Profile picture
Market Demon @market_demon
, 15 tweets, 2 min read Read on Twitter
Adakah bitcoin menepati ciri ciri matawang mengikut Islam?

So kita kena ketahui dulu apa ciri ciri matawang mengikut Islam.

Sheikh Imran mengenalpasti enam komoditi yang digunakan sebagai wang dalam Islam. Emas dan perak secara eksplisit disebut dalam al-Quran.
Tapi ketika umat Islam kurang berkemampuan mereka akan gunakan gandum, barli dan garam. Malah di Cuba gula dijadikan alat pertukaran

Bitcoin adalah matawang digital yang diedarkan dalam rangkaian peer-to-peer seluruh dunia.Rangkaian ini melibatkan lejar semua urus niaga dalam...
ekosistem matawang digital dan lejar ini disebut sebagai Blockchain.

Semasa proses transaksi Bitcoin berlaku, miners cuba untuk menyelesaikan masalah matematik yang sukar melibatkan penggunaan hardware khusus. Apabila penyelesaian itu berjaya, block baru akan terbentuk di...
Blockchain dan miners akan menerima ganjaran dalam bentuk Bitcoin.

Bitcoin boleh ditukar dengan bebas oleh sesiapa saja dalam rangkaian, bahkan tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Transaksi boleh dilakukan dari mana saja di dunia yang mempunyai akses.
Adakah Bitcoin boleh didefinisikan sebagai wang?
1. Bitcoin bukan logam berharga seperti emas atau perak. Jadi ciri-ciri ini tidak ada pada Bitcoin. Wang fiat pun sama.
2. Sesiapa saja boleh melombong Bitcoin hanya dengan menggunakan hardware tertentu. So untuk hasilkan Bitcoin, secara dasarnya perlu melalui kerja-kerja perlombongan. Perlukan modal & perkakasan khusus. Ciri-ciri ni sama macam Gold. & Fiat tak ada ciri-ciri ni.
3. Adakah ia bertahan lama? Sudah tentu, sekiranya kita menyimpan Bitcoin di dalam Cold Wallet. Data mungkin boleh rosak, jadi ia tidak tahan lama seperti emas dan perak tetapi sekurang-kurangnya ia tahan lama seperti gandum atau barli.
4. Adakah Bitcoin mempunyai nilai intrinsic? Orang bertanya nilai Bitcoin disokong oleh apa.
Jawapannya, ia berharga kerana orang menghargainya.
Apa yang menyokong harga emas?
Jawapannya sama.
Ia hanya bernilai kerana orang menghargainya. Tidak seperti mana wang fiat, Bitcoin tidak ada mana-mana pihak seperti kerajaan atau bank pusat yang menentukan nilainya.
Nilainya disokong dengan sendirinya dan itulah maksud nilai intrinsic. Sesetengah orang menghargainya kerana ia boleh dipindahkan melalui internet tanpa bayaran, tanpa melalui orang tengah dan akaun mereka tidak boleh dibekukan oleh pihak berkuasa.
5. Adakah Bitcoin berfungsi sebagai medium pertukaran? Sudah tentu.

Bitcoin digunakan oleh ribuan orang setiap hari untuk membeli, menjual dan berdagang tapi seperti yang disebut di atas sebelum ni, dengan keadaan semasa, crypto currency lain lebih sesuai digunakan...
sebagai medium pertukaran berbanding Bitcoin. Sebab masalah transaction.
Bagaimana jika kita Bitcoin (crypto) dengan wang kertas (fiat)?

Wang fiat bukan logam atau makanan.
Nilai wang fiat merosot dari masa ke masa.
Nilainya tidak intrinsik, tapi berasal dari undang-undang tender yang mewajibkan penggunaannya.
Harganya tak ditentukan oleh bekalan dan permintaan (supply & demand) tapi ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Market Demon
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!