Kitab yang penuh berkat ini dinamakan ia sebagai ๐ซ๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ซ๐๐๐๐ ๐จ๐ ๐บ๐๐๐๐ '๐จ๐๐ ๐ต๐๐๐ ๐จ๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi ุฑุญู ุฉ ุงููู ุนููู ู ูุฏุณ ุงููู ุณุฑู seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Lalu seorang budak perempuan yang berada di samping beliau berkata; "Bukankah tuan yang disebut-sebut orang sebagai 'alim besar? Takkan tuan juga tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?"Maka budak itupun meludah ke dalam perigi sehingga air perigi itu
Air perigi itu naik membuak-buak,sekaligus menyebabkan Imam Jazuli kehairanan lalu bertanya kepadanya,tentang bagaimanakah dia boleh melakukan hal yang sedemikian?
Maka budak itu menjawab; "Dengan memperbanyakkan selawat kepada Junjungan Rasulullah ๏ทบ.
Kerana seandainya Baginda berjalan di lembah yang gersang maka akan tunduk patuh sekalian makhluk buas kepada Baginda!"
Maka setelah itu Imam Al Jazuli mengarang Dalail yang amat masyhur sampai ke Tanah Jawi dan didawamkan pembacaannya oleh orang tua-tua kita suatu masa dahulu.
Petikan dari Tuhfat Al Nafis, tentang saat-saat gugurnya Al Marhum Raja Haji Fisabilillah ุฑุญู ุฉุงููู ุนููู ู ูุฏุณ ุงููู ุณุฑู, sedangkan Dalail Al Khayrat masih berada dalam tangan Baginda;
๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐..."
Al Fatihah buat Al Imam Jazuli, Raja Haji dan seluruh kaum Muslimin yang telahpun mendahului kita.
โข โข โข
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUKยฒ TANAH MELAYU
Tenteraยฒ Jepun di serataยฒ tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tenteraยฒ yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tenteraยฒ Amerika.
British dan Amerika berlayarยฒ dekat negeri Jepun membedil bandarยฒnya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahliยฒ sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.
Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka.
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka