, 23 tweets, 3 min read
[KES POLIS BANTUAN RABA PELAJAR UiTM] "Suspek letakkan tangan saya pada kemaluannya sehingga berair barulah dia lepaskan tangan saya". Itulah antara luahan daripada mangsa. Apa yang sebenarnya berlaku?..
1. Kes ini berlaku pada Februari 2011, di mana suspek, seorang anggota polis bantuan disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar UiTM Arau, Perlis. Kejadian berlaku di Jalan Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam semasa mereka berdua berada dalam kereta milik suspek.
2. Suspek pada awalnya mengajak mangsa untuk menaiki keretanya bagi mangsa melihat rumah untuk disewanya.
3. Selepas selesai urusan melihat rumah untuk disewa mangsa, mereka berdua berhenti makan tengah hari di Alor Setar. Kemudian, mereka berpatah balik ke universiti untuk pulang. Mangsa tidak menyangka akan berlaku episod duka dalam dirinya selepas itu.
4. Semasa perjalanan pulang itu, suspek secara tiba-tiba membuka butang baju mangsa. Suspek kemudian meletakkan tangannya pada bahagian dada mangsa. Bra mangsa dapat dibuka suspek.
5. Suspek kemudian memberhentikan kereta di bahu jalan. Keadaan jalan ketika itu gelap dan sunyi. Suspek membuka but kereta dan pintu belakang kereta. Suspek kemudian datang ke arah mangsa yang duduk pada tempat duduk hadapan.
6. Suspek kemudian menurunkan kerusi tempat duduk mangsa dan membuka butang baju mangsa. Suspek kemudian mencium buah dada kanan mangsa. Satu kesan ciuman ada pada bahagian dada kanan mangsa.
7. Mangsa melawan. Mangsa menolak kepala mangsa supaya jauh dari badan, tetapi mangsa tidak berdaya. Suspek pula semakin agresif dan berani. Suspek meletakkan tangan mangsa pada kemaluannya. Mangsa terus melawan dan meronta-ronta.
8. Tetapi, suspek mengugut mangsa. Mangsa diugut suspek untuk membocorkan rahsia mangsa pernah menjalinkan hubungan dengan kawan universiti yang sama. Mangsa dikatakan digantung satu semester disebabkan hal tersebut. Suspek ugut mahu ceritakan perkara itu kepada ibu mangsa.
9. Mangsa tidak mahu perkara tersebut diketahui ibunya kerana ibunya mempunyai masalah kesihatan. Mangsa tidak mahu ibunya sedih.
10. Selepas mengambil kesempatan ke atas mangsa, suspek menurunkan mangsa di supermarket Seri Wang. Suspek memberitahu mangsa yang dia mahu ajak mangsa keluar bersama lagi selepas ini.
11. Hampir dua minggu selepas kejadian tersebut, mangsa membuat laporan polis. Mangsa tidak membuat laporan polis dengan cepat disebabkan mangsa takut.
12. Sebelum laporan polis dibuat, mangsa ada menceritakan hal tersebut kepada seorang staf universiti yang merupakan warden asrama dan mangsa kemudian berjumpa dengan kaunselor.
13. Suspek kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan mencabul kehormatan mangsa di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Kes dibicara di Mahkamah Majistret Jitra Kedah.
14. Pada September 2013, Mahkamah Majisret memutuskan suspek didapati bersalah dan dihukum penjara selama 12 bulan. Suspek tidak berpuas hati kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
15. Rayuan suspek ditolak Mahkamah Tinggi dan hukuman serta sabitan yang dikenakan kepada suspek dikekalkan.
16. Walaupun tiada seorang pun saksi yang melihat tindakan suspek ke atas mangsa pada hari kejadian, fakta tersebut tidak boleh digunakan untuk menafikan suspek telah mencabul mangsa.
17. 'Mere absence of an independent witness testimony could not disprove the fact that it did not happen'.
18. Suspek manafikan dia mencabul mangsa. Suspek mengatakan tiada bukti perubatan dikemukan ke mahkamah bagi mengesahkan adanya kesan ciuman suspek kepada mangsa. Hakim menolak hujahan peguam suspek kerana sebenarnya kesan ciuman tersebut sudah tidak kelihatan pada badan mangsa.
19. Bukti alibi daripada isteri suspek yang mengatakan suspek ada di rumah bersama keluarga pada hari kejadian juga ditolak mahkamah. Hakim menyatakan keterangan isteri suspek hanya bertujuan untuk membebaskan suspek semata-mata.
20. Fakta dan bukti yang mengatakan mangsa mempunyai 'bad character' kerana pernah dihukum oleh pihak universiti tidak boleh dijadikan sandaran bagi mangatakan mangsa tidak berkata benar tentang kejadian yang telah berlaku. Keterangan mangsa memang perlu diambil kira.
21. Pada April 2016, rayuan suspek ditolak Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi. Suspek didapati bersalah atas kesalahan mencabul kehormatan mangsa dan hukuman penjara 12 bulan dikekalkan. Keputusan ini dijangka akan dirayu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.
22. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Azizan Ibrahim v Pendakwa Raya [2016] MLJU 261 - Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Sir kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!