Allah mencipta Malaikat pada Hari Rabu, Jinn pada hari Khamis dan Manusia pada hari Jumaat.
Tetapi wujud kah makhluk sebelum jin?
Seorang pengamal perubatan islam didatangi satu keluarga yang meminta pertolongan untuk mengesan gangguan makhluk halus didalam badan anaknya.
Ustaz itu bersetuju.
Pesakit akan merenung bulan dan kemudiannya menangis. Perkara ini berlaku setiap bulan lamanya.
Lalu ustaz mengambil inisiatif untuk cuba mengimbas pesakit tersebut.
Bermulalah dialog diantara Ustaz dan juga Makhluk Al-Hin dari golongan Poppy yang diberi nama Mizari.
“Minyak Atar 1001 Malam, tak pernah bau ke?”.
“Pernah, Masa dekat Andalusia dulu pernah la. Boleh bagi aku sedikit?”
Dialog diteruskan diantara Mizari dan Ustaz.
“Kamu ini Jin islam?”
Mizari pon menjawab.
“Memang aku menyembah Allah tapi aku bukan islam”
“Jadi apakah agamamu?”
“Agama Monoteisme - Agama yang satu tuhan yang satu iaitu menyembah Allah SWT”.
Lalu Mizari menjawab.
“Wahai hamba Allah, banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.”
Kemudian Mizari menangis teresak esak.
“Golongan kami dah kurang dari 1000 orang dan kami tidak diizinkan Allah SWT untuk melahirkan zuriat kami.”
Lalu dijawab.
“Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.Tetapi aku tengok kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu.”
Lalu Mizari menjawab yang dia tiada kuasa apa apa pada manusia kecuali dengan Izin Allah SWT.
Setakat ini, tiada Pengamal perubatan yang dapat mengesan mereka.
“Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah SWT.”
Dan ustaz bertanya bagaimana Mizari boleh bercakap dengan beliau.
“Itu sebab aku yang mahu bercakap dengan kamu, aku yang pilih. bukan semua manusia aku suka”.
“Sebab dia benarkan aku untuk duduk didalam badan beliau.”
Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut di pusat rekreasi di selatan Tanahair.
“Budak ini tidak takut padaku.”
Kemudian Ustaz bertanya jika dia boleh berdakwah dan mengajak Mizari untuk memeluk kepada agama islam, agama yang satu.
Mizari menolak.
Ustaz kemudiannya menyambung.
“Memanglah, tapi agama akhir zaman kan Islam. Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni? Agama yang disuruh dan dijamin Allah?”.
“Aku tahu, tapi aku bukan dari Jin dan Manusia. Tiada satu pun nama kaum aku disebut didalam Al-Quran.”
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat: Ayat 56.
Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Ustaz tersebut terkelu mendengar hujah yang diberikan Makhluk tersebut.
Kemudian ustaz tersebut meminta Mizari untuk keluar dari badan pesakit dan kasihani keluarga beliau.
Ustaz bertanya kembali.
“Jika syarat itu syirik aku tidak mahu ikut”
Dibalasnya.
“Ada dua. Aku nak bersalam dengan kedua ibu bapa budak ni dan nak minta maaf sebab menyusahkan mereka”.
Syarat kedua? Tanya ustaz.
Pelik dengan permintaan tersebut, ustaz pon bertanya kenape.
“Dah lama sangat aku hidup. Sunyi betul hidup aku. Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat.”
Ini berlaku kerana Mizari sedang mengira umur dirinya. Kiraan masa golongan ini adalah sama seperti kalendar islam dan tidak mengikut kalendar Masihi.
“Kalau begitu berapa umur kamu wahai Makhluk Allah?”.
Mizari menjawab.
“Umur ku baru 4 Juta 130 ribu tahun”.
“Sebab tu aku minta kau doa kepada Allah untuk pendekkan nyawaku. Aku sudah terlalu lama hidup di bumi”.
“Boleh kah aku melihat wajah sebenar kamu wahai Mizari?”.
Mizari pon menjawab.
“Boleh dengan izin Allah. kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur. Minta pada Allah nak tengok aku. Allah yang izin. Sekarang, boleh aku keluar?”
Pesakit dibekalkan air dan limau rukyah.
Imam Ibn Kathir pula menyatakan bahawa jin diciptakan sebelum Nabi Adam AS, dan sebelum jin pula ada makhluk yang mendiami bumi bernama al-Hinn dan al-Binn, kemudian datang bangsa jin dan membunuh dan menghapuskan mereka.
Adapun firman Allah SWT yang seolah-olah menggambarkan bahawa telah wujud satu kaum manusia sebelum Nabi Adam AS.
Tweet ini juga ditulis hasil bacaan di Facebook, buku dan internet. Dialog diambil tanpa diolah untuk mengelakkan lari dari maksud sebenar.
muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-…
Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dan jika ada ilmu yang lebih boleh dikongsikan bersama.
Wallahualam. Thanks for reading.