My Authors
Read all threads
3 Mac 1946-2020 (74 tahun) adalah Tragedi kejatuhan Kesultanan Melayu & bangsawan Acheh di pulau Sumatera. (Untaian) #Thread.

Credits @thepatriotsasia & @atjehsultanate

Sila untuk Retweet & like.
Sebahagian orang Melayu & Acheh ada yang tidak tahu pembantaian kesultanan Melayu, bangsawan Acheh, bahkan raja Batak di Sumatera & Borneo oleh pihak yang mendakwa sebagai kaum Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an entah dari parti komunis, republik, atau yang lain.
Ini adalah video cerita peristiwa sadis tentang tragedi pembantaian kesultanan Melayu Islam, bangsawan Acheh, & Raja Batak di Sumatera 3 Mac 1946 dari media @LenteraTimur_Ch & Ibu @kenmiryam cc @thepatriotsasia
@atjehsultanate

Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera pada 3 Mac 1946 dan kemudian pada 1960-an di beberapa kerajaan Melayu di Kalimantan Borneo seperti di Bulungan & Kutai Kartanegara.

Credits of pictures @thepatriotsasia @TirtoID @potretlawas
Sebelum saya teruskan sesiapa yang ingin membaca dalam bentuk artikel tragedi Kesultanan Melayu, Raja Batak, & bangsawan Acheh di Sumatera 3 Mac 1946, tekan link ini (part 1) @thepatriotsasia

thepatriots.asia/3-mac-tragedi-…
• Kesultanan Melayu Langkat

Pesindo menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura & Kota Binjai dirompak & dibakar. Bangsawan Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan mengerikan termasuk pujangga besar bahasa Melayu Tengku Amir Hamzah.
Puteri-puteri Sultan Langkat dirogol di depan mata ayahnya , Sultan Langkat, dan putra mahkota yang masih belia hilang hingga kini.

Gambar ini adalah sambutan Kesultanan Langkat oleh puteri Sultan kepada Utusan kerajaan Belanda tahu 1937/1938.
Tengku Kamil Syahdan, Ahli Keluarga Kesultanan Langkat mati dipenggal dengan parang. Semua Tengku, Datuk, Wan & ahli Istana mati di bunuh. Kesultanan Melayu Langkat paling ramai dibunuh kaum nasionalis republik, PKI, & Pesindo.
• Kesultanan Asahan, Tanjung Balai

Jam enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa.
Seluruh keluarga, & kerabat kesultanan Melayu Islam Asahan Indera Sakti, & orang yang bekerja di istana ditangkap. Harta benda mereka dirompak & istana dibakar, Sultan Shaibun Abdul Djalil Rahmatsyah dari Asahan selamatkan diri dari belakang istana.

Rujukan gambar @potretlawas
• Kesultanan Kualuh

Ketika penghuni Istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu, istana dijarah & dibakar habis. Tengku Al Haji Muhammad Syah, Sultan Kualuh & isteri diculik ke kuburan Cina, tak jauh dari istana.
Tengku Besar juga dijemput dari rumah isterinya & diculik ke tempat yang sama. Mereka disiksa mengerikan & ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, & seluruh keluarganya kepalanya dipenggal. Seramai 73 orang bangsawan dan kerabat diraja Melayu Kualuh terkorban pada malam itu.
• Kesultanan Melayu Deli

Ahli Persatun Perjuangan (PP), yang ditubuhkan oleh Tan Malaka & Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) menyerang istana Maimun, Istana di tembak tetapi Sultan selamat dengan bantuan askar Inggeris dan tentera kerajaan.

Gambar ini adalah Sultan Deli 1946.
PUSA (Persatuan Ulama seluruh Acheh) yang dipimpin Daud Beureueh menyerang Kesultanan Deli & sebelumnya menyerang Bangsawan (Uleebalang) Kesultanan Acheh dengan alasan kerjasama dengan Belanda, padahal tidak semua. @atjehsultanate boleh jelaskan.

google.com/url?sa=t&sourc…
• Kesultanan Melayu Serdang

Sultan dan keluarganya hanya ditahan di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang dipandang terpaksa berpihak pada Republik, banyak orang yang melindungi dan menjaga Istananya.
• Kerajaan Tanah Karo

Di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para raja Urung dan Sibayak yang diundang ke majlis. Sebanyak 17 Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib mereka tidak diketahui.

Yang pernah bercuti ke Berastagi boleh tahu ini.
•Kerajaan Simalungun

Barisan Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap Raja & keluarganya, lalu merampas harta benda mereka. Raja & keluarganya diculik, lalu mereka DIBUNUH dengan kejam.
Bangsawan serta Datok Temenggung Karo dipenggal kepalanya. Raja Raya disembelih di jambatan besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh, ada yang di mati dibakar & ada yang dipenggal kepalanya.
Bahkan menurut cerita seorang wanita ini, bangsawan Batak dari Toba Samosir yang beragama Kristian pun diculik & dibunuh seperti halnya Kesultanan Melayu Islam di Sumatera 3 Mac 1946.

Catatan : Kerajaan Simalungun & Karo bukan Melayu kerana mereka ramai beragama Kristian. Cuma tetap berhubungan dengan kesultanan Melayu Islam di Sumatera. Karo menurut cerita juga ramai menolak disebut Batak.
Bersambung saya rehat sejenak untuk solat zohor & makan siang dulu.
Maaf tadi ada pekerjaan, saya sambung lagi sekarang #Thread nya.
Sebenarnya sebelum Tragedi Kesultanan Melayu di Sumatera 3 Mac 1946, telah terjadi pemberontakan gerakan republik & agamawan pro republik PUSA (Persatuan Ulama seluruh Acheh) yang dipimpin Daud Beureueh ke Bangsawan (Uleebalang) yang membunuh banyak mangsa dari keluarga kerajaan.
PUSA (Persatuan Ulama seluruh Acheh) yang dipimpin Daud Beureueh menyerang Bangsawan (Uleebalang) Kesultanan Acheh dengan alasan kerjasama dengan Belanda, padahal banyak bangsawan menolak bekerjasama dengan Belanda. Awalnya Daud amat pro republik sebelum ditipu oleh republik.
Dari sini rata-rata Bangsawan, datuk, orang yang berpangkal nama Wan, Tengku, OK, Syed & warga Melayu Langkat & Deli di luar istana banyak dibunuh. Malah orang Acheh yang bergelar Teuku pun juga ramai dibunuh di Acheh.
• Kesultanan Melayu Bulungan, Kalimantan Borneo.

Pasukan tentera dari satuan tempur Brawijaya 517 menyerang istana Kesultanan Bulungan, Kalimantan Borneo. Penduduk yang sedang mengambil wudhu di Sungai Kayan untuk solat subuh terkejut melihat banyaknya tentera.
Sekitar pukul enam pagi, seluruh masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di depan istana. Mayor Sumina Husain, Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung Selor, berkata ”Para bangsawan Bulungan ingin memberontak terhadap Republik Indonesia.” dengan alasan berhubungan ke Malaysia.
Namun, Datok Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan TB. Simatupang & Jenderal Haryo kecil marah, lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk menembak mati Datok Taruna. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu bangsawan Kesultanan Bulungan hilang.
Kemudian pada malam Sabtu, 18 Julai 1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu dibakar selama dua hari dua malam hingga rata. Selain itu Jenderal Haryo kecil juga membakar istana Kesultanan Kutai Kartanegara & merampas harta benda dari istana.
Istana Kutai masih lebih baik kerana tidak semua terbakar & masih ada sebahagian harta benda sebab sejak beberapa tahun sebelumnya Kesultanan Kutai Kartanegara sudah menyerahkan diri ke republik Indonesia, sedangkan Bulungan justeru berbeza.
Pemberontakan oleh Revolusi Sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak pembunuhan, dan kekacauan. Dokumen Belanda menyatakan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja, belum lagi di negeri lain. Di Langkat dikatakan ada belasan ribu orang.
Kaum bangsawan Melayu, Acheh, Batak, & Karo di beberapa daerah termasuk wanita dan anak-anak diculik ke Concentration Camp di Simalungun dan Karo. Kaum bukan pribumi pun tidak terkecuali, China dan India pun ramai dibunuh.
Kaum bangsawan dinista dan dicaci maki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri. Nasib negeri & rakyat mereka pun ramai menjadi miskin hari ini & tidak ramai orang lain mahu tahu.
2-4 generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu & Acheh, takut memakai baju kurung, & harus menggunakan nama bukan Melayu & Acheh termasuk anak-anaknya supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat negara.
Mereka menghilangkan gelaran Tengku, Teuku, Wan, OK, Syed & Dato kerana takut dicaci sebagai feodalism bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja dengan para Sultan & Tengku pun turut ditindas.
Banyak dari mereka berhijrah ke Semenanjung, terutama Selangor, Kedah, & Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan. Ramai juga yang pindah ke Belanda & British juga Singapore.
Kalau kita baca di buku-buku sejarah sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini terjadi kerana para sultan Melayu, bangsawan Acheh, raja-raja Simalungun, Toba Samosir, & Karo banyak menindas rakyat miskin dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang padahal--
Mereka terlalu banyak membantu dalam kesusahan atau mereka bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah propaganda dari pihak pemerintah republik kaum ultra republik yang pada masa juga disokong oleh kaum komunis untuk perebutan kekuasaan.
Dalam penulisannya berjudul “Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja menindas rakyat’ yang selama ini disebut sebagai pembenaran pembantaian kejam tersebut.
Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja Simalugun, Pane & Kesultanan Melayu misalnya adalah para pedatang yang telah diberikan tanah dan sawah oleh pemerintah Melayu dan raja-raja Pane.
Menurut Tengku Haniah, salah seorang kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih 85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau Kesultanan, mengapa Kesultanan Jogjakarta dibiarkan malah dibela, sedangkan kerajaan lain diturunkan secara paksa?
Namun raja-raja Melayu & negeri-negeri lain di Luar Jawa termasuk di Acheh & kepulauan Papua dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka & keluarga mereka sendiri.
Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang kaya akan hasil perlombongan, minyak, getah, & tanaman komersil lain seperti kelapa sawit, kopi, & lada.
Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung, Sumatera, & Borneo sendiri yang berhijrah ke kepulauan Filipina & Borneo untuk membuka kerajaan baru.
Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.

Oleh sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial. Akan tetapi...
Sebaliknya sebagai "satu penutupan" oleh pihak dari nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia & gerakan republik untuk merampas kekayaan raja-raja Melayu & Acheh dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu untuk merampas kuasa.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan kerajaan Melayu, Acheh, atau etnik lainnya dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga sekarang.
Walaupun pemberontakan revolusi sosial yang hampir sama berlaku di Kesultanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia.
Ucap Tengku Haniah kembali.

“Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah. Setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok malah membuat bunga kerajinan tangan dari plastik untuk mencari sesuap nasi.
Tambahan, ini adalah untaian cerita tentang pemberontakan tentera & kaum pro republik Indonesia ke Kesultanan Bulungan 19 Julai 1964 oleh @TirtoID

Cerita dari Ibu @kenmiryam tentang Tragedi Kesultanan Melayu & Acheh 3 Mac 1946.

Untaian #Thread Kesultanan Langkat oleh @potretlawas dahulu adalah Negeri Kesultanan terkaya di Sumatera malah melebihi Semenanjung & Borneo, sekarang malah negeri termiskin di Sumatera. @thepatriotsasia @atjehsultanate

Untaian #Thread Kesultanan Deli oleh @potretlawas, dahulu turut membangun Bandar kota Medan sebagai kota terbesar di Sumatera seperti sekarang, malah kota ini zaman dahulu amat rapi, bersih, & aman.

Untaian #Thread Kesultanan Siak Sri Inderapura dari saya sendiri, dahulu kaya rakyatnya, kaya dengan minyak & hasil hutan. Sekarang rakyatnya ramai yang miskin, minyaknya dipakai habis ke pusat republik & negara-negara ASEAN. Hutan dibakar & dirampas.

Untaian #Thread Zuriat Kesultanan Acheh Darussalam. 🇹🇷

Sebahagian besar sekarang hidup miskin & melarat.

@atjehsultanate @thepatriotsasia
@TeukuDjouhan @zarazettirazr @HouseOfPahang

Nanti beberapa gambar seperti istana & puri Kerajaan juga kenderaan kereta & kapal laut akan dibagi sebentar lagi, sebab saya sambung solat Asar & ada pekerjaan lain.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Amir Yogi | امير يوغي

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!