My Authors
Read all threads
KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? #THREAD

Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT.
Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka.

Mengapa?
1. Kerana persoalan bila HARI KIAMAT hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Dalam sebuah hadis, malaikat Jibril bertanya kepada Nabi ﷺ tentang bila HARI KIAMAT. Nabi menjawab:

“TIDAKLAH YANG DITANYA LEBIH TAHU DARIPADA YANG BERTANYA.”

Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekiranya Nabi ﷺ dan malaikat Jibril pun TIDAK TAHU bila HARI KIAMAT, masakan ada orang lain yang tahu? Mustahil.

Maka persoalan bila HARI KIAMAT ialah PERKARA GHAIB yg HANYA ALLAH sahaja yg tahu.

Mereka yang mendakwa mengetahuinya jelas PEMBOHONG yang berdusta ats nama ALLAH
2. TANDA-TANDA HARI KIAMAT perlu dikembalikan kepada NAS.

Seperti mana bila HARI KIAMAT merupakan PERKARA GHAIB, demikian juga TANDA-TANDANYA.

Hanya sahaja Nabi ﷺ ada menyebutkan sebahagian daripada tanda-tanda ini dalam hadis-hadis yang sahih.
Para ulama membahagikannya kepada TANDA-TANDA KECIL dan TANDA-TANDA BESAR.

Antara TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT yang disebutkan dalam hadis sahih ialah tersebarnya zina, berleluasanya transaksi riba, berkurangnya para ulama dan kejahilan berleluasa.
Adapun TANDA² BESAR HARI KIAMAT dlm hadis sahih ialah kedatangan Imam Mahdi & Dajjal, turunnya Nabi Isa, keluarnya Yakjuj & Makjuj, berlakunya 4 gerhana, keluarnya asap, terbitnya matahari dri sebelh barat, keluarnya ad-Dabah & keluarnya api yg menghalau manusia ke Mahsyar mereka
Oleh itu soal sama ada sesuatu itu mnjadi sebahagian daripada TANDA AKHIR ZAMAN atau tidak HANYA dapat ditentukan melalui NAS & mengikut apa yg disebut dalam HADIS SAHIH.

Sama sekali ia TIDAK BOLEH dibahaskan mengikut PENDAPAT AKAL atau CITA RASA kerana ia melibatkan HAL GHAIB.
Maka mengandaikan bahawa wabak penyakit yang melanda pada masa sekarang sebagai TANDA AKHIR ZAMAN perlu kepada DALIL NAS.
3. TANDA AKHIR ZAMAN hanyalah tanda manakala KEMATIAN itu pasti.

Seperti mana yang telah dijelaskan, perbahasan tentang TANDA HARI KIAMAT haruslah berpandukan kepada NAS.
Kesudahannya ia hanyalah tanda, manakala mengaitkan suatu tanda yang disebut dalam hadis dengan realiti semasa atau suatu kejadian, boleh jadi betul dan boleh jadi tidak.
Dalam sebuah hadis, seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ “BILAKAH HARI KIAMAT?” Baginda menjawab:

“APAKAH PERSIAPAN ENGKAU?”

Hadis sahih. Riwayat Bukhari.
Dlm hadis di atas, Nabi berpaling drpd soalan yg diajukn utk menarik perhatian lelaki itu kpd apa yg LEBIH PENTING drpd soaln yg ditanya.
Nabi ﷺ seolah-olah mahu mengingatkn lelaki itu bhw drpd memikirkn tntang BILA HARI KIAMAT, adlh lbih baik sekiranya difikirkn tntng PERSIAPN utk mnghadapinya.
Ini kerana HARI KIAMAT pasti akan tiba. Demikian juga dengan KEMATIAN. Ia pasti akan tiba.

Maka persoalannya ialah sama ada kita SUDAH BERSEDIA ATAU BELUM?

Apakah persediaan terbaik untuk menghadapi KEMATIAN?
Jawapannya ialah dengan TAUHID mengesakan ALLAH dalam semua urusan ibadah serta memperbanyakkan AMAL SOLEH dengan syarat IKHLAS dan mengikut SUNAH NABI ﷺ.
Dalam sebuah hadis Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa bertemu ALLAH dalam keadaan TIDAK BERBUAT SYIRIK maka dia akan MASUK SYURGA. Dan barang siapa bertemu dengannya dalam keadaan BERBUAT SYIRIK maka dia pasti MASUK NERAKA.”

Sahih. Riwayat Muslim.
Mengejutkan apabila didapati rata-rata mereka yang membicarakan tentang tanda-tanda akhir zaman TIDAK pula MENJELASKAN kepada masyarakat tentang KEPENTINGAN TAUHID serta BAHAYA SYIRIK.
Kesudahannya kita dapati tidak kurang yang terus percaya kepada tangkal azimat, pergi ke bomoh (kini dinamakan ustaz), percaya kepada tuah dan sial, percaya kepada kuasa-kuasa di alam ghaib selain ALLAH, percaya kepada kelebihan kuasa guru ketika hidup dan selepas mati........
.......pergi ke kubur untuk beribadah, tawaf dan beriktikaf di kubur dan sebagainya, sedangkan ia semua SYIRIK menyekutukan ALLAH dan diancam dengan azab KEKAL DALAM API NERAKA. Nauzubillah.
Justeru adakah wabak penyakit koronavirus sebahagian daripada tanda Akhir Zaman?

Jangan buang masa memikirkannya.

Fokuskan masa dan tenaga anda untuk memahami TAUHID dan banyakkan AMAL SOLEH dengan memastikan ia dilakukan secara IKHLAS dan mengikut SUNAH NABI ﷺ.
Jauhi AMALAN TOKOK TAMBAH yang direka-reka mengikut akal dan hawa nafsu atas alasan “INIKAN BAIK!”.

TIDAK. Apa yang BAIK ialah apa yang menepati AS-SUNAH. Apa yang menyalahi as-Sunah pastinya BURUK.
Catatan:

Pihak² yg membahaskn penularn wabak penyakit yg melanda sewajarnya menenangkn masyarakat spya kembali kpd ALLAH, berlindung & memohon pertolongan drpd ALLAH....
...Bkn mensensasikannya dgn mengaitkannya dgn tanda² Akhir Zmn berdasarkan taakul & firasat mereka semata-mata sehingga menimbulkan rasa panik & cemas tak tentu hala.
Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang melanda negara dengan secepatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Kurang sebulan sebelum tiba Ramadan Mubarak
3 Syaaban 1441H / 28 Mac 2020
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ustaz Idris Sulaiman

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!