, 38 tweets, 5 min read
Petang tu, emak mangsa telefon suspek 'what happpened to my daughter?'. Suspek terus jawab 'sorry teacher, teacher sorry, sorry teacher'. Pilu perasaan emak apabila anaknya telah pergi untuk selama-lamanya. Apa yang jadi sebenarnya? Nantikan sambungan kes malam ni..
Pada hari kejadian, suspek, pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, mahu datang ke kelas tambahan (tuisyen) di rumah cikgunya. Suspek bagitau cikgu tuisyen dia mahu datang ke rumah cikgu pada pukul 3.30 petang.
Tapi, cikgunya tak bagi suspek datang pukul 3.30 petang sebab awal sangat. Cikgu ada mesyuarat di sekolah pada waktu itu. Tapi, tepat jam 3.30 pm, suspek terpacak ada di luar pagar rumah cikgunya. Suspek telefon cikgunya, dan maklumkan dia sudah sampai di depan rumah cikgu.
Melalui telefon, cikgu arahkan anak perempuannya membuka pintu rumah dan benarkan suspek masuk. Ketika itu, anak perempuan cikgu tinggal keseorangan di dalam rumah. Tanpa mengesyaki apa-apa yang berlaku, suspek dibenarkan masuk dan perlu menunggu cikgu pulang ke rumah.
Pada pukul 4 petang, cikgu menerima panggilan telefon dari rumahnya sendiri. Suara suspek kedengaran. Suspek bertanya pada cikgu bila cikgu nak balik?. Cikgu pun jawab cikgu dah dalam perjalanan pulang ke rumah. Cikgu pun tanya apa yang sedang suspek buat.
Suspek pun jawab 'i am sitting on a sofa'. Kemudian, tepat pukul 4.30 petang cikgu pun sampai kat rumahnya. Pintu pagar tidak dikunci. Mangga di grill pintu pula dikunci dari luar. Sepatutnya mangga itu dikunci dari dalam. Cikgu mula berasa curiga.
Semasa cikgu masuk ke dalam rumah, ada titik titik darah di atas lantai di ruang tamu. Cikgu terus memanggil suspek dan anak perempuannya. Cikgu kemudian pergi ke arah dapur. Darah makin banyak di lantai. Tiada sesiapa di situ.
Cikgu terus pergi ke bilik air. Pintu bilik air tidak ditutup rapat. Semasa pintu dibuka, kelihatan anak perempuannya terbaring berlumuran darah di atas lantai. Cikgu terkejut dan terus menjerit meminta tolong. Cikgu berlari ke arah rumah jiran. Jirannya kemudian datang membantu.
Dengan bantuan jiran, mangsa dibawa ke Klinik Surgery Setapak. Doktor di klinik tersebut arahkan mangsa dibawa ke hospital. Mangsa terus dibawa ke Gleneagle Hospital, Jalan Ampang dan dimsukkan ke wad kecemasan.
Ketika doktor sedang merawat mangsa, cikgu kemudian menelefon suspek. 'What happened to my daughter?'. Suspek pun berkata 'sorry teacher, teacher sorry, sorry teacher'. 'I dont know why i did it'.
Semasa mangsa dibawa ke hospital, tiada tanda yang menunjukkan mangsa masih hidup. Tiada lagi denyutan nadi. Tekanan darah tidak lagi dapat diambil. Tiada pernafasan ole mangsa. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. Polis dimaklumkan kjadian ini dan mayat mangsa dihantar
ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Polis terus pergi ke rumah ayah suspek dan berjaya menahan suspek di situ. Suspek didakwa atas tuduhan membunuh mangsa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Laporan pakar forensik menunjukkan mangsa mati akibat kehilangan darah yang sangat banyak akibat dari pelbagai luka ('massive harmorrhage due to multiple slash and stab wounds').
Terdapat lebih kurang 20 kecederaan tikaman (stab wounds) dan 4 kecederaan tetakan (slash wounds) menggunakan senjata tajam pada badan mangsa. Satu tikaman dari belakang badan mangsa telah menembusi jantung mangsa.
Pisau yang digunakan suspek dijumpai polis berhampiran dengan kawasan rumah kedai ayah suspek. Baldi di dalam bilik air dalam kedai ayah suspek dipercayai digunakan untuk merendam pakaian suspek. Kesan darah suspek dijumpai dalam baldi tersebut.
Persoalan di sini adakah suspek yang membunuh mangsa? Ketika kejadian bunuh itu berlaku, kawan suspek pun sebenarnya datang ke rumah cikgu untuk kelas tuisyen. Tetapi suspek pergi keluar dari rumah cikgu dan bagitau kawannya kelas tuisyen tiada pada hari itu.
Suspek brkata cikgu akan gantikan kelas pada hari lain. Padahal, cikgu sebenarnya tidak batalkan kelas pada hari tersebut. Suspek hanya mereka reka cerita. Mungkin suspek ingin gunkan peluang ini untuk membunuh mangsa.
Ketika suspek bgtau kelas tuisyen itu dibatalkan, suspek berlari ke arah kereta ayah kawannya dan bgtau kelas tiada harini. Ketika itu, suspek kelihatan berpeluh-peluh dan hadapan baju suspek kelihatan basah.
Baju dan seluar suspek yang direndam dalam bilik air disahkan mempunyai darah milik mangsa. Pisau yang dijumpi juga mempunyai DNA suspek dan mangsa.
Pengakuan suspek semasa bercakap melalaui telefon dengan cikgunya juga dijadikan bukti penglibatan suspek dalam membunuh mangsa. 'I dont know why i did it' yang diucapkan suspek membuktikan suspek telah mengaku melakukan pembunuhan itu.
'A confession is an admission made at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed the offence' (seksyen 17(2) Akta Keterangan).
Hakim Mahkamah Tinggi KL, Ahmad Maarop memutuskan kesemua elemen pembunuhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwa raya. Dengan melihat pada jumlah kecederaan mangsa, sifat-sifat kecederaan dan senjata yang digunakan, tiada keraguan suspek berniat membunuh mangsa.
Persoalan kenapa suspek bertindak membunuh mangsa? Difahamkan mangsa memanggil suspek berulang kali 'fatty' dan 'stupid'. Mangsa juga dikatakan membesarkan dan mengecilkan volume radio semasa berada bersama suspek di dalam rumah. Suspek dikatakan tidak bertindak balas
sebaliknya hanya memendam perasaan. Tetapi perasaan suspek tidak dapat dikawal kerana kemudian mangsa meletakkan dua bilah pisau di hadapan suspek. Ego suspek mula tercabar dan tanpa dijangka, suspek bangun bertindak membunuh mangsa.
Jadi, peguam bela suspek menegaskan suspek sebenarnya tidsk berniat membunuh mangsa. Provokasi dari mangsa mendorong suspek bertindak. Hakim Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak hujahan peguam bela suspek.
Hakim memutuskan 'hanya kerana seorang yang kena tuduh itu berkata dia tidak ada niat untuk membunuh, tidaklah terus menjadikan apa yang dibuat itu bukannya membunuh'.
Disebabkan suspek baru berusia 12 tahun 9 bulan ketika kejadian, suspek tidak boleh dihukum gantung sampai mati. Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan suspek ditahan di penjara selama yang diperkenankan Yang Di Pertuan Agong. Suspek diarahkan supaya diasingkan dari pesalah dewasa.
Kes ini merupakan kes pertama di Malaysia di mana pesalah kanak-kanak disabitkan atas tuduhan membunuh dan dikenakan tahanan limpah di bawah seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak. Kes kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Suspek kemudian melantik Mendiang Karpal Singh sebagai peguam bela dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Peguam bela mencabar kesasihan Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak yang dianggap melanggari prinsip 'separation of power' di bawah Perlembagaan Malaysia.
Peguam bela berhujah kenapa patut pesalah kanak-kanak perlu dikenakan tahanan penjara di bawah Akta Kanak-Kanak sedangkan kuasa menghukum sepatutnya diberikan pada mahkamah. Panel hakim Gopal Sri Ram, Zulkefli dan Raus Sharif memutuskan sekyen 97(2) Akta Kanak-Kanak tidak sah.
Suspek kekal bersalah tetapi hukuman tahanan penjara diketepikan. Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara kemudian membuat rayuan ke panel hakim tertinggi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
5 hakim tertinggi negara ketika itu mendengar rayuan kes, Ketua hakim negara, YAA Ahmad Fairuz, Abdul Hamid Mohamad (presiden Mahkamah Rayuan), Alaudin (Ketua Hakim HC Malaya), Richard Malanjum, (Ketua Hakim HC Sabah Sarawak) dan Zaki Azmi (Hakim Mahkamah Persekutuan).
Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan memutuskan pesalah kanak-kanak boleh dihukum tahanan penjara dan tidak perlu digantung sampai mati. 'Federal law provides that the sentences of death shall not be recorded against a person who is a child..
at the time of commission of offence'. 'That is the limit of judicial power imposed by the law'. 'Legislature provides the sentence and the court impose it where appropriate'.
Pada Oktober 2007, majoriti panel hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman pada suspek dikekalkan. Suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan diperintah ditahan dipenjara di bawah perkenan YDPA.
Penghakiman penuh kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh dirujuk dalam kes Public Prosecutor v KK [2003] MLJU 846.
Penghakiman penuh kes ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya boleh dirujuk dalam kes Kok Wah Kuan v Public Prosecutor [2007] 5 MLJ 174.
Penghakiman penuh kes ini di Mahkamah Persekutuan Putrajaya boleh dirujuk dalam kes Public Prosecutor v Kok Wah Kuan [2008] 1 MLJ 1.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!