, 37 tweets, 9 min read
My Authors
Read all threads
Aku diantara yang bernasib baik untuk dapat peluang kerja selepas grad. Sedih bila tengok kawan-kawan sendiri masih berusaha utk dapatkan kerja. Aku nak share beberapa tips la untuk nak cari kerja tu. Ini berdasarkan pengalaman dan analisa aku sendiri

Ini adalah bebenang kerjaya
Ini dari pengalaman aku sendiri eh. So kalau tak kena dengan pendapat korang, maaf. Aku cuba bantu dari segi pengalaman dan analisis aku sendiri. Aku akan bahagikan pada 3 fasa untuk mudah korang faham bila nak pakai tips2 ni. Berguna untuk yg menggangur dan yg masih belajar.
FASA 1 - SEBELUM

Okay fasa ni bagi yang belum habis belajar, yang baru nak iv buat kali pertama. Senang kata paling noob lah takda pengalaman iv dan kerja. Korang akan ada rasa nervous sebab benda ni baru bagi korang. Tapi jangan risau. Aku akan breakdown kan semua
1. Pointer

Bagi yang belum habis belajar, pulun lah betul bagi dapat pointer elok. Serious aku cakap certain company akan tapis budak melalui pointer. Kalau atas 2.80 tu kira selamat atas pagor dah. Kalau atas 3.50? Faham2 lah. Jujur rezeki aku dapat lebih 20 panggilan iv.
Dan ada jugak certain company yang bayar gaji ikut pointer! So belajar elok2. Tapi kena ingat, ini benchmarking ja. Bukan penentu dapat kerja. Kalau pointer xtinggi xapa. Aku sarankan korang keluar duit sikit belajar ilmu baru (macam amik cert la). Kalau xmampu belajar utube ja
2. Beli pengalaman

Disebabkan kau takda pengalaman kerja, so kau kena beli pengalaman. Macam mana? Cari cert2 yang murah. Macam aku, aku join amik sijil kompeten welding 3G-SMAW dekat CIDB. Free ja. Takpun korang langgan Linkedin Learning yang free sebulan. Belajar puas2.
3. Resume/CV

Mana yang taktahu. Resume ni 1 page. CV ni selalunya 2 page ke atas. So kalau fresh sesuai pakai yang mana? Bagi aku, pakai resume sebab tak banyak pengalaman kerja kau nak goreng. Kalau banyak, fo on with CV. Takda hal. Ni ada certain perbezaan antara 2 ni Image
Macam mana kalau nak jugak buat CV tapi pengalaman kerja takda?

Goreng kau punya coursework atau fyp. Recruiter ni nak tengok cara kau bekerja ja. Cara kau handle situation. Kalau korang takda pengalaman kerja, gorengla korang punya pengalaman buat projek fyp/assignment tu.
Kalau korang join program2 pun bagus gak utk explain sikit tentang program korang join tu

Untuk layout dan content tu korang refer yang lebih pakar lah. Aku tak pandai sangat bab ni. Pitching pun lemah. Ni contoh CV aku. Banyak benda lg kena improve. Aku pakai powerpoint edit ni ImageImage
4. Prepare kan jawapan "introduce yourself"

Ini soalan yang paling basic setiap company akan tanya. Buat text, hafal. Walaupun teruk english kita, pastikan soalan ni kita boleh jawab. Nah contoh jawapan aku. Pendek ja. Bagitahu nama, lepasan mana, intern buat apa, fyp buat apa. Image
5. Prepare kan jawapan bagi common iv questions.

Ni haa contoh soalan2 lazim keluar. Study sikit. Jangan masuk iv dengan confident jawab. Study jugak scope kerja korang. Aku pernah kena dulu iv kat Sony. Skop kerja " testing TV ". Sekali mmg dia tya tntg TV waktu iv. Nasib study Image
FASA 2 - SEMASA

Fasa ni untuk korang yang dah habis belajar. Yang dah ready nak masuk iv cari kerja. Apa mau buat? Mula cari kerja. Bila nak mula cari? Seeloknya sebelum habis belajar. Aku mula apply kerja seminggu lepas habis belajar. Dalam byk2 apply, pasti 1 akan kena.
1. Sebelum iv

Pastikan semua dokumen ada. Pastikan speech penting mcm "introduce yourself" korang dah khatam sekali soalan2 lazim. Tidur awal, gosok baju, pilih baju seluar dan tie yang sesuai, pergi iv 30 min awal dah ada kat office supaya korg boleh chill2.
2. Blend with surrounding

Waktu IV, tengok sapa interviewer korang. Muslim or not. Mr or Mrs. Kalau muslim bagi salam, kalau non muslim cakap good morning, kalau dua2 ada ckp assalamualaikum and good morning.

Tarik nafas panjang2 dan senyum. Kalau pandai buat lawak, buat lawak
Waktu aku iv, aku ada buat satu lawak bodoh dan berjaya ketawakan panel. Jangan keterlaluan sangat. Joke yang formal lah untuk tenangkan diri aku sendiri.

Then, just give all the best. Jawab semua soalan dengan yakin. IN ENGLISH. Effort tu penting. Kalau dia suruh BM, baru ckp
Jangan minta untuk cakap in Bahasa. Waktu interview ni bukan masanya untuk kita merendah diri. Flex kan semua benda yang ada. Ada beribu orang apply kerja tu, so kita kenalah one step ahead then others. Bukan tak bagi ckp BM. Tapi english ni international language. Penting sangat
3. Bawak supporting details yang padu

Kalau korang budak engineering ka apa yang berkaitan lah, bawak semua DRAWING PROJECT korang. Dan kalau rajin, buat summary INTERNSHIP korang. Haa ni contoh. Dekat sini dia akan nampak Pro buat drawing, report dan segala skills2 tula. ImageImage
So,

Dia akan nampak skill kau bercakap dan knowledge content waktu interview

Dia akan nampak working kills kau dalam experience kau

Dia akan nampak technical skills kau dalam supporting details

Dia akan nampak attitude kau dari dressup dan behaviour kau
Ini kelebihan aku berbanding orang lain yang aku nampak. Orang lain datang iv bawak resume dan sijil ja. Aku datang iv bawak resume, sijil, summary intern report, dan drawings. Total 3 file aku bawak waktu iv. Kalau dia rajin, dia buka. Tak rajin, xbuka. Tak apa. Yg penting usaha
4. Cara jawab soalan "awak ada apa2 soalan yang nak ditanya?"

Ini salah satu cara kau nak tackle panel. Tanya soalan yang power. Jangan fikir nak tanya "berapa gaji dpt, bika boleh dpt tahu keputusan" dan sebagainya.

Sebaliknya tanya soalan yang nampak kau ni professional
Contoh satu soalan yang member aku ajar (@fakhrieknts) *minta halal bro aku nak kongsikan pada org ramai 😂:

Waktu tu aku iv sony, so mmber aku sarankan tanya " ada x apa2 projek kat sini yg libatkan IoT or AIoT ".

Kan bijak soalan tu. Sampai panel pun pening nak jawab. Gitula
Dan ada satu tempat kerja ni aku tanya " kenapa ada department vibration dan noise berbeza sedangkan from vibration we can study noise. So kita boleh cut kos kalau sekalikan dalam satu department".

So pandai2 lah tanya, jangan terlampau pulak soalan tu. Study skit2
FASA 3 - SELEPAS

Fasa ni untuk korang yang dah iv dan ready untuk next iv dan sebagainya. Lepas iv tu nak senyap jeke? Haha jangan gitu. Nampak sangat xkomited. Tunjuk lagi effort. Aku akan bagitahu apa aku buat yang aku rasa membantu lah sampai ada sorang HR ni jadi mmber dah😂
1. Cakap thankyou

Lepas iv tu, malam tu korang hantor lah email cakap " thankyou sir sudi luangkan masa utk iv saya pagi td bla bla bla ". Pandai2 lah. Kalau deal thru ws, then ws jela and ckp jugak " sy harap saya dpt kerja tu". Biar nampak mengemis kerja. Itu usaha
2. Tanya dapat kerja tak

Kalau after 2 weeks xde jawapan, korang email lah tanya dapat ke idok kerja tu yob. Teman dah pishang mengulor ni. Haha pandai2 ler. Kalau lepas sebulan sonyap ja, 60% xdapet la tuu. Jangan sedih, usaha lain lak.
3. Doa banyak2

Minta kerja ribu2 tempat pun xguna jugak kalau lupa pada yang pemberi rezeki. Doa banyak2 mintapada Allah.

"Ya fattah Ya Razzaq, kau bukalah pintu rezeki aku seluasnya"

Kalau rajin buat Dhuha dan Tahajjud. 5 min ja. Allah pasti tolong kita, jangan risau.
ADDITIONAL TIPS:

1. Lupa nak cakap tadi. Kalau nak hantar email kerja, seeloknya hantar permohonan pukul 9-11pagi. Waktu tu orang bukak email. Akak HR yang pesan. Jangan kau sebat hantar tengah malam. Takut tak perasan email tu.
2. Buat akaun Linked

Ini bukan paid review eh. Tapi serious function Linkedin tu. Aku jumpa kawan2 baru banyak kat situ. Siap ada beberapa IR dm suruh hantar resume pada dorang. Linkedin ni macam media social la jugak. Cumanya focus kerja dan ilmu2 kerjaya. Buat lah akaun satu Image
Kat situ jugak korang boleh tanya senior2 tentang kerjaya, nak tya pendapat ke dan macam2 lagi lah. Aku selalu direct tanya situ ja. Ni contoh. Jangan takutlah kalau nak bertanya. Kalau flex duit ribu2 kat twitter xda guna. Baik kau flex kejayaan kau kat sana, ramai recruiter Image
3. Aku nak pesan, cari lah pekerjaan yg berkat. Duit juta2 kalau xberkat xda guna. Kau xkan tenang. Carilah kerja yg tenang dan bahagia. Kalau xjumpa kerja gaji stable (2k ke atas), redha jela. Cari pengalaman pelan2. Allah dah simpan satu benda yang baik untuk korang. Percayalah
Jangan kau ingat gaji banyak2 tu kau akan tenang. Tak tenang management aim korang je kerja. Cari lah yg baik. Kalau boleh cari gaji atas 2k utk mudahkan urusan korg. Tapi kalau setakat tu ja rezeki kau, sabar dan jangan memilih. Takut xdpt langsung. Kita mula dr bawah.
InsyaAllah satu hari nanti akan ada yang hargai effort dan bakat kita. Allah Maha Adil lagi Maha Tahu. Aku doakan yang terbaik lah untuk korang. Betulkan niat sebab apa nak dapat duit. Serah semua pada-Nya. InsyaAllah kita semua akan berjaya dunia akhirat. Goodluck
Aku harap semualah aku dah share, kalau ada lagi nanti aku tambah ataupun korang yang baca ni tambah2 kan lah yer. Jangan kedekut ilmu.

Nak promote bisnes xda bisnes, nak promote media sosial pun rasa xkemana haha. Xpela doakan jela aku berjaya dunia akhirat, jd hamba soleh. TQ
Kalau ada apa2 tanyalah. Tapi kalau korang DM aku, maybe 2-3 hari baru aku jawab 😂. Tak rajin tengok DM. Kalau mention okay lah jugak. Okaylah nak tidur. Ni yang tak best bila dah kerja. Esok kena pergi kerja! 😭 nak hadap jammed lagi. Argh! Okay goodnight. Goodluck semua 🌹
Okay tambahan, baru teringat. Dekst mana aku selalu apply kerja? Aku susun ikut ranking dari mana aku selalu dapat kerja

1. Direct email (dpt email thru iklan2 or career section in every company website)
2. Open interview
3. Indeed
4. Jobstreet
5. Linked
Extra tips

1. Study profile company
2. Study latar belakang interviewer ( if pangkat besar macam manager yang iv kita, kalau staff biasa xperlu) - kalau ada Linked senang untuk tengok apa interviewer kita suka post and share kat profile
3. Study career path utk position applied
Pengalaman iv:

Waktu pergi Open IV dekat Sony, ramai gila yang datang. Aku datang pukul 9.30am. Masuk bilik interview pukul 7.30pm 😂 dekat 12 jam tunggu. Tapi berbaloi la sebab lepas pergi 2nd interview. Dekat 2nd iv tu yg sangkut dengan HOD

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with maszhafir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!