Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka.
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka
3)Seandainya jarak pertempuran menjadi semakin mendekat,maka Istinggar iaitu iaitu senapang digunakan.
4)Bagi jarak yang lebih dekat lagi, Tarkul/Terakol atau pistol pula akan digunakan.
5)Busur dan Panah juga menjadi senjata jarak sederhana jauh selain Istinggar dan Terakol.
6)Lembing juga direjam pada jarak yang lebih dekat dari bidikan panah atau tembakan Istinggar atau Terakol.
7)Pada jarak yang lebih dekat sekira-kira 'segalah',Tombak pula digunakan.Beza tombak dengan lembing adalah pada saiz mata bilahnya yang lebar berbanding lembing yang lebih tirus,serta batang tombak lebih keras yang boleh digunakan untuk memukul.
8)Pada jarak yang lebih dekat,yang dipanggil 'selengan' senjata Melayu seperti pedang 'Buaya Berenang' atau Sundang digunakan untuk menetak,melibas dan menikam
9)Pada jarak yang lebih dekat lagi atau dipanggil 'setangan' barulah Badik, Tumbuk Lada,Kuku Macan,Keris,Rencong dan sebagainya yang biasa disisip di pinggang itu digunakan untuk bertikam.
10)Selain senjata yang disisip di pinggang,pahlawan Melayu dulu mempunyai senjata rahsia yang tersembunyi yang disimpan seandainya senjata sisip tidak dapat berkhidmat dengan baik.
Antara senjata rahsia yang disorokkan; Lawi Ayam,Kerambit,Kapak Binjai Manis dan sebagainya
11)Terkadang pada jarak yang begitu dekat,sekiranya habis semua senjata maka kain sebai atau selempang atau selendang yang dipakai dibahu itu juga dapat dijadikan senjata yang ampuh,digelar 'permainan cindai'
12)Setelah habis semuanya barulah tempur tangan kosong dengan pencak dan gerakan silat digunakan bagi menumpaskan musuh.
13)Justeru,bukanlah semata-mata keris yang menjadi senjata Melayu,sekiranya tersisip di pinggang sekalipun.Kerana orang Melayu bijak dalam menyukat jarak pertempuran mereka agar tak kelelahan dalam pertempuran.
Terima kasih kerana sudi membaca,silakan ulangciap(RT) dan ikuti perkongsian berkenaan seni #warisan tradisional Melayu di laman Twitter abang ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU
Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi رحمة الله عليه و قدس الله سره seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.