, 13 tweets, 2 min read Read on Twitter
Dulu pernah ada kes kat Melaka sebab tak boleh move on berpisah dengan kekasih hati, dia pergi serang partner baru ex kekasih dia tu. Bukan tumbuk sepak, tapi dia pergi ikat lelaki tu dalam kereta melekat kat stereng. Lelaki tu dijadikan tebusan bai. Nak tau apa jadi pastu? 🤔
Suspek suruh member dia beli minyak petrol RM2 letak dalam botol coke. Kawan suspek tu ingatkan petrol tu untuk spare minyak motosikal. Kawan suspek tu belikan je petrol tu sebab tak tahu apa-apa.
Padahal suspek nak guna petrol tu nak bakar mangsa dalam kereta. Suspek guna scarf ikat mangsa kat stereng kereta pastu simbah petrol kat badan mangsa. Kawan suspek terkejut bai rupanya suspek ada rancang sesuatu.
Suspek guna surat khabar lama bagi api tu kuat menyala. Pastu suspek dengan kawan dia tu lari naik motor. Suspek bagitau kawan dia 'habis tangan aku terbakar, jangan bagitau sesiapa pun'.
Mangsa mati 4 hari lepas kejadian tu sebab kena bakar. Bukti pakar forensik kata 50% bahagian depan badan mangsa terbakar ('first degree burn with reddening and swelling of skin').
Suspek kemudian kena tangkap atas tuduhan bunuh bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Melaka dah buat keputusan. Suspek kena gantung sampai mati.
Apa jadi kat kawan suspek yang beli minyak petrol tu? Dia terselamat. Dia tidak dikira bersubahat bunuh mangsa. Kawan suspek tu tidak tahu pun tujuan suspek suruh beli petrol tu sebab nak bakar mangsa.
'He did not play an active role in the crime. So, he was not a participes criminis (rakan subahat) and was not in law an accomplice'. Jadi, kawan dia terlepas dari tuduhan bunuh dan tidak digantung.
Kerana cinta yang didustai, nyawa suspek dan mangsa melayang. Kejadian ini berlaku pada pukul 3 pagi di tepi jalan di Batu 7 Bukit Lintang, Tiang Dua, Melaka pada 23 Jun 2003.
Bayangkan keadaan mangsa semasa kena bakar tu. Aisshh. Tangan kena ikat tak boleh keluar kereta. Habis badan dia terbakar. Terseksa bai. 4 hari koma di hospital sebelum meninggal. Al-Fatihah.
Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Low Hop Bing memutuskan elemen pembunuhan telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah. Suspek bersalah dan dihukum gantung mandatori. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Public Prosecutor v Nomezam Apandy [2008] 1 MLJ 68.
Semasa dalam tempoh rawatan di ICU, mangsa sempat memaklumkan kepada ayahnya bahawa dia kena samun dan ada orang yang membawanya lari hingga ke satu tempat. Orang itu yang membakarnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah suspek.
Mangsa sempat melihat no plat motosikal yang dinaiki suspek bersama kawan suspek semasa mereka larikan diri selepas membakar mangsa. Laporan polis kemudian dibuat ayah mangsa dan suspek kemudian berjaya ditangkap pihak polis.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Sir kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!