, 22 tweets, 6 min read
My Authors
Read all threads
5 Perkara yang mesti Mesir jaga untuk jaga kelestarian masa depan negara.

Tanah yang boleh didiami oleh rakyat Mesir hanyalah 3 peratus dari seluruh tanah di Mesir. Mereka menempati kawasan sepanjang perlembahan nil.
1) Hubungan dengan kuasa besar Mediterranean

Negara Mesir tidak mudah untuk ditakluk dari kawasan barat yang mengunjur ke Libya disebabkan sahara yang luas dan bergurun.
Begitu juga di kawasan selatan. Namun Mesir juga perlu berwaspada dengan ancaman dari Sudan di sebelah sini. Memandangkan Sudan juga agak sedikit kacau. Apa apa yang berlaku di Sudan mampu memberi impak kepada Mesir terutama jika melibatkan politik dan pengairan sungai Nil.
Ancaman Mesir adalah di sebelah atas iaitu Utara, bertentangan dengan laut Mediterranean. Di hadapan sana ada Turki yang menguasai kawasan perairan ini. Dari utara ini juga lah Mesir ditakluk melalui Iskandariah sejak daripada zaman Rom, Turk dan British.
Tidak dapat tidak, Mesir mesti merapatkan hubungan dengan Ankara untuk menjaga kepentingan Mesir dari arah utara. Namun disebabkan ada beberapa keadaan, hubungan Mesir dengan Ankara agak tegang dan merasa terancam dengan perkembangan politik di Ankara yang memihak kepada IM.
2) Sosio-ekonomi

Sungai nil yang sempit di Mesir tidak mampu untuk dibuat pengangkutan kapal kargo. Benda ini jadi masalah kepada pihak Mesir yang menyebabkan pengangkutan ke daerah lain terutamanya upper Egypt terpaksa melalui jalan darat.
Jalan darat ni, kos dia makan banyak. Jadi harga komoditi agak melambung disebabkan benda ni. Tambahan kerajaan terpaksa menyediakan infrastruktur untuk menampung perhubungan antara upper dan lower Egypt di sepanjang sungai nil.
Dan juga disebabkan rakyat Mesir ni, tinggal berpecah, satu di sebelah sungai dan yang lain di sebelah yang satu lagi, kerajaan Mesir terpaksa membina struktur yang sama untuk dua bahagian yang berbeza.
Jika di sebelah kanan dibina jalan menghala ke bawah ke arah Sudan, maka jalan yang menghala ke arah Kaherah akan dibina di sebelah kiri sungai. Di sini dah nampak makan kos untuk penggunaan jalan darat.
Tidak ada negara lain yang ada masalah infrastruktur ni melainkan di Mesir. Yet, they still survived. Tahya Masr 😁

Jadi untuk kurangkan harga melambung, Mesir terpaksa memberikan subsidi yang tinggi kepada barangan keperluan seperti makanan, tenaga dan lain-lain.
3) Sumber Sungai Nil

Sungai Nil yang mengalir di Mesir dikongsi bersama oleh dua negara lain iaitu Sudan dan Ethiopia. Nak tak nak, Mesir mesti cuba melobi kerajaan dua ni untuk kekalkan pengaliran sungai di tahap terbaik.
Masalah timbul sebelum ni, bila Ethiopia mula membina empangan terbesar di afrika sejak 2011 yang menelan kos 4 billion USD diberi nama Grand Ethiopian Renaissance Dam untuk menjana kuasa elektrik di Ethiopia.
Empangan ni akan mula memenuhkan air pada awal tahun ini dan dijangka mengambil masa 5 ke 15 tahun untuk siap bergantung kepada persetujuan antara tiga negara tersebut. Inilah masalah kepada Egypt. Paras air sungai nil akan mula berkurangan.
Impak berkurangnya air agak besar kepada Mesir kerana sumber pertanian yang menjadi tunjang rakyat Mesir akan terjejas teruk. Mesir pada 2050 akan ada pertambahan 60 juta populasi menjadikan rakyaty Mesir seramai 160 juta orang.
Tambahan lagi, masalah air pun sudah berlaku sekarang kerana kerajaan Mesir menyalurkan air untuk pembangunan bandar The New Capital.
Tambah merumitkan masalah, bila Sudan pun memulakan projek pertanian negara yang juga menelan penggunaan jumlah air yang banyak. Mesir tidak dapat tidak mesti cuba duduk semeja dan berunding dengan 2 negara ini untuk masa depan rakyat Mesir.
4) Penguasaan Terusan Suez.

Yang ini paling penting dan berguna untuk Mesir. Hampir 15 peratus pendapatan negara datang dari sini. Sebab Mesir ada Suez ni lah, negara besar seperti Amerika, China dan Russia nak buat baik dengan Mesir. Mesir pun tak lepas peluang nak perah habis.
Amerika setiap tahun akan memberikan berbillion dollar untuk kegunaan ketenteraan Mesir. Russia pula menawarkan pembelian aset ketenteraan dengan harga murah khusus untuk Mesir dan China banyak melaburkan duit untuk kegunaan pembinaan The New Capital.
5) Soft Power

Mesir mesti cuba kembali untuk menaikkan nama mereka di kalangan pemimpin arab yang sekarang ni dipegang oleh Saudi, UAE dan Qatar.

Dulu, Mesir menjadi contoh untuk negara arab lain.
Mereka mengimport guru - guru dari Mesir untuk mengajarkan bahasa dan ilmu lain. Dan Mesir diiktiraf sebagai pusat arab dan Islam.

Untuk menyebarkan pengaruh ke luar, Mesir mesti merancakkan semula mengeksport para ilmuan mereka ke luar.
Ambil contoh Saudi. Mereka menyebarkan pengaruh dengan mencetak kitab - kitab dan menggunakan fahaman salafi untuk menyebar pengaruh ke serata dunia Islam. Begitu juga dengan Iran menyebar pengaruh ke Iraq dan Lubnan melalui proksi mereka.
Apa apapun. Untuk Mesir kembali gah di mata dunia Arab dan Islam, nak tak nak mereka perlu menstabilkan ekonomi negara, menyahkan rasuah dan mengurangkan penguasaan ketenteraan dalam pegangan kerajaan serta menggalakkan private company.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Anakinra

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!