Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.
3)Pada asalnya Mak Yong dimainkan di Istana sebagai hiburan kepada Permaisuri yang wanita-wanita Istana yang ditinggalkan oleh Raja serta angkatan tentera yang keluar berperang.
4)Oleh kerana itulah pemain Mak Yong pada peringkat awalnya adalah wanita.Ini juga bertujuan untuk mengelakkan wanita Istana jatuh hati atau menjalin hubungan dengan golongan penghibur.
5) Watak-watak dalam Mak Yong melibatkan #lelaki dan #wanita, seperti berikut:
i.Pak Yong atau Raja
ii.Pak Yong Muda atau Putera Raja

Kedua watak ini kebiasaannya memakai mahkota,bersamping,berpending,berkeris serta mempunyai juntaian bunga melur di telinga.
6)Pakaian Pak Yong dan Pak Yong Muda jelas menunjukkan jantina lelaki yang diilhamkan dari pakaian Pengantin Lelaki Pattani.
7)Watak lain;
iii.Mak Yong atau Permaisuri
iv.Puteri Mak Yong atau Puteri
v.Dayang atau Inang,sebagai pengiring kepada Mak Yong atau Puteri Mak Yong.
8)Dalam Gambar ini jelas identiti wanita dipamerkan pada pemakaian kebaya,kain sarung dan kain kemban pada watak Mak Yong dan Puteri Mak Yong
9)Watak lelaki yang lain di dalam Mak Yong adalah Peran samada Peran Tua atau Peran Muda yang menjadi orang suruhan Raja,atau pelawak.Justeru watak Peran ini terkadang dipukul dengan rotan kecil di tangan Pak Yong
10)Struktur asal permainan Mak Yong melibatkan ritual pembukaan oleh seorang pawang,yang mana ritual ini telahpun ditiadakan dan pelakon lelaki perlahan-lahan terlibat dalam membawa watak Pak Yong dan lain-lain watak,tanpa mengubah konsep kostum asal.
11)Ketiadaan elemen ritual serta pelakon Mak Yong yang terdiri dari kalangan lelaki kesemuanya atau pelakon wanita yang telah mengenakan pakaian menutup aurat di sebalik kostum telah menjadikan Mak Yong lebih patuh syariah.
12)Namun label 'patuh syariah' ini menimbulkan kekeliruan pada mereka yang tidak mengkaji kesenian ini dan menganggap pementasan Mak Yong mustahil untuk dimasukkan elemen patuh syariah.
13)Jadi sebelum anda mentertawakan mengapa pelakon Mak Yong nampak agak feminin,dan di mana patuh syariahnya permainan Mak Yong moden,eloklah anda membuat perbandingan antara permainan asal dengan permainan Mak Yong yang terkini.
14)Jadi inisiatif mendekatkan lagi permainan Mak Yong ke arah yang lebih mesra syariah suatu perkara yang terpuji,namun secara peribadinya tidak perlu diletakkan label 'patuh Syariah' kerana adat orang Melayu sememangnya senang berasimilasi dengan syarak.
Demikianlah secara ringkas yang abang dapat perihalkan tentang Mak Yong sebagai pengenalan tentang warisan seni ini agar ia tidak sewenang-wenangnya dijadikan bahan tertawa kerana kegagalan kita memahaminya.
Terima kasih kerana sudi membaca.Bantu abang ulangciap(RT) bebenang ini.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

6 Oct
Metafora Bunga Dalam Ungkapan Melayu

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.

Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.

Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"

Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan. Image
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu. Image
Read 7 tweets
6 Oct
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang Image
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu. Image
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Read 8 tweets
6 Oct
Risalah #Jawi #British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.

Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut. Image
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU

Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
Read 12 tweets
5 Oct
Mengarang atau Menyolek #Tanjak?

Ini adalah bebenang

1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan. Image
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Read 6 tweets
5 Oct
Dalail Al Khayrat: Kitab #Selawat Amalan #Pahlawan #Melayu

Kitab yang penuh berkat ini dinamakan ia sebagai 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒂𝒊𝒍 𝑲𝒉𝒂𝒚𝒓𝒂𝒕 𝒘𝒂 𝑺𝒉𝒂𝒘𝒂𝒓𝒊𝒒 𝑨𝒍 𝑨𝒏𝒘𝒂𝒓 𝒇𝒊 𝑫𝒛𝒊𝒌𝒓 𝑨𝒔 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒕 '𝑨𝒍𝒂 𝑵𝒂𝒃𝒊 𝑨𝒍 𝑴𝒖𝒌𝒉𝒕𝒂𝒓 Image
Bermaksud: "𝘏𝘪𝘮𝘱𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘭𝘪𝘭 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘊𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘥𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘈𝘵𝘢𝘴 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘦𝘳𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩"
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi رحمة الله عليه و قدس الله سره seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Read 10 tweets
3 Oct
Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka. Image
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka Image
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!