, 19 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
"Rahsia Agung Melaka: Kekayaan Yang Tidak Masuk Dek Akal Manusia."

Kepada manusia yang bernama Melayu di Twitter ini, ini ialah thread mengenai kekayaan tamadun nenek moyang kalian yang kalian sendiri tidak tahu tentangnya.

Oleh: Helmi Effendy
- Portugis hanya berjaya memperoleh 1/3 daripada harta kekayaan Melaka yang sebenar. Sebanyak 2/3 harta kekayaan Melaka yang lain dipercayai masih tersimpan di sekitar kota dan negeri Melaka di ruang-ruang bawah tanah dengan dinding kebal dan kukuh.
- Setiap Sultan Melaka mempunyai bilik simpanan harta yang berbeza. Ini menjadikan khazanah harta Melaka sentiasa meningkat dan bertambah. Terdapat catatan yang mengatakan bilik simpanan harta Sultan Alauddin Syah Melaka mempunyai tiga tan emas selain harta-harta lain.
- Bawah Istana Melaka terdapat gedung bawah tanah. Gedung cukup besar untuk digunakan bagi menyimpan emas dan perak Sultan Melaka. Bangunan bawah tanah ini tidak musnah selepas istana tersebut hangus terbakar. Pihak Portugis menemuinya di sebalik runtuhan kebakaran Istana Melaka.
- Setiap bangunan di Kota Melaka penuh dengan harta. Semasa Sultan Mahmud Syah Melaka berundur, harta yang terdapat di rumah ini menjadi habuan kepada Portugis yang menjarah seluruh kota.
- Kebanyakan barangan berharga yang ditemui semasa penggeledahan ialah kapur barus, kasturi yang disimpan di dalam belanga, peti-peti yang menyimpan sutera, kain satin, kain taf, sutera putih, kapur, kayu cendana, jongkong emas, mutiara, tembikar dan kayu gaharu
- Sebahagian harta yang terlalu besar dan sukar dibawa dikumpulkan di kawasan tengah laluan-laluan di Kota Melaka. Harta yang ditemui ini mencerminkan struktur ekonomi penduduk Melaka yang aktif dalam kegiatan ekonomi perniagaan dan perdagangan berbanding kegiatan ekonomi lain.
- Istana Melaka mempunyai peti berkaki bertatahkan permata. Semasa Portugis menawan Istana Sultan Mahmud Syah Melaka, mereka mendapati istana ini memiliki sebuah peti besar berkaki dan dipenuhi dengan permata yang bernilai 60,000 cruzado.
- Dari istana itu mereka memperoleh intan-berlian yang bernilai tidak kurang daripada 60,000 “cruzados”, empat buah balang emas berisi minyak wangi, setiap satunya bernilai 40,000 cruzados.
- Portugis juga menemui bibit mutiara serta balang-balang yang diperbuat daripada emas, yang bernilai jika diberikan kepada setiap orang Portugis yang berperang akan bernilai 400,000 cruzados untuk seorang.
- Selepas Melaka menjadi sebahagian daripada Empayar Portugal, emas dan barang berharga dari perbendaharaan Melaka dan sekitarnya dimuatkan ke dalam kapal. Akhirnya Flor De La Mar pun tenggelam ke dasar laut.
Rekod hari ini meramalkan bahawa jumlah harta yang tenggelam bersama Flor De La Mar yang dirampas daripada Melaka berjumlah sekitar 2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) dan dianggap harta karun paling mahal dalam kategori harta karun yang hilang?
Jumlah tersebut merangkumi:

1. Perempuan perempuan penenun kain

2. Anak-anak perempuan bangsawan Melaka

3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak

4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas

6. Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego

8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina

9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju-naju berkain baldu dan sutera

11. Mangkuk mangkuk perak

12. 2 pasu besar

13. Perabot-perabot indah

14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.
Justeru tidak hairanlah semasa ia berlayar keluar dari Melaka pada November 1511, ia mengangkut harta paling banyak dalam sejarah tentera laut Portugal. Tetapi sebulan selepas itu, Alburquerque patah hati mendengar berita ia karam di perairan Sumatera dalam cuaca ribut.
Di sebalik cubaan anak kapal cuba membawanya ke tempat perlindungan, ia patah kepada dua bahagian dan terperangkap di beting pasir, sekaligus membolehkan ombak memusnahkan saki-baki kapal.
Wujud laporan kebanyakan harta tersebut hilang dalam lautan tetapi ada juga menyatakan mana-mana harta yang dapat diselamatkan dibawa pulang ke Portugal atau dikutip oleh penduduk tempatan.
Apa-apa pun kita seharusnya berbangga dengan kekayaan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi identiti keagungan bangsa Melayu. Usahlah membayangkan tamadun ini seperti kampung biasa, tetapi metropolitian yang menempatkan harta terkaya dunia!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!