, 21 tweets, 3 min read
[KES MATI DIPUKUL SENIOR DI ASRAMA SEKOLAH] 'Kau jangan nak tunjuk kepala kat sini- kang den ambil cerek tu dan baling kek kepala kau'. Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan suspek kepada mangsa sebelum mangsa dipukul sampai mati secara beramai-ramai.
1. Kes berlaku di Dom Osman, Tingkat 2, Asrama putra, Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Seremban Negeri Sembilan di mana mangsa mati 'on the spot' akibat dipukul oleh 8 orang suspek dipercayai pelajar senior sekolah tersebut pada 28 Mac 2004.
2. Menurut saksi kejadian, sebelum mangsa dipukul, ada beberapa pelajar form 5 kelihatan masuk ke bilik mangsa dan mahu meminjam cerek tetapi mangsa tidak memberi pinjam. Pelajar yang lain pula kemudian masuk berjumpa mangsa untuk tujuan yang sama. Mangsa mula berasa rimas.
3. Mangsa kemudian memberi pinjam cerek tersebut kepada pelajar tersebut. Tetapi mangsa sempat mengejek dan berkata 'abang form 5 tak nak tidur ke? '. Kata-kata tersebut diketahui pelajar form 5 yang lain yang kemudian datang ke katil mangsa. Mangsa kemudian kena marah.
4. Saksi kemudian nampak ramai pelajar senior form 5 datang ke katil mangsa dan mula memukul mangsa. Mangsa disepak di bahagian belakang badan menggunakan boot bola sepak. Kepala mangsa dipukul dengan baldi sehingga pecah baldi.
5. Mangsa kemudian rebah dengan kepala menghadap lantai. Mangsa menahan kesakitan dalam keadaan bersujud. Perut mangsa kemudian ditendang dan mangsa kemudian 'flat' tersungkur di atas lantai tidak sedarkan diri.
6. Saksi yang lain nampak suspek telah menghentak kepala mangsa dua kali pada locker. Mangsa kemudian disepak pada bahagian belakang badan berkali-kali. Kaki mangsa pula diikat menggunakan tali. Mangsa kelihatan lemah dan tidak bertindak apa-apa.
7. Saksi terakhir yang melihat kejadian tersebut melihat seorang diantara suspek memaut leher mangsa dengan tangan kanannya dan menjatuhkan mangsa ke belakang. Mangsa jatuh terlentang di atas lantai simen.
8. Ketika inilah mangsa mula tidak sedarkan diri. Suspek bersama pelajar lain kemudian mengangkat mangsa di atas katil. Mangsa ditinggalkan di atas katil. Mereka beranggapan mangsa perlukan rehat.
9. Kemudian, salah seorang suspek datang ke katil mangsa dan mula menyedari kaki dan tangan mangsa berasa sejuk. Suspek kemudian menyuruh pelajar lain mengurut kaki dan tangan mangsa. Mungkin akan mudahkan pengaliran darah. Tetapi, mangsa masih tidak sedarkan diri.
10. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital seremban tetapi segalanya sudah terlambat. Mangsa disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.
11. Kesemua 8 suspek kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Seremban dah buat keputusan. Kesemua 8 suspek didapati bersalah dan perlu dihukum.
12. Disebabkan kesemua suspek adalah bawah 18 tahun, suspek tidak boleh dihukum gantung. Kesemua suspek dipenjara atas tempoh masa yang diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sembilan.
13. Kesemua suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan atas sabitan dan hukuman yang dikenakan. Kesemua suspek mengatakan mereka tidak berniat untuk membunuh mangsa.
14. Rayuan suspek ditolak panel hakim Mahkamah Rayuan. Bukti-bukti dan keterangan saksi jelas menunjukkan suspek berniat untuk membunuh mangsa.
15. 'The injuries found on the victim were intentionally inflicted and were sufficient in ordinary course of nature to cause death'. 'Where the injuries were fatal, the intention to inflict those injuries must be to cause the death'.
16. Berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa dan pukulan bertubi-tubi ke atas mangsa, itu menunjukkan adanya niat membunuh. 'The more severe the wounds and the more numerous they are, the more likely it is the intent of murder will be inferred'.
17. Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Abdul Malik Ishak, Low Hop Bing dan KN Segara pada April 2009 memutuskan kesemua 8 suspek bersalah atas kesalahan membunuh. Hukuman tahanan di bawah perkenan YDP Negeri Sembilan dikekalkan disebabkan kesemua suspek masih di bawah umur.
18. Suspek hanya boleh bebas dari penjara atas perkenan YDP Negeri Sembilan atas saranan dibuat oleh 'Board of Visiting Justice' penjara yang akan membuat semakan terhadap kes suspek secara individu. Kuasa pengampunan adalah hak mutlak ('prerogative power') YDP Negeri Sembilan.
19. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Mohd Haikal & Ors v Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 305 -Mahkamah Rayuan Putrajaya.
20. Update: Difahamkan, suspek telah diberi pengampunan dan telahpun dibebaskan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Sir kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!