Aku pula daripada Diploma Engineer, boleh ke Degree Psychology, mesti lagi curious kan? 😂
Haa baca jangan tak baca thread ni. Bukan selalu aku bocorkan rahsia 😜
“Ini last day saya dengan Bio, cikgu.”
“Jadi buat lah yang terbaik.”
Menangis juga aku dengar comeback Cikgu Wan Mahanum tu 😂
Jadi aku terperangkap la macam typical student SPM,
“Minat Fizik mesti jadi Engineer.”
“Minat bercakap mesti jadi Lawyer.”
“Minat Bio mesti jadi doktor.”
Pfftt
27 je diperlukan, dan aku tak terpilih.
Sedihnya Tuhan je tahu.
Aku pun bawa diri ke Diploma in Aeroplane kat UniKL MIAT. Aku tolak Asasi UIAM.
So masuklah ke Diploma. Pun ada stigma orang cakap,
“Result begitu begini, masuk diploma JE?”
Again, stigma. Anggap diploma ni macam kelas ketiga.
Dorang tak tahu, waktu degree, lepasan diploma la yang banyak score.
Aku tak suka jadi mahasiswa 3K
Kelas, Kafe, Katil.
Maka memang aku aktif betul dengan kelab persatuan. Sana sini aku join, dapatkan pengalaman.
Penting tau untuk resume, majikan taknak pelajar yang nerd semata-mata.
Banyak organise program, terlibat bengkel, event beribu-ribu orang datang.
Semua tu pengalaman berguna aku dapatkan waktu belajar. Berpuluh-puluh ribu graduan, mesti kita nak mahalkan diri kita kan?
Aku tanam cita-cita nak pergi Brisbane, Australia 2 tahun untuk lesen tu lepas grad.
Siap buat talk lagi “Cara-Cara Nak Jadi LAE” haha 😂
Dipendekkan cerita, sampai masa Intern kat Royal Police Air Wing, Sg Besi. Sem terakhir diploma aku.
Waktu ni aku baru nampak realiti kerja sebagai Engineer. 👀
Tu baru intern!
Sebab kerja dengan mesin, aku tak minat. Kata kawan aku,
“Aiman pusing skru tanpa roh.”
😂
Intern 6 bulan. Sampai lah masuk bulan ke-4, tiba-tiba peluang emas datang mengetuk pintu.
😲
Aku terpilih.
Program tu kata, boleh sambung degree ke luar negara, mana-mana universiti Top 100 ranking sedunia.
🤩
Rezeki Allah datang tiba-tiba.
Interview SPC kena beritahu nak universiti mana, negara apa, jurusan apa dan kenapa.
Aku datang, beritahu aku nak buat BA in Business Admin di UK.
Sebab fikir nak buat bisnes training lepas grad nanti.
Interviewer gelak.
Dia tengok resume aku, dia perasan something.
“Awak banyak join program kelab kaunseling. Saya rasa jurusan Psikologi sesuai untuk awak.”
Tak pernah terdetik pun hati aku nak sambung Psikologi.
Aku terus singgah bilik kaunseling jumpa Kak Yana dan Kak Ziha, dua kaunselor yang memang aku rapat sejak sem 1 .
“Kak Yana, psikologi sesuai ke untuk saya?”
Tiba-tiba Kak Yana senyum.
Balik tu aku terus Google everything pasal Psikologi.
Belajar & kerja apa, betul ke boleh baca fikiran etc.
Abah macam tak setuju.
Tak ada masa depan katanya.
Ummi pula kecewa teruk tak dapat tengok anak dia jadi Engineer.
It was a really lonely journey, tak dapat support family.
Aku apply UPU juga untuk degree Psikologi.
UKM, UMS, UNIMAS, UIA dan USM.
Result UPU keluar, semua reject aku. Cheesecake betul 😭
Tak ada basic Psikologi katanya.
Padahal geng asasi pun sama je tak ada basic tu.
- Westminster
- Nottingham
- City University London
- Reading
- Warwick
4 out of 5 terima. Warwick je reject. Amik kau, Malaysia tak nak aku, UK pula nak aku.
😂
Tapi dengan MARA ni mencabar, nak yakinkan dia.
Ye lah, SPC sepatutnya tu untuk Diploma Engineering UniKL sambung Degree Engineering oversea.
Nak tahu apa aku buat?
Aku buat 10 page proposal 😎
Buktinya, tengok gambar bawah
1. Mesti sambung jurusan sama macam diploma
2. Jumlah pengajian tak melebihi 3 tahun (transfer credit degree)
3. Universiti tu mesti top 100 ranking dunia
Aku buat proposal tu sebab nak yakinkan MARA yang aku still tepati syarat (kecuali syarat first)
Aku buat dua copy, aku serahkan pada pegawai MARA yang in charge kitaorang.
Dia kata nanti dia serahkan pada pihak atasan.
Lepas seminggu, kecoh MARA dia kata. 😲
macam nak confirmkan la kot.
Dan dia kata, pihak atasan impressed/curious dengan proposal tu.
Tak pernah dibuat orang katanya 😅
Kes aku dimasukkan ke senarai rayuan.
Pegangan aku, kalau nak something, usaha habis-habisan, then tawakal lah.
Kawan-kawan satu batch ada yang dah mula fly. Aku sendiri send off dorang kat KLIA (sambil air mata menitis juga sebab risau jalan aku)
Waktu tu, berserah segalanya pada Allah. Visa dah apply, uni dah apply, tunggu MARA je.
1. Nama dia kuat dan terkenal
2. Modul dia nampak menarik
3. Universiti dia nice. Gabungan nature dan bandar
Try la google. Cantik.
Sampailah waktu pendaftaran tiba, aku masih kat Malaysia.
Risau.
Tiba-tiba satu hari lepas asar, MARA call.....
Aku tak dengar dah apa dia cakap lepas tu.
Mengalir air mata,
sujud syukur terus.😭
Walaupun waktu tu aku menangis marah dengan Tuhan, aku belajar untuk redha.
Tak boleh bayang kalau aku dapat, dan akhirnya aku tak minat kerja Engineering.
I can’t even imagine.
No matter how much we try, He just wouldn’t allowed it.
Sebab Dia ada perancangan yang lagi hebat untuk kita.
Kita je yang tak tahu, ingatkan apa yang kita nak tu dah terbaik.
Aku bersyukur Allah halang aku pergi Perancis.
Aku bersyukur Allah letak aku dalam kalangan diploma ‘je’.
Semua tu untuk sediakan aku dengan sesuatu yang lagi baik.
Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita cuma boleh usaha yang terbaik.
Insya Allah next time aku share pengalaman belajar Psikologi pula.
Sekain!