, 28 tweets, 5 min read
My Authors
Read all threads
"Pengotornya Eropah Yang Kau Tak Mampu Bayangkan"

Siapa sangka yang melaungkan diri mereka sebagai pembela tamadun sebenarnya gagal menjaga kebersihan bandar mereka sendiri. Ini kisah Eropah abad ke-19 yang kau tak akan jumpa dalam buku teks sejarah.

Oleh: Moustapha Abbas
Selalunya bila kita menonton siri lama Eropah seperti Taboo, War and Peace, Victoria dan The Count of Monte Cristo, kita selalu bayangkan orang-orang Eropah sebagai beradab dan bertamadun dengan bangsa-bangsa lain dianggap gasar dan ketinggalan zaman.

*filem The Count of Monte
Anda tidak percaya? Boleh lihat senarai di bawah:

1. Penulis buku Dirty Old London: The Victorian Fight Against Filth, Lee Jackson mendedahkan jalan-jalan London yang dipenuhi dengan lumpur sebenarnya merujuk kepada tahi kuda.
Ini kerana terdapat lebih puluhan ribu kuda yang digunakan untuk pelbagai urusan seharian yang memberi kesan buruk kepada jalan-jalan. Menjelang tahun 1890-an, terdapat 300,000 ekor kuda yang digunakan di London dengan seribu tan kutipan tahi sehari.
Pihak berkuasa cuba membersihkan jalan sebaik mungkin dengan mengupah remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun untuk meredah jalan dan mengutip tahi kuda di atas jalan. Menurut Jackson, itu merupakan antara tugas sukar semasa era Victoria ketika itu.
2. Selain tahi kuda, tahanlah jika pada satu ketika anda merasa kaki becak semasa berjalan di London pada abad ke-18 dan ke-19 walaupun cuacanya baik. Itu sebenarnya air kencing sama air kencing haiwan atau orang ramai yang membasahi jalan-jalan.

*gambar hiasan
Untuk mengelak situasi ini berterusan, pihak berkuasa cuba menurap jalan dengan kayu. Tetapi aktiviti penurapan ini dihentikan kerana bau ammonia yang keluar dari laluan pejalan kaki terlalu kuat. Dan pemilik-pemilik kedai mengadu ammonia yg keluar melunturkan warna kedai mereka.
3. Setiap isi rumah menggunakan arang batu untuk keperluan dari memanaskan badan hinggalah keperluan memasak. Jadi setiap kali arang batu digunakan, ia menjadikan udara kelihatan gelap dan meliputi setiap permukaan dengan kotoran jelaga.
Justeru, jangan terkejut jika asap dari pembakaran ini boleh mencapai setinggi separuh batu dan boleh dilihat sejauh 20 batu. Ini dicatatkan dalam biografi Samuel Pepys: The Unequalled Self hasil tulisan Claire Tomalin.
Penduduk yang merasa rimas perlu membersihkan muka dan tangan beberapa kali bagi menampakkan diri mereka kelihatan bersih. Atas sebab itu juga, mereka enggan memakai pakaian berwarna putih kerana bimbang tidak dapat membersihkan pakaian itu dari kesan jelaga.
4. Isu saluran penyaliran seperti longkang2 tersumbat dan bau busuk menjadi mimpi ngeri penduduk London. Ini kerana air yang berada dalam longkang bukan saja bertakung tetapi juga jadi pilihan penduduk untuk memenuhi panggilan alam mereka (buang air kecil/besar).
Jika itu saja membuatkan sesiapa yang membaca loya, penjual2 daging turut mencampakkan sisa daging mereka ke dalam longkang. Berikutan kedudukan longkang atau tandas berhampiran dengan perigi, ia mengakibatkan pencemaran air dan mendedahkan penduduk kepada bahaya penyakit.
5. Sungai Thames amat sinonim dengan London tercemar dengan pelbagai jenis bahan seperti bahan dari kilang bir, kilang mineral dan kilang kimia, lepa berbau, tahi kuda, bangkai haiwan seperti kucing dan anjing serta sampah-sarap.
Bau sungai tersebut sangat menjijikkan sehinggakan pada tahun 1858, Perdana Menteri Britain ketika itu, Benjamin Disraeli terpaksa melarikan diri dari bilik mesyuarat dengan satu tangan memegang dokumen-dokumen dengan satu tangan lagi menutup hidung dengan kain sapu tangan.
Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan!
5. Bukan London jer problem masa tu. Paris sekali. Permaisuri Anne berkata, “Paris merupakan satu tempat yang buruk dan berbau. Jalan2nya sngt kotor sehinggakan tiada siapa boleh bertahan di situ berikutan bau daging dan ikan busuk serta kelibat orang ramai kencing di jalanan.”
Kalau anda ke Istana Versaille masa tu, anda tak tahan dengan bau busuk dan kotoran di istana. Berikutan saiz istana yang besar dan bilangan tandas yang sedikit, maka usah terkejut jika pekerja istana, kerabat dan tetamu diraja berak dan kencing merata dalamnya.
Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar'.
6. Penulis The Family, Sex, and Marriage in England 1500-1800, Lawrence Stone menceritakan di kawasan tanah perkuburan, liang lahad yang menempatkan mayat tidak akan ditutup melainkan selepas ia benar-benar penuh.
Liang sebegini merujuk kepada kubur besar khas untuk penduduk miskin di mana mayat akan ditanam bersebelahan antara satu sama lain mengikut barisan. Selepas lubang tersebut penuh, barulah ia ditutup. Tahanlah bau mayat-mayat yang tengah mereput ni!
7. Bagi yang menetap di pinggir bandar, ada yang duduk bersama binatang ternakan mereka dalam satu rumah yang sama. Yang membezakan bahagian mereka ialah satu pembahagi yang memisahkan ruang ternakan dengan bilik yang dijadikan sebagai dapur dan bilik tidur.
Bahagian para digunakan untuk mengeringkan makanan binatang dan ia disebarkan sepanjang lantai para. Jadi bila mereka makan di situ, melihat biji atau lalang jatuh semasa makan merupakan satu perkara biasa.
8. Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yg mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan!
Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!
9. Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.
10. Ada yang tanya mana sistem perparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun.
Pepatah inggeris ada menyebut 'from breast to the beer bottle' yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum.
Cuba anda bayangkan.. .keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga berlebih-lebihan dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!