dtg bau darah dgn tiba2.. setiap dia pejam mata tgn menggigil. Kami dah tahu dia akan melukis. Dia lukis benda ni tengah jenguk dia berapa inci je dengan muka dia. Aku pun cakaplah. Eh dyba! Kau kenapa! Jgn dsebabkn stress kau jd mcm ni!!
Dia terus tinggi suara “KAU TAK HADAP MACAM MANA AKU HADAP!! Korang semua ingat aku main2 ke BODOH!!!” Terus menangis2.. aku pun terkedu lah kena tengking macam tu. Ermmm maaf 😔 kalau lah aku bole tgk apa yg kau tgk kan bagus. Kemudian dia pandang aku. Betul kau nak tgk!!!
Aku cakap ya!! Aku nak!! Kemudian dia pegang dua biji mata aku. Apa dia buat aku tak tahu. Kemudian dia tarik ketepi mata. Dia suruh aku bukak slow2.. kalau tak tak bole hadap. Dia nak tutup balik. Aku pun mula bukak perlahan2.. nahh kabur2 makin lama makin terang. Sbijik macam
Apa yg dia lukis kan tu. Aku terduduk terdiam. Taknak bersuara apa cuma itulah peluang aku nak tengok berekor2 dalam kelas. Kemudian dia tutup balik apa yg dia buat kan tadi. Aku pun trlupa yg ayah aku baru je tutup pglihatan tu semua. Walaupun dh tutup. Kau masih akan samar2
Nampak tapi tak berapa jelas. Dan waktu tu petang.. dia bagi aku lukisan sebijik macam dlm lukisan ni. Kata dia, benda ni dah lama ikut kau dari belakang. Dari first day kau msuk dan kenal aku lagi aku dah perasan dia duduk atas peha kau. Letak kepala kat bahu kau. Tapi mmg srius
Setiap kak dyba pandang aku. Mesti dia cepat2 alihkan pandangan. Dan aku jujur, bahu aku selalu lenguh. Kadang2 tu aku ngadu dkt dia. Dia cuma senyum dan ckp tak cukup rehat. Peha sengal2 pun dia cakap salah tdo. Apa kena mengena! Okey klas pun sudah tamat. Tunggu la lift sama2
Dgn housemate aku. Si dyba ngan lina ni kata tak sdap hati. Aku suruh si dyba duduk belakang. Kami lelaki duduk depan pintu lift. Dia cakap ada org tekan floor gelap tu nak tumpang turun. Kami pun “ahh sh*t!! Jgn buat grau time2 pukul 6 ni 🤦🏻‍♂️” nak djadikan cerita mmg
Betul berhenti dekat floor tu. Bila bukak je pintu lift. Masing2 dah macam nampak lipas terbang nak msuk lift. Kelam kabut semua nak merapat siap peluk tgn. Gigil2 tekan close door. Turun jugak.. aku betul2 depan sekali lak tu. Gila kau tak goyang!! Kot aku kena heret kedalam.
Siapa aku capai aku tarik sekali ngan aku. Lantaklah nak jadi apa pun. Bayangkan kaki kau kena tarik ke kawasan gelap mcm dlm gmbr bdk ni kena tarik msuk bwh katil. Hish meremang aku cerita ni 😰
Malam nya tu kami makan dkt cafe dalam kawasan tu jugak. Dia cakap hari2 benda ni duduk kat katil dia pandang dia. Gelakkan dia. Gigit kaki kawan dia. Tu yg ada lebam kat kaki tu. Dia siap lukis. Masa tu aku ngan housemate aku je tgk dia lukis. Dan ini hasilnya 😰
Bila aku tgk macam ni dia lukis. Meremang kami masa tu. Dia cuma pesan kat kami. Berhati2.. mus bdk bilik aku ni nak sdap kan hati dia. Alaa dyba!! Perasaan kau je smua ni!! Kau buat tak reti je ngan semua ni. G lah berubat apa semua. Jadi masa tu dyba macam terasa terus blah
Balik terus.. “kau lah ni mus!! Lain kali jaga sikit mulut kau tu! Tah mus!! Kau ni! Cuba kau kat tempat dia” aku faham dia nampak apa tapi semua macam tak percaya seolah2 dia macam dibuat2... macam psycho. Tapi betul lah. Kau akan rasa macam tu dan susah nak prcaya selagi kau
Tak kena macam mana dia kena dan macam mana dia mghadap! Dan macam mana perasaan depress nya dia sampai nak bunuh diri. Orang tak akan faham. Sesiapa tak akan faham. Hanya mulut yg ego je kata itu ini. Malam keesokannya.. si paan ni setiap tidur mmg rajin betul bgkus bdn dia
Dah macam pocong.. aku macam biasalah usik2 sebelum tidur. Paan selubung satu bdn dia dgn cadar putih dia tu. Aku pesanlah “paan, kau memainlah sarung2 bungkus mcm tu. Kau japgi yg betul dtg baru tahu” dia gelak jela. Si mus dgn azi cakap kat aku “kau ni penakut sgt lah lid,
Amendalah kau ni. Relax dhla. Xada nya tu semua ilusi je” dalam hati aku. Ya allah aku nak jaga hati kawan2 aku. Bagi diorg faham sikit. Malam tu pukul 3 stengah pagi. Azi melompat kat tepi aku. Dgn paan2 merapat. Aku tanyalah “haha kenapa korang? Nmpk setan ke 🤣”
Si azi dgn paan jawab benda yg sama dgn mimpi yg sama. Dia cakap dekat pintu mengadap luar tu ada benda merangkak nak pergi ke katil dorang. Ada dua. Satu mrangkak satu lagi jenguk kat pintu sebelah katil paan. Hahahaha
Paan cakap muka di tonyok kedalam haha bdn kering macam orang baru gian kena chautud. Hahahah aku gelak lah. Tgh macam tu pun sempat brgurau dorang ni. Kami pun tdo kat lantai tarik tilam tdo merapat. Selama 2 minggu tenang jiwa. Sbb dyba kne balik rumah p berubat.
Bila dah clear je apa semua. Lepak lah kat bumbung sampai 4 pagi sebab esoknya cuti hari sabtu. Tgh melepak apa semua. Samar2 dekat dataran tgh tu berhimpit2 macam konsert aku tgk. Kemain ramai. Pandang rumah blah kiri aku. Ada sorang snior geleng kpala suruh msuk dalam.
Okey skip to bulan ke 3... hampir dikatakan keraplah orang sana sini hysteria. Dah macam jangkitan virus sel untuk abah dia la pulak main pindah randah. Macam biasa kami dah tahu itu siapa yg sudah kena. Jadi kami tak amik port. Layan diri dulu. Malam tu dah tutup lampu.
Aku dari katil tengok dekat tepi locker aku tu macam benda gelap bergerak. Aku ingat kan plastik sampah hitam kena angin kipas ke apa. Bila pakai je spect. Nampak macam kepala anjing hitam tgh jenguk aku. Mau tak trperanjat kot dia keluar gigit kami mcm mana. Jerit la aku!
Paan!! Mus!! Azii!!! Weh korang anjing dalam bilik!! Paan melompat la dari katil bkak lampu. Tak ada apa pun. Kau tu la lid tidur tak basuh kaki. Kan dh mngigau!! Haih dah dah dah g bsuh kaki tdo sbelah aku meh klau penakut sgt. Ekeleh ok xapa! Tggu korg nanti. 🤦🏻‍♂️
Jangan ckp besar... tuhan tu maha adil. Taknak jadi pk buruk2..tak apa nanti ada bahagian kau. Rupanya mulut aku trlalu ikut sifat amarah trjadi.... 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️

Kita akan bersambung kembali dimalam ini... Aku akan sambung part 2 pada malam ini pada jam 12.00 malam. Sama2 merasa 😰👹
Vol. 2 “HYSTERIA”
Keadaan seperti biasa bergelak ketawa dan bergurau senda diantara kami. Ada yang study ada yang main game dan ada yang berborak di tingkat bawah.. aku dengan mus macam biasa turun ke bawah ke cafe makan berdua di cafe. “Eh mus aku nak cakap benda ngan kau ni?” Mus pun iyakan..
Kau rasa kan mmg ksidang ni dari dulu ke puaka. Sebab aku dgr dari senior2 macam dorang dah biasa je ngan semua benda ni. “Aku tak tahu la lid, benda ni aku bukan bole percaya sangat.. takut stress dgn mainan ilusi je.. kadang2 bole jadi jugak”
Erm entahlah.. aku bab2 macam ni mus aku bukan apa. Kadang2 tu kesian la tgk dia tu. Aku rasa aku tak lama la kat kolej ni. Sebab kalau dia kena dalam kelas. Habis ngan kami2 kena tempias. Aku dari awal lagi tak selesa dah. “Kau byk fikir la lid!, kau relax jela. Xada apa!”
Lepas mus cakap macam tu. Aku pun ok jela. Msg masuk dalam hp aku dari kak dyba. “Lid ada mana? Akak rasa tak selesa lah kat rumah ni.. sumpah rasa benci ngan semua org sebb org kata akak buat2 😭” aku pun pujukla kak dyba ni apa semua. Kami pun balik nak tidurla esok kelas.
Malam tu aku tidur kat tempat mus kat tepi tingkap dan mus tidur kat katil tengah. Malam tu aku ingat lagi. Aku tidur lena betul, smua tidur lena macam tidur mati.

Cerita dari mus : malam tadi aku tidur tak lena. Aku tgk korang smua tidur lena. Aku peluk bantal peluk kau lid.
Lepastu ada orang tarik2 dgn langgar2 kaki aku. Mati2 aku ingat kau doh wei!! Aku tarik dia tarik. Last kali aku bukak lah mata. Dia duduk dekat bucu katil aku wei korang! Satu bdn tak bole brgerak dgn bunyi sayup dia nya.. merangkak aku pergi dekat katil sebelah dkt paan.
Sampai aku peluk2 paan yg tidur kat bawah. Padahal dia sebelah kau je lid. Tapi kau tidur ya allah kau tidur mati kau tahu tak!! “Itulah mus, sebelum ni kau cakap mandai2 lah. Penat lah, depress lah apalah. Sekarang ni kena kat kau pulak. So sekarang dah bole percaya ke”
Mus pun diam.. skip kan cerita.. ini waktu aku paling last pergi kelas. Terlambat bgn. Pergi kelas naik teksi sbb bas tetinggal. Sampai je kpm nya bangunan. Aku fikir dua tiga kali nak naik sorang. Jadi aku cekalkan hati naik sorang2.. bila dah naik tu.....
Yg ni sumpah scary.. di berhenti dkt floor gelap tu dan aku sorang2 dalam lift.. tekan2 byk kali baru tutup. Lepas nak naik ke floor kelas aku. Yg ni panas je tengkuk aku. Seolah2 macam ada org hembus2 belakang tgkuk aku dari belakang. Aku dh lompat2 ketakutan wei masa ni. 😭
Masuk je kelas. Kat dyba macam terkejut tgk aku. Pandang belakang aku. Terus diorang kata. “Lid kau bawak... ya allah!! Busuknyaaaaa!!” Aku tahu kat dyba nampak blkg aku sbb dia jenis fully open nya mata dia. Jenis mata pinjam org mati agaknya. Nampak gitu je. 😭😖
Sampai la satu kelas terpaksa keluar apa semua. Tapi yang lain tak bau apa. Aku rasa minyak wangi aku dah setandan aku spray. Aku pijak taik kucing ke anjing ke apa ni!! Tak ada pulak. Lepastu kak lina ngn kak dyba kata jgn termenung dekat situ. Tutup mulut kau! Sbb dia tgh
Cuba nak masukkan kepala dia kedalam mulut kau. Mengucap panjang lah aku. Kriau gila pagi tu sampai kelas trpaksa cancel. Benda ni berterusan je sampai lah ke hujung sem. Nak ke hujung sem tu.. dah habis final exam.. masa ni kak dyba betul2 tak tahan.
Sampai malam tu rollcall.. tgh berkumpul ramai2 dekat dataran ksidang tu. Dgr ada org jerit minta tolong. Tgk kak dyba berlari sampai ke org ramai mnta tolong. Dia cakap benda tu kejar dia beramai2 dgn penuh darah katanya. Sampaila pihak kolej terpaksa berhenti kan kak dyba
Sebab taknak benda ni berlarutan ke pelajar lain.. kesian tgk kawan aku tu. Sampai di terpaksa nak bunuh diri masa tu sebab dah tak tahan sangat hidup dia selalu kena macam tu. Sampai lah ke penghujungnya salam perpisahan kami kpd kolej dgn housemate dan classmate..
Dan kami pun tidak lagi meneruskan pengajian dan stop sampai satu sem je. Dan yg lain teruskan seperti biasa.

Pesanan... ramai yg bertanya kpd sy teringin nak bukak nak tgk sekejap je apa yg diorang nampak. Sebab tak pernah tgk dan nak tahu percaya atau tidak ianya wujud
Ataupun tidak.. 10 saat diberi peluang untuk anda melihat pun belum tentu anda sanggup ini kan pula lebih dari 1 minit. Lihat lah betapa tabahnya golongan2 ini.

Percaya kpd alam ghaib yg kita sendiri tak tahu dan tak dpt melihat dgn mata kasar.

Contohnya :
Syurga, neraka, malaikat, hari kiamat, makhluk2 allah yg pelbagai bentuk.. sebegitu juga dgn makhluk2 lain.

Kenapa jin dan syaitan kita dpt melihat tetapi malaikat kita xdpt melihat. Kita dpt melihat jin pun kita dah goyang inikan pula malaikat maut dan yg mncatit kiri kananmu.
Aku rasa ketakutan tu tak tahu dah macam mana. Jin yg menjelmakan diri ni dia nak meyakini org lebih takutkan dia daripada allah swt pencipta kita sendiri. Itu tujuan dia yg dh brsumpah untuk mnyesatkan umat nabi adam dan hawa sampai lah kehari kiamat. 👳🏼‍♀️
Itu sahaja apa yang saya pernah lalui setakat ni.. dan saya serahkan kpd student2 kpm lain untuk open segala apa yg diorang lalui di thread sy ini.

Terima kasih, sory panjang gila...

Sincerely,
#kheyamir
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to khey.amir
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!