, 36 tweets, 9 min read
My Authors
Read all threads
Pernah dengar tak pasal Emily Rose? Atau sape pernah tengok filem The Exorcism of Emily Rose terbitan 2005.

Kisah rasukan yang agak femes di Eropah, Jerman masa tahun 70-an dulu.

Betul ke dia kena rasukan? Atau ada medical condition yang lain?

-Thread- Image
Nama sebenar gadis ni adalah Anneliese Michel. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kuat berpegang pada Kristian Katolik. Dua kali seminggu mereka akan pergi ke gereja.

Such a beautiful family😢😢 Image
So cerita dia bermula bila Anneliese ni dah masuk umur 16 tahun. Satu hari tu dia tiba tiba pengsan dekat sekolah. Lepas je bangun dari pengsan, dia mula berjalan tapi in an abnormal condition. Family dia cakap macamTrance-like state (Bleh search).
Dia tak sedar apa yang dah berlaku sebelum tu. Malam tu dia rasa ada benda yang tindih dia. Rasa berat sangat badan masa tengah baring atas katil.

Tapi dia tak syak apa apa. And everything went normal.

Sampailah setahun kemudian... Image
Setahun kemudian, benda tu datang balik. Rasa berat kena tindih dan dia terkencing atas katil. Dia cuba bangun tapi rasa macam khayal.

Astu astu badan dia menggeletar, dan dia masuk ke dalam fasa sawan beberapa kali. Her body was uncontrolled.
Then lepas episode kedua sawan tu, family dia semua bawak pergi jumpa doktor. Seorang pakar neuro telah mendiagnos Anneliese ni dan berpendapat bahawa dia telah terkena temporal lobe epilepsy. Image
Apa tu temporal lobe epilepsy? Suatu keadaan di mana dia akan berlaku sawan, hilang ingatan. Setengah keadaan akan ada halusinasi samada dari segi visual atau pendengaran (eg: nampak hantu, dengar pelik) Image
Juga temporal lobe epilepsy ni boleh mengakibatkan Geschwind syndrome, di mana jika pesakit tu terlalu taksub beragama tanpa panduan. Aku pun tak pasti ape bende ni.. tak ada dalam silibus undergraduate😂. Cari laa dekat wiki ke ape. Jangan diagnos diri sendiri sudah.
Habis kat situ?? Belum lagi😏

iklan jap... Image
ok then. Bila masuk Uni, makan ubat. Rupanya tak baik jugak keadaan dia. Masih lagi berlaku sawan bahkan lagi teruk dari tahun ke tahun.

Walaupun dah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya berhalusinasi, Anneliese bertekad nak jumpa paderi.
Dia merasakan dirinya dirasuk. Bukan disebabkan oleh medical condition ni. Jadi dia kena cari jalan selain perubatan moden.

Dia pun mula tengok benda pelik, dengar benda pelik lagi kerap berbanding sebelum ni.
Bahkan ada suara suara mengatakan yang dia ni terlaknat dan akan membusuk dalam neraka. Masa tu dia tengah bersembahyang. So dia dah nekad nak jumpa paderi jugak. Image
Anneliese dan family dia jumpa paderi untuk selesaikan masalah ni. Tapi semua paderi menolak dan mengesyorkan dia supaya tetap berjumpa doktor. Kalau paderi nak bantu sekalipun, mereka kena dapatkan keizinan daripada Bishop.

Ni memang tradisi gereja mengikut peraturan Vatican.
Sampai ke tahap ni, delusi Anneliese dah makin teruk. Sebab dia rasa diri dia dah dirasuk setan, dia mula mengoyak baju, buat squat 400 kali sehari (pehh), merangkak bawah meja dan menganjing macam anjing selama 2 hari macam tu..

eh betulkan menganjing? Image
Lepas tu, dia mula makan labah labah, makan arang. Gigit kepala burung dan menjilat air kencing dia sendiri lepas kencing atas lantai.

*makcik bawah ni lagi seram😂 siap offer lagi nak? Image
Last sekali sebab tak tahan, mak dia jumpa jugak paderi desak. Dan ada la seorang paderi ni bersetuju. Nama dia Ernst Alt. Dia ni percaya bahawa Anneliese ni dirasuk bukan lagi sawan.

“she didn’t look like an epileptic”, kata beliau. Image
Anneliese pernah tulis dekat Ernst Alt:

“I am nothing, everything about me is vanity, what should I do, I have to improve, you pray for me”

Dan dia pernah cakap dekat Ernst Alt:

I want to suffer for other people…but this is so cruel”

Menunjukkan betapa dia terseksa sekarang.
Then lepas berbincang apa semua, paderi ni bersetuju untuk mulakan operasi menghalau syaitan (Exorcism). Pihak gereja telah melantik Father Arnold Renz dibantu oleh Pastor Ernst Alt untuk operasi ini dengan syarat ianya mestilah dalam keadaan tertutup dan rahsia. Image
Dan bermulalah proses Exorcism ni. Selama 10 bulan ketika Anneliese berumur dalam 22-23 tahun.

Apa yang mereka buat semasa proses Exorcism ni?

Proses ni dibuat sebanyak 67 kali dalam masa 10 bulan tu selama 4 jam untuk satu sesi. Image
Semasa sesi ni Anneliese mengaku dia telah dirasuk oleh 5 jenis setan: Lucifer, Cain, Judas Iscariot, Adolf Hitler, and Nero. Image
Semua setan tu berebut nakkan badan Anneliese ni dan berkomunikasi dalam suara garau.

Nak dengar? Tengok sini:

Dan yang sedihnya selepas 10 bulan Exorcism tu dibuat, Anneliese meninggal dunia. Why?

Here is the real story....
Sepanjang sesi tu, Anneliese telah diikat, dipegang dan dipaksa untuk melutut macam keadaan tengah bersembahyang.

Sebab dia tak tahan, dia patahkan tulang dia sendiri, mebengkokkan kaki sehingga putus tendon kaki. Begitupun, paderi tetap memaksa dia berdiri dan melutut. Image
Juga sebab dia dikurung, ditahan sebegitu, perlahan-lahan Anneliese mula berhenti makan dan minum. Sehinggalah akhirnya beliau disahkan meninggla dunia akibat malnutrisi dan dehidrasi. Badan dia cukup lemah dan tak mampu lagi bertahan.

*Gambar dia dipaksa berdiri Image
Kisah kematian Anneliese ni menjadi sensasi di Jerman terutamanya setelah mak ayah Anneliese dan 2 paderi yang terlibat tu ditahan dan disoal siasat. Kes ni asalnya kes medical, jadi kes rasukan dan last sekali kes mahkamah.

Mereka dituduh atas tuduhan negligent homicide. Image
Dua orang paderi tu dikenakan 6 bulan penjara dan ibu ayah Anneliese dibebaskan dari pertuduhan atas alasan "They have suffered enough".
So ni ada beberapa pertikaian dan persoalan yang sebenarnya Anneliese ni tak dirasuk tapi ada medical condition. Cuma tak dibawa berjumpa doktor selepas keadaan dia teruk sebaliknya bawa jumpa paderi.

Last sekali dia meninggal sebab malnutrisi dan dehidrasi.
1) Siapa sebenarnya yang kata Anneliese ni kena rasuk?

Unofficially, ada seorang makcik tua ni yang cakap, bila dia tengok Anneliese ni taknak pandang muka Jesus dan tak minum air holy water. Jugak sebab Anneliese ni pernah mengadu selalu hidu bau busuk.
2) Adakah boleh jadi Anneliese ni sebenarnya meniru babak yang ada dalam filem The Exorcist terbitan William Friedkin pada 1973?

Boleh jadi betul, sebab suara garau hampir sama dalam filem.

- Menyalak dan mengerang pun hampir sama macam filem tu
Lagipun boleh jadi Anneliese tonton filem tu dan bila dia kena penyakit ni, dia tiru apa yang dia lihat dalam filem tu.

Plus filem the Exorcist ni pernah timbulkan masalah histeria selepas pelancarannya di Jerman.
3) Adakah proses Exorcism ni menyebabkan Anneliese sakit dan lemah?

Yup. Kau bayangkan 67 kali ritual karut ni. Tambah dia dipaksa melutut hingga 600 kali. Kaki dia sendiri patahkan. Ligamen putus. Tak makan minum sampai malnutrisi dan dehidrasi.
Semasa trial dalam mahkamah, seorang doktor tampil dan kata:
" Kalau Anneliese ni dibawa berjumpa doktor lebih awal seminggu selepas keadaan dia semakin teruk, mungkin dia boleh diselamatkan daripada malnutrisi dan dehidrasi.
4) Adakah boleh jadi paderi yang terlibat semasa proses Exorcism memaparkan atau cuba memasukkan demonic idea ?

Boleh jadi ketika itu. Terutamanya ayat :

" I command thee, unholy and unclean spirit"

Ayat ni secara tak langsung menyebabkan Anneliese percaya dia dirasuki.
Jadi pada pandangan aku, Anneliese ni bukan dirasuk tapi ada medical condition. Cuma maybe diagnosis tak boleh dibuat secara tepat masa tu.
Alat untuk buat further investigations masa tu maybe tak semaju pada hari ini. Ubat epilepsy yang diberi boleh ditukar supaya halusinasi dia tak teruk. Lagipun bab jin boleh merasuk ni ada ulama kata berlaku, ada ulama menafikan rasukan boleh berlaku.

Wallahu a'lam
Sebelah kanan tu adalah wajah sebenar Anneliese. She was cute wasn't she?

Yang kiri adalah Jennifer yg bawa watak Emily Rose dalam filem The Exorcism of Emily Rose.

So sad that she had to suffer through all of this in her life. Image
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Anakinra

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!